31 Mei 2012

Pertukaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITE) 2012

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada perasmian Pertukaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITE) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di Serdang, hari ini. - Foto Sairien Nafis May 31, 2012 12:59 pm

Pas tidak konsisten, hukum digunapakai berubah-ubah ikut kepentingan

MENARIK sekali pendirian Dr. Sheikh Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram berdasarkan hujah syaraknya mengenai isu seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Memang logik akal pun 'fatwa' politik itu tidak munasabah. Ia tidak lebih suatu cara memenangi undi di kalangan mereka yang jahil dan memiliki daya taksub yang tinggi. Cara ini adalah tidak Islamik kerana ia tidak bersandarkan hukum syarak.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran (Berita Minggu April 1994). Katanya: ''Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh seseorang itu ke syurga.'' (Ucapan Nik Aziz kepada pemberita di IKBN selepas proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir)
Pendirian Nik Aziz itu dijawab dengan jelas oleh Dr. Sheikh Sulaiman. Katanya: "Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melakukan ubudiah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat dan kufur atau syirik."
Pas seperti juga UMNO adalah parti politik kendalian manusia. Islam adalah agama ciptaan Allah bukan bikinan manusia. Al-Quran yang menjadi sumber pedoman orang Islam adalah maha sempurna dan terjamin sehingga kiamat. Parti politik dan perlembagaannya adalah olahan manusia. Ia tidak sempurna dan tidak terjamin hadir sehingga hari kiamat.
Meski sumber perjuangan parti itu adalah al-Quran dan sunnah, sifatnya berubah-ubah. Isu negara Islam dan pelaksanaan hudud juga berubah. Dulu tidak timbul tidak ada ayat yang menyatakan negara Islam dalam al-Quran sekarang bertukar menjadi negara kebajikan.
Pas adalah milik orang Pas sahaja tetapi Islam adalah milik semua. Pas tidak ada di negara-negara selain dari Malaysia. Apakah perjuangan parti lain tidak masuk syurga. Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah. Ia bukan ketentuan sesuatu parti atau cakap seseorang pemimpin.
Hal yang seiringan dengannya adalah isu takfir atau kafir-mengkafir. Haji Abdul Hadi berkata: ''Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.''
Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataan itu kerana ia tertakluk kepada taawil. Menurut kaedah usuluddin tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh ditaawilkan sebagai tidak bermaksud kekufuran.
Pas sendiri tidak konsisten, hukum yang digunapakai berubah-ubah mengikut kepentingan tertentu. Pada 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.
Tiba-tiba pada April 1999, Pas bekerjasama dengan DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Ia jelas bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963 itu.
Islam adalah agama sempurna. Jauh sekali untuk disamakan tarafnya sebuah parti politik kendalian manusia yang sangat terdedah dengan kelemahan dan kekurangan. Pemimpin dan pengikut Pas memiliki nafsul amarah yang tinggi seperti parti-parti lain. Inilah kelemahan manusia.
Tetapi UMNO tidak pula mendakwa ia parti Islam dan orang Pas kafir. UMNO sejak merdeka banyak membuat program-program Islam dalam pembangunan negara dan masyarakat. Pas mendakwa sebagai sebuah parti Islam. Tetapi program Islam yang menjadi asas binaan sistem tidak ada. Bank Islam dan Takaful Islam umpamanya ditiru dari UMNO dan kerajaan.
Orang Melayu sekarang tidak macam dulu lagi. Mereka sudah boleh berfikir dan ada ilmu hasil perkembangan dakwah yang terjadi. Radio IKIM, TV Hijrah milik kerajaan dan banyak lagi saluran yang ada memberi ruang orang ramai semakin dapat membezakan antara propaganda politik dan ajaran Islam.
Oleh itu, penegasan Dr. Sheikh Sulaiman cuba memperjelaskan keadaan yang kusut supaya orang yang terlibat dalam perjuangan politik Islam jangan meniru perangai 'khawarij' yang mengkafirkan sesama Islam kerana perbuatan itu bakal kembali semula kepada diri mereka, kata Rasulullah SAW.
Jalan terbaik dalam Islam adalah kembali kepada al-Quran dan hadis. Apakah isu syurga dan neraka itu begitu mudah sehingga mengambil kuasa Allah untuk menentukannya. Apakah mengkafir sesama Islam itu dilafazkan sesedap mulut. Inilah isu yang patut direnungkan dengan rasa insaf yang mendalam.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Antara hujah Harussani, sikap Nik Aziz

MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata kecewa dengan pendekatan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap melampau kerana menolak muzakarah dengan UMNO.
Hakikatnya, jika sesiapa yang mengkaji perjalanan politik Nik Abdul Aziz sejak menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 dan kemudiannya Mursyidul Am mereka pasti tidak akan terkejut dengan tingkah laku dan pendekatan politik beliau.
Nik Abdul Aziz sememangnya sejak dulu lagi dilihat berdendam dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila beliau menganggap parti tersebut telah 'menendang keluar' Pas daripada komponen itu pada 1978.
Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu seolah-olah terbuku mendalam di hati Nik Abdul Aziz, oleh itu beliau dilihat cukup tidak selesa jika ada mana-mana pihak cuba merapatkan hubungan dengan UMNO. Sebab itulah Nik Abdul Aziz dilihat menentang usaha penubuhan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas.
Beliau yang mencadangkan supaya Pas mengadakan muktamar khas bagi membincangkan perkara itu dan akhirnya pada 28 Oktober 2009, mesyuarat khas Jawatankuasa Pas pusat memutuskan isu kerajaan perpaduan ditutup sepenuhnya.
Keputusan itu merupakan tamparan kepada orang Melayu yang begitu teringin melihat dua parti Melayu duduk semeja bagi membincangkan mengenai perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Tetapi mereka tidak boleh berkata apa-apa kerana Nik Abdul Aziz sememangnya agak 'alergi' apabila ada mana-mana pihak menyentuh soal muzakarah dengan UMNO. Sebab itulah apabila tercetusnya isu tersebut baru-baru ini, Nik Abdul Aziz meletakkan syarat bahawa muzakarah tersebut hanya membincangkan kenapa UMNO menolak Islam.
Beliau bagaimanapun menarik balik hasrat itu atas alasan mengikut pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju dengan langkah berkenaan. Namun begitu kita tidak harus lupa bahawa Nik Abdul Aziz acap kali menyerang UMNO seolah-olah parti itu benar-benar menolak Islam.
'Serangan' Nik Abdul Aziz terhadap UMNO dalam soal tolak Islam ini bukan baru tetapi sudah berlaku sejak sekian lama, cuba kaji dua kenyataan ini yang dibuat oleh beliau;
"UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaannya tidak merujuk al-Quran dan Hadis." - (Harakah, 22 Februari 1999) dan "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." - (Sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.)
Kaji juga apa kata beliau di Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009, "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka."
Oleh itu selagi Nik Abdul Aziz terus mempunyai pendirian bahawa UMNO menolak Islam maka selagi itulah langkah untuk mengadakan muzakarah apatah lagi mencari titik persefahaman antara UMNO dan Pas tidak akan berjaya.
Nik Abdul Aziz dilihat tokoh paling berpengaruh dalam Pas dan ia dikatakan mengatasi pengaruh Abdul Hadi sendiri, biar pun bekas Menteri Besar Terengganu itu adalah Presiden Pas.
Justeru ramai yang melihat selagi Nik Abdul Aziz dengan pendiriannya maka sudah pasti usaha untuk mencari titik persefahaman antara UMNO dan Pas tidak akan berhasil. Ini kerana Nik Abdul Aziz dianggap oleh ramai pihak sering berhujah sesuatu perkara itu berlandaskan kepentingan politik Pas bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Mursyidul Am itu juga dilihat hanya berani menyanggah UMNO dalam soal Islam tetapi tidak begitu tegas apabila DAP menentang sebarang usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud atau menubuhkan negara Islam.
Ini jelas apabila Nik Abdul Aziz tetap mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP biar pun mereka melakukan perkara yang mengguris perasaan umat Islam, ia termasuklah mempertikaikan langkah melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih dan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Hujah Nik Abdul Aziz ketika itu ialah, Islam merupakan agama yang bersifat tahaluf (kerjasama), justeru tidak ada keperluan untuk Pas mengkaji semula hubungannya dengan pakatan pembangkang.
"Tak boleh, tak boleh. Agama Islam itu tahaluf yang diguna sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Saya tidak setuju langsung (desakan agar Pas kembali ke perjuangan asal dan mengkaji balik hubungan dengan pakatan pembangkang). Malah saya nak minta UMNO ubah dasar dia daripada kebangsaan kepada Islam. Tak pasal-pasal ambil kebangsaan yang bukan cara Nabi Muhammad SAW tetapi ajaran mat salleh Eropah."
Itulah hujah Nik Abdul Aziz yang sudah pasti akan dipersetujui oleh penyokong-penyokong tegar Pas, tetapi cuba kaji apa pula hujah Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Abdullah Sa'amah ketika ditanya mengenai tuduhan UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukannya Islam.
Jawapan Abdullah ialah, ''Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak.
''Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, 'bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.' Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji.
''Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walaupun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam."
Namun apa pun kita percaya, kenyataan Harussani dan Abdullah akan disanggah oleh pemimpin dan penyokong Pas kerana bagi mereka hanya hujah Nik Abdul Aziz sahaja yang betul, bagaimanapun dalam masa yang sama Mursyidul Am itu juga perlu diperingatkan bahawa tindakan beliau yang seolah-olah tidak mahu berdamai dengan UMNO demi kepentingan Islam adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Sebab itulah Harussani menegaskan, "Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam. Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan 'kerusi' sahaja."
Tetapi itulah keadaan Pas sekarang yang disifatkan oleh Abdullah 'sudah rosak'. Siapa yang menyebabkan Pas jadi begitu? Mereka yang mengikut perkembangan politik parti itu pasti tahu jawapannya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Minta derma: Kerajaan Pas diminta berhenti perbodohkan rakyat

KOTA BHARU 29 Mei - Kerajaan Pas Kelantan diminta berhenti daripada memperbodohkan rakyat negeri ini dengan meminta derma untuk membina lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang melibatkan kos sebanyak RM1.8 bilion.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, majlis letak batu asas dan pelancaran derma untuk lebuh raya yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lebih daripada satu gerak saraf dan propaganda politik Pas Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata, kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz tidak boleh selamanya memperbodohkan rakyat dengan pengumuman projek mega kerana mereka boleh menilai sejauh mana pelaksanaan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin Pas sebelum ini.
"Saya geli hati apabila Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan menderma untuk projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai yang menelan belanja RM1.8 bilion. Kalau harap derma mungkin 50 ke 100 tahun lagi baru siap, inilah gimik dan sandiwara politik yang terhebat abad ke-21.
"Dulu letak batu asas Jambatan Kampung Cina-Palekbang, projek pelabuhan dan bandar Pantai Sri Tujoh, Tumpat dan pelabuhan darat Kuala Krai, mana projek ini sekarang, sebatang besi pun tak ada.
"Saya mencadangkan kepada Nik Abdul Aziz lancar kutip derma baiki tandas masjid, baiki surau atau madrasah yang usang dan kotor, ini lagi baik dan afdal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Henti guna agama untuk kepentingan politik

KUALA LUMPUR 29 Mei - Pas digesa berhenti menggunakan agama sebagai senjata politik bagi meraih sokongan dan undi khususnya di kalangan umat Islam.
Setiausaha Agung Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Zulkifly Sharif berkata, langkah itu perlu supaya umat Islam tidak terkeliru dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan parti tersebut.
Katanya, berpolitik tidak menjadi kesalahan tetapi ia harus selaras dengan syariat yang telah ditentukan agar perpecahan di kalangan ummah dapat dielakkan.
"Pas perlu berhenti daripada terus mengeluarkan fatwa yang mengelirukan seperti undi mereka dijamin syurga kerana ia jelas bertentangan dengan Islam.
"Al-Quran sendiri tidak menyebut perkara itu bahkan sudah ternyata apa juga perbuatan yang kita lakukan pasti mendapat balasan setimpal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda iaitu seseorang akan masuk syurga sekiranya mengundi parti tertentu dianggap suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Zulkifly, sekiranya benar Pas mahu memperjuangkan Islam parti itu seharusnya bersama menentang penularan gejala murtad dan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang kini semakin membimbangkan.
Kata beliau, pihaknya juga menyeru Pas dan UMNO mencari titik penyatuan bagi memastikan kelangsungan bangsa dan agama terjamin.
Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan menegaskan, umat Islam perlu sedar urusan syurga, neraka, pahala dan dosa terletak sepenuhnya pada Allah SWT.
Katanya, Allah SWT telah menggariskan beberapa panduan sebelum sesuatu perbuatan itu dikira sebagai ibadah dan layak mendapat pahala.
"Justeru, undi yang dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala adalah undi yang niatnya ikhlas kerana Allah SWT dan bertepatan dengan syariat Islam.
"Setiap parti politik Islam tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang perlu bersatu untuk menjaga akidah serta menghalang anasir luar daripada merosakkan kesatuan umat Islam serta kembali merujuk kepada prinsip-prinsip Islam sebenar," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, Pas perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan mengundi parti tersebut membawa ke syurga.
Katanya, langkah itu perlu bagi mengelak salah faham kerana kertas undi bukanlah tiket bagi seseorang ke syurga atau neraka.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Berundurlah Nik Aziz - Jaafar

KUALA LUMPUR 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.
Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Katanya, adalah lebih baik untuk beliau turun ketika masih dihormati berbanding meletakkan jawatan ketika dikeji pelbagai pihak.
"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan.
"Lagi lama beliau berada di atas, selagi itu parti sukar untuk berkembang kerana kebanyakan keputusan dibuat beliau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan pendekatan kepimpinan Nik Abdul Aziz sebagai 'melampau'.
Sementara itu, berhubung pembatalan hasrat untuk bermuzakarah antara Pas dan UMNO, Jaafar berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya meletakkan syarat sebelum bermuzakarah kerana ia menjadi faktor usaha murni itu gagal.
"Muzakarah dulu, kemudian baru tengok apa keputusan perbincangan. Kalau ada perkara setuju, setujulah, kalau tidak setuju kata tidak setuju.
"Ini belum apa-apa beliau telah letakkan syarat, tidak boleh macam itu. Ia memberi gambaran bahawa beliau dari awal tidak mahu melakukannya," jelas beliau.
Sementara itu, Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berharap pintu hati Menteri Besar Kelantan itu akan terbuka serta diberi petunjuk untuk melihat kepada perkara yang benar.
Sambil memberikan contoh bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad yang berundur apabila tiba masanya, beliau berkata, Nik Abdul Aziz juga sepatutnya mengambil langkah serupa. 
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Formula BN majukan Malaysia tidak perlu dipertikai lagi

KUALA LUMPUR 29 Mei - Formula kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan ekonomi, politik, sosial dan budaya di negara ini tidak perlu dipertikai lagi kerana ia membawa kestabilan dan memberi keselesaan kepada semua pihak.
Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, jika pihak tertentu berterusan mahu menguji pencapaian pentadbiran sedia ada dengan berkeinginan untuk melihat kerajaan baru yang tidak berpengalaman memerintah, maka negara akan hancur.
"Meskipun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutama melibatkan dasar, kita perlu berpuas hati kerana negara berada dalam keadaan stabil, popular, memiliki modus operandi yang terbaik dalam pembangunan, komitmen tinggi dan mempunyai ketua negara yang berkualiti.
"Bagi golongan yang suka bereksperimen, mereka tergolong dalam kalangan yang sukakan populariti. Mereka gemar melihat kesan daripada perbuatan tersebut sama ada wujud penyokong atau tidak, tetapi hakikatnya golongan ini tidak ada hala tuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa rakyat tidak boleh melakukan eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum kerana jika tersalah langkah ia boleh menjerumuskan negara ke dalam situasi tidak menentu.
Menurut Ramlah, pemimpin negara pada masa dahulu bersungguh-sungguh menyatukan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India supaya tiada pemisahan dan tiada tuntutan yang berbeza demi keharmonian negara dan masyarakat.
"Pendekatan yang diambil oleh pemimpin terdahulu berjaya. Buktinya sejak tahun 70-an sehingga 2008, negara dan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dalam perpaduan.
"Tetapi sedihnya ketika 2008 terdapat segelintir masyarakat cuba membuat eksperimen. Uji kaji yang mereka lakukan pada awalnya memberi perasaan puas hati di kalangan mereka, tetapi akhir-akhir ini ancaman keselamatan terhadap negara dan rakyat semakin menonjol," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin berkata, landskap politik dalam negara tidak perlu diubah mahupun diuji kerana ia telah terbukti membawa keamanan.
Jelas beliau, disebabkan tindakan pihak yang mahu melihat 'pembaharuan' dalam negara terutama melibatkan Perlembagaan negara, kesannya ialah orang Melayu kini berpecah-belah.
"Jika pihak-pihak yang suka menguji telah menyebabkan orang Melayu tidak bersatu, banyak lagi perkara lain yang akan dilakukan dan bagi mereka ia hanya perkara mudah. Justeru adakah kita hanya mahu mendiamkan diri dan melihat tindak-tanduk mereka," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

'Video bukti rakaman seks pemimpin pembangkang'

KUALA LUMPUR 29 Mei - Senator Datuk S. Nallakaruppan mendakwa rakaman video 'panas' yang diserahkan kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bulan lalu adalah video seks seorang pemimpin pembangkang bersama isteri orang.
Katanya, rakaman video selama satu jam 20 minit itu dirakam pada tahun 1990-an di sebuah kediaman mewah di ibu kota dan ia bakal menjadi bukti kukuh bahawa pemimpin politik tersebut mempunyai masalah moral.
Menurutnya, video itu lebih jelas siapa pelakunya dan apabila ditayangkan di mahkamah kelak bakal menyedarkan orang ramai.
Beliau seterusnya mencabar pemimpin pembangkang berkenaan menyamannya sebanyak RM500 juta jika yakin video seks tersebut satu lagi fitnah tetapi pada masa sama memberi amaran terlalu banyak rahsia sepanjang bertahun-tahun persahabatan mereka.
"Video ini saya simpan sejak 15 tahun lalu demi keselamatan kerana pada masa itu pemimpin tersebut individu penting dalam negara. Namun, beliau tidak pernah insaf dan berterusan mahu menghancurkan negara menyebabkan saya perlu menyerahkan bukti ini kepada mahkamah.
"Beliau boleh menafikan atau mendakwa video ini sekadar fitnah tetapi pita rakaman yang diserah kepada Muhammad Shafee bukan main-main, ia rakaman seks beliau dengan isteri orang dan saya akan dedah segalanya di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 23 April lalu, Nallakaruppan bertindak menyerahkan video itu kepada Muhammad Shafee di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, ditanya mengapa baru sekarang beliau mendedahkan kewujudan video seks berkenaan, Nallakaruppan berkata, beliau sudah tidak mampu lagi bersabar melihat tindak-tanduk pemimpin pembangkang tersebut yang berterusan menipu rakyat.
"Dia menipu rakyat dan menjanjikan macam-macam serta cuba merosakkan negara hanya kerana cita-cita politik. Apakah saya mahu bersabar lagi dengan semua ini sedangkan saya tahu siapa dia yang sebenar, saya tahu betapa buruknya moral pemimpin ini," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Anwar arah tutup kes Azmin?

KUALA LUMPUR 29 Mei - Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali.
Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.
Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London.
Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.
Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom.
"Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995.
"Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000," katanya sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini.
Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang.
"Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit sedangkan Shamsidar tidak bekerja.
"Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib," lapor pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut diambil ke atas Azmin.
Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi.
Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.
"Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini?
"Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain," katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Mandat rakyat penting - PM

NAJIB Tun Razak memberi ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2012 di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN 
*****
KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mandat rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) amat penting terutama bagi meneruskan usaha melaksanakan setiap program transformasi yang dirancang.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar tanpa mandat yang kuat daripada rakyat ia hanya akan melambatkan pelaksanaan agenda tersebut sekali gus membantutkan hasrat melihat Malaysia muncul sebagai negara berpendapatan tinggi serta maju pada 2020.
Selain itu, Najib turut mengingatkan rakyat supaya bijak menilai khususnya membabitkan janji serta cadangan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana jelas rancangan-rancangan dikemukakan lebih bersifat populis, tidak realistik serta diragui.
"Saya amat meragui setiap janji, rancangan serta cadangan mereka. Sebagai contoh, mereka mahu menurunkan harga petrol dalam tempoh satu malam sahaja yang mana langkah ini tidak pernah dilakukan mana-mana kerajaan di dunia.
"Untuk makluman, kerajaan memperuntukkan lebih RM2 bilion sebulan untuk subsidi petrol. Jika harga bahan api ini diturunkan lagi, kerajaan perlu menambah peruntukan subsidi antara RM3 bilion hingga RM4 bilion sebulan. Apa akan jadi dengan kewangan negara?," katanya.
Najib berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Datuk Seri Johan Raslan yang juga Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dalam sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada program Invest Malaysia 2012, di sini hari ini.
Najib berkata, rancangan pembangkang untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM45 bilion dan bayaran tol serta menetapkan gaji minimum sebanyak RM4,000 sebulan juga jelas bersifat populis.
Katanya, semua janji itu tidak boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.
Sebaliknya, beliau menegaskan, kerajaan BN akan terus menawarkan program-program lebih realistik serta mempunyai wawasan jelas seperti program-program transformasi yang sedang giat dilaksanakan.
"Saya berjanji hasil mandat yang diberikan rakyat, saya serta rakan-rakan dalam kerajaan akan bekerja lebih keras dalam meningkatkan hidup rakyat dan demi mencapai matlamat negara maju menjelang 2020," katanya.
Sementara itu, menjawab satu soalan lain beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu sesuai untuk didiami selain destinasi pelaburan terbaik di rantau ini.
"Saya telah mengunjungi banyak negara di dunia dan apa yang boleh saya katakan Malaysia adalah negara terbaik dan hebat bagi saya.
"Dengan wujudnya kepelbagaian agama, etnik, kebudayaan serta cara hidup, kita berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat menarik termasuk sebagai destinasi terbaik bagi tujuan pelaburan serta perniagaan," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

LGBT senjata Barat runtuh sistem institusi kekeluargaan - IKIM

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kebebasan dan hak individu yang diperjuangkan oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah senjata Barat untuk meruntuhkan sistem kekeluargaan dan kepercayaan agama.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, fahaman hedonisme yang cuba membenarkan perkahwinan sesama jantina itu harus ditolak kerana boleh merosakkan moral dan struktur masyarakat.
"Manusia tidak mempunyai kebebasan penuh dalam hidup kerana setiap kebebasan harus disertai dengan tanggungjawab kepada diri dan masyarakat.
"Pengaruh LGBT ini adalah satu perjuangan yang hanya mahu memuaskan nafsu sedangkan nafsu tidak mungkin dapat dipuaskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Teori dan Aplikasi Prinsip Maqasid al-Shariah di sini hari.
Seminar Teori dan Aplikasi Prinsip Maqasid al-Shariah yang berlangsung selama dua hari itu membabitkan pembentangan kertas kerja mengenai kepentingan prinsipnya dalam menangani permasalahan baru yang dihadapi umat Islam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas satu daripada lima prinsip Maqasid al-Shariah iaitu tanggungjawab untuk melindungi keturunan selain agama, nyawa, akal dan harta.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Ulang tahun Ke-73 AKHBAR Utusan

NASIR Ali (lima kiri) bersama Aziz Ishak (empat kiri), Baharom Mahusin (enam kiri) dan Kamsari Nor memotong pulut kuning pada majlis sambutan ulang tahun ke-73 Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
*****
UTUSAN Melayu (M) Berhad meraikan ulang tahun akhbar Utusan yang ke-73 dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.
Sambutan bagi menyambut akhbar yang diterbitkan pada 29 Mei 1939 itu dihadiri kira-kira 100 kakitangan Utusan Melayu dan dimulakan dengan majlis tahlil serta doa kesyukuran, upacara memotong pulut kuning dan nyanyian Suara Keramat, lagu syarikat Utusan Melayu yang ditubuhkan setahun sebelumnya iaitu pada 18 Jun 1938.
Sambutan diserikan dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Nasir Ali yang berharap Utusan Malaysia terus kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu.
Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Penolong Ketua Pengarang 2, Ahmad Abdul Hamid; Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin; Pengurus Jabatan Pengarang, Syed Agil Syed Jaafar dan Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Kamsari Nor.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.
Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.
Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.
Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

PRU-13 larang kempen karikatur

JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.
Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.
"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.
"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Pemuda UMNO, NGO buat laporan polis terhadap Nizar


JOHOR BAHARU 30 Mei - Pemuda UMNO Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalah guna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang akhbar malam tadi. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 1- 30 JUN


PUTRAJAYA 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 mulai bulan depan bagi membolehkan 12,658,803 pemilih yang mendaftar sehingga 31 Dis 2011 membuat semakan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kempen bermula 1 hingga 30 Jun itu bertujuan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pemilih menyemak status masing-masing sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
"Kempen itu akan memberi lebih banyak ruang kepada pemilih membuat semakan dan mengemaskini maklumat pendaftaran masing-masing jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaktepatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 31/5/12

30 Mei 2012

Malaysia ekonomi ke-14 paling kompetitif di dunia

KUALA LUMPUR: Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling kompetitif di dunia, mengatasi beberapa negara maju.

Menurut Institute for Management Development(IMD) yang berpangkalan di Switzerland, Malaysia memperoleh markah tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan Jepun.

"Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lalu," menurut IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara dunia menguruskan ekonomi dan sumber manusia untuk meningkatkan kemajuan.

Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).

Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.

Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada AS$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.

Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

Menurut IMD, rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22)."

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam satu kenyataan, berkata penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi.

"Langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.

Mustapa berkata, daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.

Kaji selidik IMD itu menilai negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.

Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan iaitu kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lalu, dan kategori kecekapan kerajaan iaitu ke-13 daripada ke-17.

Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial.

Dalam kategori prestasi ekonomi, walaupun Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam 10 rangking utama, namun ia jatuh tiga mata daripada tangga ketujuh tahun lalu.

Ini disebabkan pertumbuhan pekerjaan yang perlahan dan kebimbangan akan peningkatan harga.

Dalam kategori prasarana, rangking Malaysia naik sedikit ke kedudukan ke-26 daripada 27.

Bahagian yang diberi perhatian ialah kesihatan dan alam sekitar, pendidikan dan prasarana saintifik.

"Kami menyedari bahawa terdapat bahagian di mana kami masih boleh menambah baik daya saing kami.

"Perhatian khusus akan diberi bagi menangani bahagian kebimbangan ini. Objektif keseluruhan kami masih sama: untuk mencapai rangking 10 terbaik dalam tempoh terdekat ini," katanya. - BERNAMA.
 
/hwa: bharian.com.my | 30/5/12

Senator dari Amerika Syarikat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keindahan Putrajaya kepada John McCain (kiri) dan Joseph Liberman dalam lawatan dua Senator dari Amerika Syarikat itu di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - Foto BERNAMA
May 30, 2012 4:18 pm

26th Asia-Pacific Roundtable

26th Asia-Pacific Roundtable : KUALA LUMPUR, May 28 -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (second from left) stressing a point at the opening of the 26th Asia-Pacific Roundtable here today. Also present are (from left) Malaysian Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Chairman, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (left); ASEAN Institutes of Strategic and International Studies Chairperson and Permanent Secretary of the Prime Minister's Office, Brunei Darulsalam, Datuk Paduka Awang Mohd Roselan Mohd Daud; and ISIS Chief Executive, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin (right).-- fotoBERNAMA (2012) COPYRIGHT RESERVED

Cara kepimpinan Nik Aziz melampau

KUALA TERENGGANU 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan pendekatan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘melampau’.
Ini kerana, katanya, tindakan Nik Abdul Aziz menetapkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO dianggap seperti tidak mahu melihat perpaduan antara umat Islam sedangkan ia merupakan tuntutan agama.
“Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam.
“Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan ‘kerusi’ sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengawalan dan perlesenan percetakan al-Quran, di sini hari ini.
Harussani mengulas tindakan Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya bermuzakarah dengan UMNO atas alasan mengikut pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu berbuat demikian.
Mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menyifatkan propaganda bahawa seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan, Harussani berkata, soal syurga dan negara adalah hak Allah SWT untuk menentukan siapa ahlinya.
Justeru, kata beliau, hanya mereka yang ‘jahil’ meskipun dianggap ulama akan menghukum seseorang itu bakal masuk syurga atau neraka jika tidak menyokong dan mengundi parti tertentu.
“Ini berpandukan kepada hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa seseorang antara kamu tidak akan dapat memasuki syurga Allah SWT hanya kerana amalan kamu tetapi kamu boleh masuk syurga adalah kerana rahmat Allah SWT.
“Jadi ia sudah jelas dan mengapa masih ada yang boleh berkata sokong parti itu dan ini boleh masuk syurga," katanya.
Harussani menambah, mereka yang menyokong kenyataan mengundi pihak tertentu boleh membawa ke syurga juga boleh disifatkan jahil kerana mempercayai perkara tersebut.
“Mengapa kita pandai-pandai menghukum sebelum tiba masanya apatah lagi ia adalah hak Allah SWT. Kita hanya boleh mentafsir apa yang diberitahu sahaja dan jangan mentafsirkan selain daripada itu," jelasnya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12

29 Mei 2012

Pas minta derma bina lebuh raya Kota Bharu

MACHANG 28 Mei - Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri ini tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu.
Katanya, setiap derma yang dihulurkan bakal memberi manfaat yang besar di samping memperoleh ganjaran pahala.
"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000 dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.
Pada majlis tersebut beberapa badan korporat dan syarikat swasta di negeri ini turut tampil memberikan sumbangan bagi pembinaan lebuh raya berkenaan.
Nik Aziz menambah, konsep gotong-royong itu sememangnya sudah lama diamalkan dan ia merupakan salah satu konsep yang sangat baik.
Ujarnya, kebanyakan masjid dan surau di Kelantan juga dibina hasil gotong-royong dan derma orang ramai.
"Mereka yakin sumbangan dan gotong royong itu bakal digantikan dengan pahala yang besar," katanya.
Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer (km) yang bakal menghubungkan kedua-dua bandar itu dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 billion.
Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sekali gus bakal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim perayaan.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

Janji palsu biasa bagi pembangkang

Awang Adek Hussin (tengah) bersama kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada majlis makan tengah hari di Kota Bharu, semalam. 
*****
KOTA BHARU 28 Mei - UMNO Kelantan menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan mengadakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai semata-mata untuk menarik sokongan rakyat sedangkan realiti sebenar ia tidak mampu dilaksanakan.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, janji itu tidak mungkin dilaksanakan kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung mana-mana kerajaan negeri.
Beliau berkata, setiap kali menjelang pilihan raya umum Pas akan mengumumkan pelbagai projek mega tetapi selepas itu tidak dilaksanakan serta dibiarkan begitu sahaja sebagaimana projek Jambatan Palekbang-Kampung Cina.
"Janji palsu ini terlalu biasa bagi mereka (pemimpin Pas), mainan mulut mereka, saya harap rakyat Kelantan tidak termakan dengan janji-janji itu, setiap kali pilihan raya setiap kali janji ditabur, kita harap rakyat Kelantan serik dengan janji-janji ini.
"Soal tidak buat selepas pilihan raya, biasa bagi Pas, itu amalan mereka, berjanji dan tidak melaksanakan, jadi saya rasa rakyat Kelantan tidak perlu percaya dengan perkara seperti ini kerana sudah banyak kali rakyat Kelantan diperdaya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas Kelantan mengadakan Majlis Pecah Tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Felcra Berangan Mek Nab, Machang, di sini hari ini.
Kerajaan Pas Kelantan mendedahkan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu melibatkan kos sebanyak RM1.8 bilion dan ia akan dilaksanakan dengan konsep menderma.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, majlis pecah tanah itu hanya bertujuan memainkan sentimen rakyat negeri itu dan kemudiannya menyalahkan Kerajaan Pusat dengan membuat pelbagai dakwaan sekiranya ia tidak berjaya dilaksanakan.
"Pemimpin Pas memainkan sentimen supaya rakyat marah kepada Barisan Nasional (BN), ini semua perkiraan politik, mana yang boleh mendapat kepentingan politik, esok mereka akan marah Kerajaan Pusat kerana tidak dapat buat lebuh raya dengan memberi alasan tidak mendapat wang royalti minyak.
"Saya hairan, kalau rakyat Kelantan mahukan semua ini, mereka harus yakin dengan BN yang telah membuktikannya, kalau rakyat Kelantan mahukan ini semua beri mandat kepada BN untuk laksanakannya," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12

Saya 'dipaksa' keluar DAP - Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 28 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah 'dipaksa' meletak jawatan dalam parti tersebut kerana memberi pandangan berhubung Bersih 3.0 yang bertentangan dengan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang.
Menurutnya, sejurus sahaja membuat kenyataan tersebut, beliau menerima kunjungan mengejut daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebanyak dua kali yang membawa khabar jawatan senatornya mungkin tidak akan diperbaharui.
"Kata Kit Siang, pandangan telus saya telah menyusahkan keseluruhan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang sehingga sukar untuk mereka membuat keputusan menyambung jawatan senator saya.
"Secara tidak langsung beliau sedang menyatakan saya sudah tidak lagi diperlukan dalam parti dan adalah lebih baik saya keluar dengan cara bermaruah," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri Damansara di sini hari ini.
Tunku Aziz turut mengutuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti kerana kenyataan Bersih 3.0 hanyalah separuh benar.
"Benarkah saya tidak dihukum kerana kenyataan saya? DAP sebenarnya telah memanipulasi pendirian dan kenyataan saya sebagai alasan untuk menyingkirkan saya," ujarnya.
Tegasnya, tujuan sebenar beliau menyertai DAP adalah kerana mendapat jemputan daripada Kit Siang tanpa mengharapkan sebarang balasan.
"Saya bukan bersama DAP untuk menyertai sebarang demonstrasi jalanan yang melanggar undang-undang," tegasnya yang menyertai DAP pada 2008.
Tunku Aziz turut membidas sikap angkuh Guan Eng yang mempergunakan setiausaha politiknya, Zairil Khir Johari yang bertindak sebagai orang tengah untuk 'merasuahnya' agar kekal bersama DAP.
"Biadab sungguh dia mengarahkan seorang 'budak' untuk menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP," tegasnya.
Sementara itu, Tunku Aziz yang mengumumkan keluar daripada DAP pada 28 April lalu berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyertai mana-mana parti politik pada masa depan.
"Sebelum ini sudah dua kali saya cuba untuk meletak jawatan tetapi apabila dipujuk dan memikirkan semangat setiakawan, saya menarik kembali hasrat tersebut tetapi kali ini keputusan saya sudah muktamad," jelasnya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12

'Jangan pertaruh nasib negara'

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bercakap di hadapan sekumpulan wartawan semasa mengadakan sidang media khas berhubung isu berbangkit terhadap beliau di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam. 
*****
KUALA LUMPUR 28 Mei - Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.
Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.
Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini, pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan Putrajaya.
"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?
"Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu. Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks.
"Tapi semua parti akan mendakwa mereka layak dan kalau begitu (dalam kes pembangkang) tunjukkan dulu Kabinet bayangan bagi memberi keyakinan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan terbuka Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pengisian jawatan pemimpin nombor satu negara perlu dibuat mengikut konvensyen dan amalan sedia ada.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan Melayu sebagai Perdana Menteri tetapi katanya, jawatan tersebut seharusnya kekal diisi orang Melayu kerana jawatan itu merupakan 'menteri pertama' kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Yang di-Pertuan Agong Islam dan selaku 'menteri pertama' kepada beliau sudah tentu Seri Paduka mahu Perdana Menteri berada bersama dalam majlis keagamaan Islam tetapi bagaimana kalau Perdana Menteri bukan Melayu, ini realiti yang perlu diakui," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 29/5/12

Himpunan Jutaan Belia 2012

Himpunan Jutaan Belia : PUTRAJAYA, 26 May -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima memorandum daripada Presiden Majlis Melia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee sambil disaksikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri-menteri kabinet pada majlis perasmian Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia Negara di Putrajaya di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

"Invest Malaysia 2012"

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Eksekutif Pricewaterhouse-Cooper Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan menjawab soalan pada sesi soal jawab pada persidangan "Invest Malaysia 2012" di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
May 29, 2012 11:54 am

Seruan Dr. Sulaiman dan politik Pas

Pemimpin dan penyokong Pas perlu bermuhasabah untuk menilai apakah tindak-tanduk mereka dalam berpolitik bersesuaian dengan seruan Islam. 
*****
MUNGKIN pemimpin dan penyokong Pas tidak akan senang dengan pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan, fatwa yang menyatakan undi sesebuah parti itu akan masuk syurga adalah suatu kejahilan, kebodohan, kesesatan serta tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang berakal, lebih-lebih lagi daripada seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan dan perbuatannya.
Selain itu dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia juga, Sheikh Dr. Sulaiman turut mengingatkan kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh seseorang orang Islam dan sesetengah ahli parti politik adalah tidak dibenarkan.
Bahkan beliau turut mengingatkan bahawa seorang Muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa juga keadaan sekali pun untuk menentang saudara seIslamnya.
Walaupun dalam wawancara itu beliau tidak menyebut mana-mana parti politik di negara ini, namun bagi penulis tidak salah jika kita merujuk apa yang diperkatakan itu berkait rapat dengan amalan politik Pas.
Mungkin seperti biasa pandangan daripada tokoh-tokoh ulama di luar lingkungan Pas tidak akan dipedulikan oleh penyokong tegar mereka, maklumlah parti itu sudah ada Dewan Ulama dan mursyidul amnya.
Namun begitu mereka juga perlu faham bahawa Sheikh Dr. Sulaiman tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik. Beliau melahirkan pandangan tersebut sebagai seorang ulama yang merujuk kepada al-Quran dan hadis.
Oleh itu, pemimpin dan penyokong Pas janganlahterlalujumud untuk menolak pandangan ulama di luar lingkungan parti mereka semata-mata kerana ketaksuban kepada politik.
Hakikatnya, sebahagian umat Islam sudah bosan dengan mainan politik Pas yang dilihat tidak sudah-sudah memperalatkan cogan kata, slogan dan seruan berbentuk keislaman untuk meraih undi.
Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam sudah pasti parti itu akan mengamalkan sikap mengakui antara yang hak dan batil. Jika sesuatu teguran yang dibuat oleh mana-mana ulama berkaitan dengan tindakan politik mereka adalah benar maka akui sahaja.
Tetapi malangnya keadaan sering berlaku sebaliknya, malahan masih jelas di ingatan kita bagaimana Pas menolak dan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi jalanan.
Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi mempertahankan tindakan politik songsang mereka, justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kenyataan Sheikh Dr. Sulaiman turut akan ditolak oleh Pas.
Sikap politik sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang merasakan hanya ulama mereka sahaja berhak menegur parti itu akan merugikan umat Islam.
Namun dalam masa sama oleh kerana kejumudan dalam berpolitik, biar pun teguran dibuat oleh ulama Pas sekali pun kalau ia dilihat tidak menguntungkan politik parti itu, maka ia akan ditolak bulat-bulat.
Masih ingatkah kita peristiwa Dewan Ulama Pas memberikan kata dua kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel dalam The Wall Street Journal atau menyaman majalah itu.
Ketika itu Anwar dilihat seolah-olah tidak mempedulikan Dewan Ulama sebaliknya bertemu memberikan penjelasan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas itu isu berkenaan diam begitu sahaja.
Begitu juga dalam isu muzakarah apabila, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr. Harun Taib menegaskan ia perlu diadakan tanpa syarat, adakah ia didengari oleh kepimpinan Pas biar pun ia bertepatan dengan kehendak Islam?
Sudah pasti tidak sebaliknya, Pas menolak mentah-mentah usaha itu biar pun ia idea asal mereka dengan alasan isu tersebut sudah dimanipulasikan.
Biarpun dari semasa ke semasa banyak tindakan politik Pas bertentangan dengan seruan Islam dan telah pun mengubah haluan perjuangannya dari negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas tetap menganggap mereka parti Islam.
Sebab itulah, Pas lebih cenderung untuk menuduh UMNO menolak Islam dengan matlamat bagi membuktikan merekalah perjuang Islam sebenar.
Tetapi dalam masa yang sama banyak tindakan Pas boleh menjejaskan imej Islam, ini termasuklah bersekongkol dengan mereka yang menyokong pluralisme dan seks songsang.
Walaupun pemimpin Pas memahami bahawa mereka tidak sepatutnya berbuat demikian tetapi parti itu sudah tidak ada pilihan kerana terikat dengan perjanjian politik merebut kekuasaan dengan PKR dan DAP.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap kemaruk Pas untuk menagih undi daripada bukan Melayu, oleh itu Pas cuba tidak begitu menunjukkan keghairahan mereka bagi memperjuangkan Islam.
Keadaan ini sudah tentulah mengelirukan umat Islam kerana mereka tidak pasti apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pas.
Atas sebab itulah, wawancara dengan Sheikh Dr. Sulaiman harus diteliti dan dinilai dengan sebaik-baiknya oleh Pas jika benar mereka mengaku pejuang Islam.
Apa yang dihujah dan dinyatakan oleh ulama tersebut adalah demi kebaikan umat Islam di negara ini yang semakin berpecah-belah kerana perbezaan ideologi politik.
Sebab itulah Sheikh Dr. Sulaiman menekankan bahawa perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah masalah perpecahan supaya umat Islam menjadi umat yang bersatu.
Tetapi impian itu tidak akan tercapai di negara ini jika Pas terus memikirkan kepentingan politik semata-mata dan terus berpegang kepada pendirian bahawa UMNO menolak Islam.
Walaupun dakwaan terhadap UMNO itu dibuat secara konsisten oleh seorang sahaja pemimpin Pas namun beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam parti berkenaan.
Lebih malang lagi, Pas bersedia bekerjasama dengan PKR yang memperjuangkan kesamarataan dan DAP yang menolak penubuhan negara Islam semata-mata kerana mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tonggak utama ialah UMNO - iaitu parti Melayu dan umat Islam terbesar di negara ini. Kalau beginilah sikap Pas yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa, bagaimana mungkin umat Islam di negara ini akan bersatu padu dan bertambah kukuh.
Sekarang bukanlah masa untuk menuding jari menuduh siapa yang bertanggungjawab memecah belah ummah, kalau hujah ini mahu diperdebatkan sudah pasti Pas akan kalah. Ia kerana apa yang dicatatkan dalam perjalanan sejarah politik negara tidak akan mampu dipadamkan oleh Pas.
Pemimpin dan penyokong Pas boleh sahaja membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang disarankan oleh Sheikh Dr. Sulaiman. Namun mereka perlu memahami bahawa pendekatan politik yang diamalkan oleh parti itu sekarang sama sekali tidak akan menguntungkan Pas.
Mungkin Pas perlu merenung ingatan Sheikh Dr.Sulaiman,''Apa yang dituntut oleh dalil ialah memelihara persaudaraan Islam dan memilih mereka yang paling sesuai dan berkelayakan untuk memimpin ummah. Inilah politik umat Islam yang sebenar.''
Soalnya apakah sikap ini ada pada Pas yang memukul canang mengatakan mereka masih parti Islam? Fikirkanlah!
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

Cuma gimik politik Pas

KOTA BHARU 27 Mei - Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu membina lebuh raya sendiri kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan realiti semasa, cita-cita tersebut tidak mungkin dapat tercapai.
Beliau sebaliknya menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan untuk mengadakan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang melibatkan kos hampir RM2 bilion di Felcra Mek Nab, Machang esok hanya sebagai gimik politik.
"Pas akan mengadakan majlis pecah tanah projek berkenaan esok, namun tindakan tersebut hanyalah satu gimik mereka, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Pas juga meminta dana daripada rakyat negeri ini untuk bersama membantu mereka merealisasikan impian berkenaan. Mengumpul dana daripada rakyat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu dapat jumlah tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) di Jabatan Pembangunan Persekutuan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Pengerusi MTPNK berkata, kerajaan terus giat melaksanakan beberapa projek yang telah dijanjikan kepada rakyat negeri ini.
Menurutnya, antara projek itu termasuklah pembinaan jambatan yang menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Manik Urai Baru di Kuala Krai yang dijangka siap November ini.
Katanya, selain itu, pembinaan 1,000 rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang seperti yang telah dijanjikan turut melalui perkembangan yang positif di mana ia akan siap sepenuhnya pada tahun depan.
"Pelaksanaan setiap projek tersebut jelas membuktikan kerajaan telah menepati janji kepada rakyat, cuma kadang-kadang ia berlaku sedikit kelewatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan," katanya.
Tambahnya, kerajaan turut prihatin dalam membantu masyarakat miskin di sini dengan memperuntukkan RM11.7 juta untuk membina dan membaiki 2,911 buah rumah tahun ini.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

‘Bukti DAP parti rasis’

KUALA LUMPUR 27 Mei - DAP digesa supaya tidak terus memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina khususnya yang menjanjikan Perdana Menteri bakal dilantik daripada kalangan orang bukan Melayu.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, permainan politik DAP itu sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada masyarakat Cina dan juga membuktikan mereka sebuah parti yang rasis.
“Sebelum itu saya mahu DAP jawab, jika pakatan pembangkang menang adakah orang Cina akan dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan?
“Ini jelas polemik yang ditimbulkan oleh parti rasis ini yang hanya untuk meraih undi masyarakat Cina walaupun sedar perkara itu tidak mampu dicapai,"katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran MCA Wangsa Maju di sini hari ini.
Tegas beliau, DAP yang 99 peratusnya terdiri orang Cina dilihat semakin berubah kerana terlalu gilakan kuasa.
“Sebab itu mereka terpaksa menanggung malu kerana terpaksa berbaik dengan Pas hanya untuk meraih sokongan orang Melayu.
“DAP juga menganggap orang Cina tidak ada pilihan selain mengundi mereka sedangkan, mereka lupa MCA telah lama terbukti berjaya memajukan negara dengan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi," katanya.
Sementara itu, Soi Lek turut menyifatkan parti-parti dalam pembangkang sekarang tidak lagi demokratik berbanding BN.
“Lihat DAP yang Lim Kit Siang memegang jawatan penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agung yang tidak perlu bertanding untuk mendapat jawatan itu, ia samalah seperti jawatan Presiden dan Mursyidul Am dalam Pas.
“Parti Keadilan Rakyat (PKR) paling hebat, mesyuarat tertinggi parti boleh diadakan di dalam rumah sahaja sebab parti itu diketuai oleh keluarga dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya pula Naib Presiden, Nurul Izzah," katanya sinis.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

Undi parti masuk syurga fatwa sesat

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.
''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.
Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.
Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''
''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.
''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.
Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.
''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.
''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.
Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''
''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.
Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

Himpunan Jutaan Belia 2012 catat kehadiran 2.4 juta

PUTRAJAYA 28 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 selama lima hari bermula 23 Mei hingga semalam berjaya mencatatkan kehadiran 2.4 juta orang berbanding sasaran awalnya dua juta.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabri Cheek yang mengumumkannya di sini hari ini berkata, jumlah itu tidak melibatkan penyertaan belia dalam aktiviti yang diadakan jauh daripada Persiaran Perdana yang menjadi pusat sambutan himpunan. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

Pembangkang belum layak tadbir negara-Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 28 Mei - Malaysia perlu ditadbir oleh parti yang berpengalaman serta terbukti mempunyai rekod pentadbiran baik dalam mengurus perbezaan etnik, bangsa dan agama dalam kalangan rakyatnya.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks, rakyat tidak wajar membuat eksperimen dalam menentukan parti yang memerintah.
Menurutnya, pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pengalaman serta rekod tersebut dan sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

Kisah kejayaan FRI Tg. Demong

Ahamad Sabki Mahmood memberi makan anak ikan kerapu hidrid di Pusat Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong, Jabatan Perikanan, Besut, Terengganu baru-baru ini sambil diperhatikan loleh Pegawai Penyelidik, Jabatan Perikanan, Sufian Mustafa. 
*****
Pusat Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong , Jabatan Perikanan merupakan antara pusat seumpamanya yang dimiliki oleh jabatan tersebut,
Pada tahun 1988, (FRI) di Tanjung Demong memulakan inisiatif pembenihan ikan kerapu setelah berjaya mengeluarkan benih ikan siakap.
Dua tahun kemudian, institut berkenaan berjaya mengeluarkan benih kerapu hijau dan dikenali di seluruh negara.
Bagaimana pun teknologi tersebut tidak berjaya dikembangkan kepada pihak industri ekoran terdapat beberapa kerumitan dari segi teknikal yang berkaitan ciri-ciri biologi spesies tersebut.
Antara permasalahan yang dikenalpasti ketika itu adalah nisbah jantina yang tidak seimbang (kekurangan induk jantan yang ketara), kadar hidup yang rendah di peringkat pembenihan dan ternakan akibat pelbagai masalah penyakit yang sukar dikenal pasti dan dirawat
Pada tahun 1994, pusat berkenaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan spesies baru iaitu kerapu harimau dan setahun kemudian berjaya mengeluarkan benih kerapu tersebut secara besar-besaran.
Malah, teknologi pembenihan kerapu harimau turut dikembangkan di kalangan pengusaha tempatan biarpun agak perlahan berbanding di Indonesia kerana kekangan bekalan induk yang hanya boleh diperolehi di Sabah.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) pembenihan kerapu di FRI tersebut terhenti. Namun ia dibangunkan semula pada tahun 2004 untuk membiak kerapu kertang.
Pihak FRI Tanjung Demong turut mengalami masalah kerana kerapu kertang agak sukar dibiakkan berikutan tahap kematangan induk-induk betina yang dipelihara di pusat pembenihan tidak mencapai tahap optimum untuk tujuan aruhan pengeluaran telur.
Bagi induk jantan pula, biarpun telah berada pada tahap optimum, bilangannya yang rendah menyukarkan proses pembiakan.
Namun kejayaan sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghasilkan benih kerapu hibrid telah mendorong FRI Tanjung Demong mengambil inisiatif untuk turut menghasilkan kerapu hibrid menggunakan stok induk kerapu kertang dan kerapu harimau yang sedia ada.
Justeru, mulai pada tahun 2009, melalui kerjasama R&D antara FRI Tanjung Demong dan Seraya Akuatik Sdn. Bhd., teknologi pembenihan kerapu hibrid berjaya dibangunkan secara besar-besaran.
/hwa: utusan.com.my | 28/5/12

28 Mei 2012

Makan Tengah Hari bersama PM

Majlis Makan Tengah Hari : SERDANG, 28 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang hadir pada majlis makan tengahari di Rumah Sejahtera dekat ini hari ini, kelihatan ceria bersama warga emas Ipang anak Bintan, 70. Ipang adalah antara 1,500 warga emas dari pusat jagaan warga emas seluruh Selangor and Kuala Lumpur berkumpul untuk makan tengahari dan beramah mesra serta bertemu dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri hari ini.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

Kos daftar syarikat turun RM50

Oleh Zanariah Abd Mutalib

   NAJIB  bersama  Rosmah   mencuba membuat teh tarik selepas Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, malam tadi.
NAJIB bersama Rosmah mencuba membuat teh tarik selepas Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, malam tadi.
*****
Kadar baru beri manfaat sejuta penjaja, peniaga kecil seluruh negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan penurunan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun.
Ini bermakna dalam tempoh lima tahun mereka terpaksa membayar RM150 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM300 bagi perniagaan perkongsian.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan jumlah bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Jun sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi.

"Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi, sambil menerima tepukan gemuruh lebih 15,000 warga penjaja dan peniaga kecil yang hadir.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

"Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan," katanya.

/hwa: bharian.com.my | 28/5/12

Obama diperangkap gay Yahudi

OBAMA terpaksa bergantung kepada dana Yahudi dan kalangan gay untuk kelangsungan politiknya.
*****
BENARKAH Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tersilap strategi menyokong perkahwinan sejenis untuk memancing undi gay dan lesbian? Sejauh manakah kedua-dua golongan ini boleh menyumbang kepada kemenangan Obama dalam pilihan raya September depan?
Sokongan terbuka Obama itu mencetuskan kontroversi dan banyak yang menentang perkahwinan sejenis dijangka akan menolak Obama. Budaya songsang perkahwinan sejenis ini memang dianggap biasa dengan menularnya golongan gay dan lesbian. Tetapi apakah benar Obama melihat potensi undi daripada gay dan lesbian untuk menewaskan pencabarnya Mitt Romney?
Banyak reaksi yang menentang sokongan Obama itu memperlihatkan masyarakat membantah perkahwinan sejenis walaupun enam negeri di AS membenarkan. Dalam masyarakat yang dilihat bobrok dengan nilai songsang ini, tetap ada ramai yang waras dan memilih institusi keluarga yang normal sebagai institusi.
Sebenarnya di sebalik sokongan Obama terhadap perkahwinan sejenis, ada permainan politik lain yang menjadi pendorongnya iaitu pembiaya dana politik. Mereka inilah yang menentukan hala tuju politik Obama. Ini kerana antara pembiaya dana politik Obama adalah gay dan sokongan kewangan mereka cukup besar. Obama memerlukan dana yang besar itu untuk berkempen hingga September depan.
Kerana itu menyokong perkahwinan sejenis adalah agenda politik untuk golongan pembiaya dana yang terdiri daripada gay dan lesbian. Obama tentu tahu kesan di sebalik sokongan seorang Presiden AS terhadap perkahwinan sejenis. Tambahan pula belum pernah dibuat Presiden sebelum ini. Ini menunjukkan kuasa wang mengatasi kuasa politik dan wang menentukan agenda politik. Obama bukan tersilap langkah tetapi terpaksa kerana dia memerlukan dana yang besar untuk tujuan politiknya. Ini ditambah pula dengan Wall Street sudah tidak membiaya Obama seperti pilihan raya Presiden 2008.
“Gay adalah pembiaya Presiden selepas ini," demikian ulas Rahm Emanuel yang sekarang bertindak mencari dana untuk Obama. Pada sudut lain sokongan Obama itu sebagai mengiktirafkan Jerusalem, ibu kota Israel yang menjadi pangkalan dana Yahudi untuk Obama.
Difahamkan lebih 20 peratus pembiaya, pekerja sukarela dan pencari dana Obama adalah gay dan sebahagian besar daripada mereka adalah aktivis gay.
Sengit
Pembiaya Yahudi inilah yang memaksa Obama menggunakan pengaruhnya untuk menghalalkan perkahwinan sejenis. Obama terpaksa melakukan kerana kelangsungan politik walaupun dia tahu risikonya sangat besar. Kerana itulah belum ada Presiden AS yang sanggup berbuat demikian tetapi Obama terpaksa melakukannya.
Obama dari Demokrat dan Romney dari Republikan memperlihatkan persaingan sengit dalam beberapa pengundian yang diadakan. Salah satu faktor yang menggugat Obama ialah sokongannya terhadap perkahwinan sejenis. Kalangan sosiologis menganggap sokongan terhadap perkahwinan sejenis adalah satu perang budaya yang sama dengan isu pengguguran sebelum ini.
Perkahwinan sejenis suatu yang berkait rapat dengan sosiobudaya. Kemudian ditambah pula dengan tuntutan hak asasi manusia sebagai individu yang mengenepikan hak asasi manusia dalam masyarakat. Obama tidak melihat isu perkahwinan sejenis sebagai perang budaya, sebaliknya hanya melihat keuntungan politik apabila pembiaya gay dan lesbian menyalurkan dana kepada kerjaya politiknya. Inilah pertama kali dalam sejarah kempen pilihan raya Presiden isu perkahwinan sejenis berjaya mengalih tumpuan daripada isu ekonomi dan pengangguran.
Sebelum Obama tampil dengan sokongan padu kepada perkahwinan sejenis, isu yang dibahaskan ialah pelan pemulihan ekonomi dan pengurangan kadar pengangguran. Pelan Romney mengikut beberapa kaji selidik lebih berjaya berbanding Obama. Tetapi isu ekonomi ditenggelamkan oleh isu perkahwinan sejenis yang memberi kesan langsung kepada masyarakat. Sokongan Obama kepada perkahwinan sejenis ini juga telah mengalih sokongan majoriti pengundi Islam dan juga bukan Islam yang menentang gaya hidup itu.
Maknanya walaupun secara rambang gaya hidup di AS memungkinkan rakyatnya menerima perkahwinan sejenis tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Dalam satu temu bual semasa kempen pilihan raya 1996, Obama menegaskan, “Saya menyokong perkahwinan sejenis dihalalkan." Tetapi pada kempen pilihan raya Presiden 2008, Obama berkata pula, “Saya percaya perkahwinan adalah kesatuan antara lelaki dan wanita. Bagi saya sebagai Kristian, ini adalah kesatuan yang keramat." Tetapi pada 9 Mei lalu, dalam temu bual dengan sebuah saluran televisyen, Obama menyatakan sokongan terbuka kepada perkahwinan sejenis, dan tidak berdolak dalik seperti sebelum ini.
Golongan gay dan lesbian menyokong Obama tetapi yang lain berbelah bagi antara Obama dan Romney. Majoriti rakyat melihat sokongan Presiden AS itu sebagai menentang institusi keluarga yang dibina atas perkahwinan yang normal. Dalam beberapa kaji selidik, Obama tidak mendapat keuntungan politik daripada sokongannya terhadap perkahwinan sejenis. Malah sokongan itu beralih kepada Romney yang menentang budaya songsang itu.
Obama tidak belajar dari banyak Presiden AS yang sebelum ini. Belum ada Presiden AS yang secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis walaupun isu ini dibangkitkan sejak tahun 1970-an lagi. Gerakan lesbian gay biseksual dan transgender (LGBT) secara umumnya ditentang di mana-mana termasuk negara yang sekular seperti AS. Perhitungan Obama menyenangkan hati pembiaya adalah kesilapan.
Obama sebenarnya sangat mengecewakan rakyat AS dan juga dunia. Sebagai Presiden AS pertama daripada kulit hitam, Obama dalam kempennya pada 2008 menawarkan pembaharuan politik AS dan hubungan antarabangsa. Janjinya untuk menghormati Islam dan dunia Islam semasa berucap di Universiti Kaherah juga tidak ditunaikan. Obama tidak mengambil sebarang usaha menyelesaikan krisis Asia Barat khususnya Palestin - Israel. Sebabnya dia mempunyai pembiaya kalangan Yahudi termasuk lesbian dan gay. Sebaliknya mengugut hendak menyerang Iran, satu-satunya negara Islam yang lantang mengkritik AS selepas kejatuhan Muammar Ghadafi di Libya.
Maka apabila Obama secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis, sementara lawannya bukan sahaja menentang malah mengemukakan pelan pemulihan ekonomi dan pendekatan mengatasi pengangguran, Obama tertinggal di belakang. Penolakan rakyat terhadap perkahwinan sejenis dan pelan pemulihan ekonomi Obama yang tidak memikat ditunjukkan dalam beberapa undi dan kaji selidik sebelum ini.
Obama mempunyai masa lima bulan sahaja lagi untuk menjual janji dan memenangi hati rakyat. Ketika setiap undi itu sangat berharga maka tidak hairanlah kalau orang politik hanya memikirkan bagaimana untuk menang. Mereka sanggup melutut kepada rakyat dan banyak lagi perbuatan tidak cerdik asalkan menang dalam pilihan raya.
/hwa: utusan.com.my | 27/5/12