31 Januari 2013

Lawatan PM ke Kedah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap di depan sebahagian tiga ribu penyokong yang menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Kedah. - Foto Shahrizal Md Noor, Jan 31, 2013 10:50 am

Lawatan TPM ke Kelantan

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan pemimpin komponen parti Barisan Nasional (BN) ketika tiba bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin parti dan beberapa program bersama masyarakat dan NGO di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi, Jan 31, 2013 10:51 am

RM50 juta program Hati Rakyat

Najib Tun Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor memotong kek sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA 
*****
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program Hati Rakyat terutama melibatkan golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Menurut Perdana Menteri, program serta agihan yang akan bermula bulan depan, merupakan inisiatif kerajaan dalam membela golongan itu mengikut keperluan masing-masing di bawah konsep jaringan keselamatan sosial.
Katanya, bantuan kewangan itu akan digabungkan dengan program 1Azam kementerian bagi membantu golongan wanita yang ingin berniaga secara kecil-kecilan.
Beliau berkata, kerajaan juga akan memastikan peruntukan tersebut sampai kepada kumpulan sasar yang telah ditetapkan.
"Mungkin mereka perlukan bantuan untuk latihan, bantuan warga emas seperti lampin atau mungkin bantuan kerusi roda dan RM50 juta ini akan memperluaskan konsep jaringan keselamatan sosial sebagai satu lagi daripada usaha mengupayakan mereka," katanya.
Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), di sini hari ini.

Peranan antarabangsa Malaysia kian mencabar

KEJAYAAN peranan antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah usahanya dalam konteks penyelesaian konflik serantau dan antarabangsa semasa. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan antarabangsa. Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik secara aman telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman komunis dalam negara.
Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara yang berjiran dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan pelbagai konflik yang berlaku di sekitar sempadannya. Selepas beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini telah terbukti berjaya.
Sebagai contoh, peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.
Berikutan dengan kejayaan ini, Malaysia sedang cuba 'menjual' peranan diplomasiya kepada beberapa buah negara lain yang sedang menghadapi masalah yang sedemikian rupa seperti Myanmar (isu Rohinya) dan Thailand (isu selatan Thai). Yang terkini, Malaysia sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi 'perunding damai' di antara Hamas dan Fatah di Palestin.
Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas usaha dan keberanian beliau untuk berusaha menjejakkan kaki ke bumi Palestin yang sedang hebat bergolak. Sesungguhnya, kehadiran Najib pasti menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam sejagat untuk terus berjuang bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.
Pun begitu, apa yang telah dicapai oleh Malaysia sekarang sebenarnya hanya satu permulaan kepada satu episod baru dalam kancah dunia politik antarabangsa era globalisasi. Apatah lagi, bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia yang ingin mencapai status sebagai sebuah 'negara kuasa pertengahan' (middle power state), cabaran yang bakal dihadapinya mulai daripada sekarang dan akan datang adalah semakin mencabar dan berliku.
'Negara kuasa pertengahan' ialah satu konsep yang merujuk kepada status sesebuah negara yang bukan 'besar' dan bukan 'kecil' tetapi boleh berdikari serta mampu memberikan impak penting dalam konteks politik antarabangsa. Malaysia, pada ketika ini sedang mempersiapkan dirinya menjadi sebuah 'negara kuasa pertengahan'.
Sememangnya, usaha dan peranan antarabangsa Malaysia khasnya dalam menyokong idea PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat menerusi pendekatan penyelesaian konflik secara aman dan tindakan multilateralisme yang dijana menerusi platform PBB telah memperlihatkan tindakan dasar luar Malaysia sebagai bakal sebuah 'negara kuasa pertengahan'.
Dan sekiranya status ini berjaya dicapai oleh Malaysia, ia bakal meletakkan negara ini sebaris dengan 'negara-negara kuasa pertengahan' yang tersohor pada ketika ini seperti Kanada, Brazil, India, Korea Selatan, dan Jepun.
Pendekatan Wasatiyyah yang dianjurkan oleh Malaysia dalam konteks penyelesaian konflik antarabangsa sememangnya merupakan satu pendekatan yang baik dan bijaksana. Banyak negara dunia telah menyambut baik pendekatan ini kerana ia bersifat sangat universal. Jikalau melihat kepada logik akal, tiada siapa pun mahu melihat kemusnahan dan kematian.
Ramai yang pasti bersetuju sekiranya semua konflik dan krisis antarabangsa dapat di selesaikan secara aman tanpa melibatkan kemusnahan dan pertumpahan darah. Tetapi persoalannya, apakah semua pihak yang sedang berkonflik termasuk pihak-pihak tertentu yang berkepentingan serta negara-negara kuasa besar dunia benar-benar bersetuju dengan pendekatan ini?
Dalam hal yang sebegini, bersikap positif dan berbaik sangka adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Tetapi kalau disingkap sejarah silam politik antarabangsa, kita akan dapati keadaan sebaliknya sedang berlaku dan ia sangat mengecewakan.
Realitinya, dalam konteks pengurusan dan penyelesaian konflik antarabangsa, negara-negara kuasa besar dunia pada hari ini lebih menyukai pendekatan secara kekerasan daripada pendekatan secara aman. Mereka lebih cenderung kepada peperangan yang sudah pasti membawa kepada kemusnahan dunia dan kematian manusia yang tidak berdosa.
Andaian ini boleh disokong dengan beberapa fakta yang sangat menarik untuk difikirkan bersama, sebagai contoh:
(i) Perubahan peranan misi pengaman antarabangsa daripada hanya misi pengaman kepada 'misi campur tangan ketenteraan' (military intervention).
(ii) Peningkatan krisis dan konflik antarabangsa di negara-negara yang menolak demokrasi.
(iii) Peningkatan jumlah misi pengaman antarabangsa sama ada di bawah seliaan PBB dan agensi bukan PBB (seperti NATO, EU dan pertubuhan-pertubuhan serantau).
(iv) Peningkatan jumlah pengeluaran dan penjualan senjata oleh negara-negara kuasa besar dunia.
(v) Peningkatan jumlah pembelian senjata oleh negara-negara membangun dan miskin seperti di Afrika, Asia dan Amerika Selatan.
(vi) Sokongan kuat sama ada oleh PBB dan negara-negara kuasa besar dunia terhadap usaha campur tangan asing dalam konflik di negara-negara membangun (seperti di Iraq, Afghanistan, Syria dan yang terkini di Mali).
PBB, sebagai badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tadbir-urus dunia sejagat (global governance) pula semakin hari semakin hilang 'taring'nya. Hari ini, banyak usaha misi pengaman antarabangsa yang sebelum ini diterajui oleh PBB telah 'diswastakan' kepada agensi bukan PBB yang jelas sekali mempunyai pelbagai kepentingan yang terselindung.
Misi pengaman antarabangsa pada hari ini telah hilang sifat collective security dan 'multilateralismenya'. Ia tidak ubah seperti misi untuk mempertahankan kepentingan nasional negara-negara tertentu dan berkepentingan di PBB.
Lihatlah apa yang telah berlaku kepada misi-misi pengaman antarabangsa di beberapa buah negara seperti Bosnia, Somalia dan Rwanda. Ia adalah antara contoh misi-misi pengaman yang gagal sementara krisis di beberapa buah negara lain seperti di Palestin dibiarkan berlarutan.
Banyak yang telah ditulis oleh sarjana-sarjana Barat mengenai sikap negara-negara kuasa besar dunia ini. Sebagai contoh, Michael Pugh dalam artikelnya 'Peacekeeping and Critical Theory' (2004) terbitan Jurnal International Peacekeeping menulis mengenai bagaimana peranan 'New York Orthodoxy' di PBB mencatur perkembangan politik antarabangsa.
Robert Cox dalam artikelnya yang bertajuk 'Critical Political Economy' (1995) menulis mengenai bagaimana institusi kewangan antarabangsa mengatur dan memanipulasi sistem ekonomi antarabangsa supaya lebih menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia dan menjadikan negara-negara lain yang bukan Barat untuk kekal menanggung hutang yang tinggi.
Mark Duffield pula dalam bukunya yang bertajuk 'Global Governance and the New Wars: The Merging of Development and Security' (2001) mengatakan bahawa sebenarnya isu global pada hari ini bukanlah sangat mengenai isu terrorisme tetapi sebalik isu bagaimana negara-negara kuasa besar dunia dapat menyuntik fahaman liberalisme dan demokrasi serta membentuk jaringan konflik yang tidak liberal ke seluruh pelosok dunia khasnya di negara-negara yang bukan Barat.
Demikianlah sikap 'talam dua muka' (double-standard) negara-negara kuasa besar dunia terhadap negara-negara lain dalam konteks politik antarabangsa semasa. Ini sebenarnya menjadi satu cabaran besar bagi sebuah negara kecil seperti Malaysia untuk menempatkan dirinya sebagai bakal 'negara kuasa pertengahan' berbekalkan prinsip Wasatiyyah.
Semoga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara contoh yang gigih berusaha dengan segala kemampuan yang ada demi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat terpelihara daripada 'ancaman' negara atau pihak yang berkepentingan ini.

Persengketaan dalaman bawa kehancuran negara

MUTAKHIR ini kita berhadapan kembali dengan isu perebutan penggunaan kalimah Allah antara umat Islam dan bukan Islam. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pertikaian dalam kalangan umat Islam sendiri berhubung kebolehan penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam.
Kedua-dua keadaan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada negara kerana ia akan mengundang dan mencetuskan perasaan marah, kebencian, perpecahan, kecelaruan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Situasi ini wajar ditangani secara matang dan profesional dengan mengembalikan kemelut tersebut kepada pihak yang berhak dan berautoriti yang telah dilantik oleh pihak kerajaan dan diamanahkan oleh rakyat jelata, bukannya dipolitikkan demi kepentingan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai seorang anak jati Malaysia yang memiliki penghayatan dan kecintaan mendalam terhadap bumi bertuah Malaysia ini, isu sebegini hendaklah diserahkan kepada kerajaan yang diwakili oleh para ulama yang telah dilantik, bekerjasama dengan para umara demi kestabilan, keselamatan dan perpaduan rakyat Malaysia.
Hanya apabila kita sebulat suara menyatukan kemahuan kita untuk akur atas peranan yang dimainkan oleh para ulama dan umara dalam hal ini, maka isu sebegini tidaklah sukar untuk diselesaikan.
Bersesuaian dengan perintah Allah SWT yang mewajibkan setiap umat Islam untuk mematuhi perintah-Nya selagi mana terdapat nas-nas yang jelas berhubung sesuatu permasalahan, dan sekiranya tidak terdapat nas-nas yang qati' (jelas) maka dirujuklah Sunnah Rasulullah, mahupun pandangan Ulil-Amri. (An-Nisa' 4: 59).
Malaysia adalah sebuah negara aman sejahtera, maju dan harmoni. Status ini perlu dijadikan keutamaan dalam hidup bermasyarakat. Pada masa yang sama, Malaysia juga adalah sebuah negara demokrasi berparlimen yang diketuai oleh seorang Raja Berperlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara sekali gus Ulil Amri kepada umat Islam di negara ini. Kepada bagindalah perkara ini wajar dirujuk apabila Raja-raja Melayu yang bersidang dalam Majlis Raja-raja bersama para mufti negeri masing-masing tidak dapat menyelesaikan kemelut berkaitan agama Islam.
Melalui mandat kuasa baginda maka Kerajaan Persekutuan berhak untuk memutuskan sebarang tindakan yang baik dan bermanfaat kepada umat Islam khasnya dan amnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Sejak sekian lama Malaysia merdeka, kita telah menerima pakai kewujudan seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga keharmonian agama dalam negara ini.
Di samping itu, Perdana Menteri juga menikmati pelantikan seorang penasihat agama berstatus menteri untuk tujuan melicinkan perancangan dan pelaksanaan dasar perpaduan dan keharmonian agama. Di bawahnya terletak jentera pelaksana yang mampu menyelesaikan kemelut ini dengan penuh tanggungjawab, dengan syarat kita menyerahkan yang hak kepada ahlinya demi menjauhkan kebatilan.
Untuk memantapkan lagi kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam, pada 2011, kerajaan telah menubuhkan satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keharmonian agama dan perpaduan dalam kalangan penganut agama melalui perkongsian maklumat, dialog, perbincangan berterusan dan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan saling percaya, bekerjasama dan menjaga keamanan.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil agama yang disyorkan oleh agama masing-masing dan juga memiliki autoriti dalam halnya. Institusi ini dinamakan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Kerjasama antara Penganut Agama (JKMPKA) diselaraskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Jawatankuasa ini dipimpin oleh Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Penasihat Bersama, manakala tanggungjawab menggerakkan jawatankuasa ini dilaksanakan oleh Datuk Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional selaku Pengerusi JKMPKA.
Tiga organisasi nasional berkaitan agama iaitu Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) dan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) dilantik selaku Urusetia Bersama bertanggungjawab mengadakan pelbagai aktiviti bersama bagi menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara mereka.
Tujuan utama jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk menjadi mekanisme dan platform dialog dan mediasi bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara berjiwa muhibah.
Jawatankuasa ini akan bersidang dan berbincang bagi mendapatkan pandangan dan syor yang bernas untuk dimajukan kepada Perdana Menteri dan Kabinetnya untuk tindakan selanjutnya.
Berdasarkan persepakatan ini, konflik agama tidak sepatutnya berlaku kerana sebarang isu agama boleh ditangani oleh pihak-pihak yang mempunyai keahlian dalamnya. Permasalahan besar dalam konteks negara kita adalah bilamana segelintir pimimpin mahupun parti politik menggunakan isu agama untuk dipolitikkan bagi mencari populariti demi kepentingan politiknya.
Tindakan sebegini adalah salah dan wajar dikutuk kerana pemimpin dan parti politik sedemikian rupa mengutamakan kepentingan peribadinya lebih daripada kepentingan awam. Mereka ini menidakkan pentingnya perpaduan, harmoni dan kestabilan negara.
Mereka juga menafikan peranan dan kesungguhan yang telah dimainkan oleh para umara dan ulama serta ahli-ahli dalam bidangnya. Jelas tindakan sebegini bertentangan dengan perintah ajaran sebenar Islam.
Oleh yang sedemikian, mereka ini patut mengelak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan rakyat dan seharusnya menyerahkan sebarang isu berkaitan agama kepada JKMPKA agar dapat ditangani dengan baik. Mereka wajar mempromosikan persefahaman dan kerjasama bukannya menggalakkan lagi perpecahan dan ketidakstabilan dalam negara ini.
Mereka wajar menasihati pengikut-pengikut mereka supaya akur dengan keputusan yang telah diambil oleh kerajaan rakyat bukannya bertindak bertentangan. Jika benar mereka ini serius dalam hal-hal sedemikian, beranikan diri melibatkan dan mengadakan dialog serta perbincangan dengan jawatankuasa tersebut agar suara dan pandangan mereka dapat diambil dan dilaksanakan dengan baik.
Demi agama, bangsa dan negara, kita hendaklah bersungguh-sungguh menjadi umat yang dikatakan khairu ummah (umat terbaik). dengan status ini barulah kita dapat menjadikan Malaysia setimpal dengan tanggapan negara Islam lain dan Barat bahawa Malaysia sebuah negara maju, aman sejahtera yang mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah).
Antara inti pati khairu ummat ini adalah dengan memastikan perpaduan dan keharmonian bukan sahaja dalam kalangan umat Islam malah antara mereka dan penganut agama lain.
Sebarang persengketaan agama hendaklah diserahkan kepada para ulama (ilmuwan) dan umara (pemerintah) untuk diselesaikan. Janganlah kita campur tangan dalam hal-hal yang kita sendiri bukan ahlinya.

Pas banyak 'berlakon'

KATA si giant killer: "Barangkali dia super gred tetapi padahal 'kosong' di Marang." Itu ungkapan agak pedas daripada Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Terengganu dalam pertemuan pada malam Sabtu lalu.
Dalam pertemuan di Kuala Lumpur itu, Abdul Rahman membawa saya meninjau tindak-tanduk pelik sebilangan pengikut Pas di kawasannya, Marang, sebelum menjengah lebih jauh seluruh Terengganu.
"Bagi saya Pas banyak 'berlakon'. Pernah sebelum Jambatan Sultan Mahmud di Duyung siap, orang Pas kata tak akan guna, membazir wang.
"Tapi bila jambatan siap, dia lalu juga. Dari Batu 6, Gong Badak, Tok Jering, Seberang Takir dan Kuala Nerus, mereka menghala ke Rusila (kawasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.
Kata Abdul Rahman: "Dia (Pas) kata sekolah kerajaan ini kafir, sekular. Semasa anak mereka (penyokong Pas) tadika, dia hantar ke taska Pasti...dia kata tadika sedia ada tadika kafir. Tapi bila besar, tahu pula hantar anak ke sekolah rendah, menengah kerajaan.
"Malah, ada orang Pas hantar anak belajar ke Eropah dan Amerika lagi...bukankah itu negeri-negeri kafir?"
Abdul Rahman, 60, mendapat jolokan Giant Killer setelah menewaskan Abdul Hadi, 65, pada 1986 dan 2004. Dalam persaingan pilihan raya, beliau dan Presiden Pas itu ketika ini dalam kedudukan seri (Abdul Hadi menang 1990 dan 1995).
Bagi Abdul Rahman, Barisan Nasional masih berupaya mempertahankan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Malah, boleh tambah kerusi lagi.
Ketika ini daripada 32 Dewan Undangan Negeri (DUN), BN cuma kalah 8. Daripada 8 kerusi Parlimen pula, 2 terlepas. Di peringkat DUN, kata beliau, Insya-Allah BN akan tambah daripada 24 kepada sekurang-kurangnya 28 kerusi.
Untuk 6 kerusi Parlimen sedia ada, BN bukan sahaja mampu kekalkan, malah percaya kerusi Marang yang dikuasai Abdul Hadi akan kembali ke pangkuan BN.
"Hadi tak bawa apa-apa pembangunan dan kemajuan untuk rakyat Marang. Sama ada jalan raya, masjid, surau, klinik dan sekolah semuanya berbalik kepada Pusat.
"Baik dulu... sebelum, semasa dan sesudah dia jadi MB (Menteri Besar Terengganu 1999-2004), tiada apa-apa yang dia buat untuk rakyat Marang.
"Jadi, rakyat Terengganu, apatah lagi di Marang merasakan mengundi Pas tidak mendatangkan apa-apa hasil dan faedah kepada mereka jika hanya dimomokkan oleh propaganda dan retorik semata-mata," kata beliau.
Apa tidaknya, kata Abdul Rahman lagi: "Pas ni banyak teori...malam dia ceramah, siang tidur. Rakyat meluat dengan perangai sebegini, dan simpati pula kepada BN."
Bukti paling mudah. Daripada 57 buah masjid di Marang, tidak ada satu pun dibina oleh Abdul Hadi. Yang dia bina cuma masjid di Rusila. Sekarang bila BN perintah di bawah teraju Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, setiap satu DUN dibina satu masjid. Satu tahun, satu masjid. Kalau seluruh 32 DUN, cuba kira berapa?
Dan jika dinilai kembali manifesto yang dicanang Abdul Hadi pada pilihan raya umum 1999, sebenarnya banyak hutangnya kepada rakyat Terengganu.
Abdul Hadi, kata Abdul Rahman, mungkin tak akan diingati oleh rakyat Terengganu. Ini memandangkan tidak ada satu pun prasarana atau infrastruktur yang dikongsinya dengan rakyat. Ini baik sewaktu dia menjadi MB mahupun ketika ini menyandang Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang.
Namun, tegas beliau, kelibat Presiden Pas itu pasti tidak akan dilupakan oleh umat Islam negara ini kerana kesan 'sergahan' amanatnya di Banggol Peradong pada 1981.
"Kesannya, amat besar, berterusan dan berpanjangan sampai sekarang. Segala yang buruk-buruklah...pecah belah masyarakat, tak bertegur sapa sesama Islam, haram makan sembelihan orang UMNO, sembahyang berasingan, tanah kubur asing-asing, akad nikah dua kali.
"Tapi, bila kita tanya balik...mak dan ayah orang Pas ini termasuk Hadi sendiri dan nenek moyangnya...siapa yang nikahkan mereka? Kita umat Islam amat sedih perkara ini...orang Melayu pecah belah dan orang lain pula yang menangguk di air keruh," katanya.
Dan yang cukup menyedihkan daripada tindak-tanduk Abdul Hadi ialah apabila satu isu sensitif menyentuh Islam disyorkan oleh sekutu pakatannya untuk dipraktiskan.
Dan tanpa 'ribut taufan', Presiden Pas itu tiba-tiba menyatakan kesanggupan untuk akur. Dan, kita bersyukur kalau tidak kerana 'dipangkah' oleh Majlis Syura partinya, tak tahulah apa akibatnya selepas ini.
Abdul Rahman turut melontarkan persoalan menarik untuk dikongsi bersama rakyat negara ini. Kenapa dalam 12 kali pilihan raya umum, Pas tidak pernah menang besar barang sekali pun?
Pas, kata beliau, sering mengatakan kerajaan ini 'taghut'. Tetapi kenapa bila kerajaan bekalkan segala kemudahan, beri jawatan kepada mereka (pengikut Pas yang berada dalam kerajaan) atau segala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau bantuan RM100 persekolahan, mereka tak tahu bersyukur.
"Bila kita tak bersyukur, azabnya sungguh pedih, tapi bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi (rezeki itu).
"Dan bila kita berterima kasih kepada manusia yang bagi (memberi) kepada kita, ertinya kita bersyukur pada Allah," kata Abdul Rahman. Sebab itu Pas tidak akan menang PRU-13 ini.
Kata Abdul Rahman: 'Pas tidak akan menang sebab dia tak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah di bumi Malaysia bertuah ini.
Ditanya kemungkinan akan berulang sejarah pertembungan beliau dengan Abdul Hadi buat kali kelima nanti, Abdul Rahman berkata: "Ya lah, mereka (pengikut Pas) kata saya ni sudah 'hilang taring', sebabnya kerana nak rendah-rendahkan saya...kalau nak tahu 'hilang taring', cubalah!
"Namun, saya tak pernah mendesak, kalau kepimpinan yakin, saya bersedia, kalau tidak pun tak mengapa."
Beliau turut menitipkan sedikit formula untuk memilih winnable candidate di Marang.
"Kena pilih calon yang betul-betul layak, yang betul-betul ada rekod, yang betul-betul rakyat terima, yang betul-betul boleh menang. Pilihan calon jangan ikut emosi, jangan ikut suka tidak suka, jangan ikut individu, tapi ikut suara rakyat.
"Kena pilih hati-hati. Perlu menanyakan semua orang Marang."

Apabila kerjanya, hanya tunggu bola tanggung!

UMPAMA bermain badminton... hanya menunggu bola tanggung! Apabila ada saja peluang, tidak kiralah apa jua isu yang lalu dan melintas, terus dipukul.
Dari hal-hal yang berkaitan dengan kepimpinan, pengurusan, kewangan, ekonomi, keselamatan, masalah sosial termasuk yang membabitkan hal kematian, semuanya mahu dan boleh sahaja dipolitikkan. Asalkan ada bahan untuk menyalahkan mana-mana pihak, semuanya jalan saja.
Itulah cara berpolitik di Malaysia. Tidak kira pemimpin parti politik mahupun penyokong-penyokong tegarnya, amat gemar menggunakan ‘kreativiti’ masing-masing untuk mengaitkan satu-satu isu dan peristiwa dalam negara ini untuk menjadi laba politik mereka.
Terbaru, dalam kes kematian kanak-kanak berusia 6 tahun, William Yau Zhen Zhong. Ketika ibu bapa mangsa sedang dirundung kesedihan dan berduka, Penasihat parti DAP, Lim Kit Siang terus membuat kenyataan yang sangat dangkal di twitternya - Malaysia ini sudah tidak selamat kepada kanak-kanak!
“6 years William Yau‘s tragic death-apart from Umno/BN ministers/ leaders, Malaysia just not safe even for Children like William."
Adakah bijak mengeluarkan kenyataan seperti ini? Apakah setiap kali ada kanak-kanak yang dibunuh dan terbunuh di Malaysia ini, terus mengatakan negara ini tidak selamat lagi untuk kanak-kanak? Ada berapa juta kanak-kanak di Malaysia ini yang kini terancam nyawanya, janganlah buat kenyataan sembrono begitu uncle! Jika tidak selamat kepada kanak-kanak, mungkin nyawa anda juga sedang terancam. Tidak berasa bimbangkah tinggal di Malaysia yang tidak selamat ini?
Mengapa cuba-cuba mahu mencetuskan rasa panik dan kurang senang orang ramai. Sudah tentunya, ramai yang membaca kenyataan Kit Siang ini, bukannya merasa panik, tetapi pelik kenapa seorang pemimpin seperti ini boleh mengeluarkan kenyataan yang melulu itu.
Kit Siang, semua orang pun mahu hidup aman damai di negara ini. Kita sama-sama ada tanggungjawab untuk menjaga keselamatan keluarga, anak-anak kita dan negara ini.
Jika pembangkang sendiri yang memerintah, dapatkah pakatan memberi jaminan 100 peratus bahawa jenayah tidak akan berlaku di negara ini? Tiada kes culik dan bunuh kanak-kanak? Negara ini bebas daripada tragedi dan bencana alam? Formula apakah yang akan mereka gunakan agaknya, yang membuatkan semua penjenayah akan pakat beramai-ramai insaf dan tidak melakukan jenayah lagi?
Di negara ini, budaya dan cara berpolitik cukup pelik. Bila ada sahaja sesuatu peristiwa yang menggemparkan dan isu berbangkit, mereka sedaya upaya mahu cari jalan agar ia disensasikan. Ini supaya semua punca-punca kemalangan, kecelakaan dan tragedi itu dapat dihalakan kepada pemerintah. Ini termasuk juga pemberian bantuan. Bila diberi bantuan pun sudah seperti jatuh jadi satu kesalahan juga, diperlekehkan dan dipersoalkan, tapi bila tidak dibantu dikata makan duit rakyat pula.
Tanpa mengeluarkan fakta-fakta kuat dan sahih yang menyokong kenyataan mereka, rakyat di negara ini diharapkan termakan dan terpengaruh dengan apa yang mereka katakan. Itukah cara-cara berpolitik pemimpin-pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat ini?
Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mengulas mengenai pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini: “Politik demokrasi di negara ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu. Bilakah akan kembali kesiuman kita? Apakah segala-galanya perlu dipolitikkan atau ditentang kerana kita berhak menentang?"
Pun begitu, rakyat yang sudah semakin bijak ini sentiasa melihat dan menilai prestasi parti-parti politik ini. Sedarkah mereka, rakyat sebenarnya sudah meluat dengan kecelaruan ini?
Sebab itu, begitu ramai anak-anak muda kita tidak mahu ambil kisah dengan isu-isu nasional yang berbangkit di negara ini. Mereka meluat dengan cara berpolitik negara ini. Mereka menganggap politik itu sesuatu yang kotor, tiada keikhlasan dan amat membosankan.
Kita marah melihat anak-anak muda kita bersikap biadap dan tidak menghormati orang lain. Sedangkan, pemimpin-pemimpin parti politik ini pun tidak menunjukkan teladan yang baik, masing-masing bercakaran.
Dan rakyat sudah tentunya mahu semua parti politik di negara ini bekerja keras untuk membantu rakyat dan membangunkan negara ini. Sebab itu mereka dipilih rakyat. Bukan dipilih untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak menguntungkan rakyat dan negara.
Sebagai seorang pemimpin rakyat, mereka sepatutnya banyakkan bekerja untuk rakyat dan kurangkan politiking. Kalau rasa negara ini tidak selamat, sama-samalah membantu kerajaan yang dipilih rakyat ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat. Bukan mencerca atau menyalahkan mana-mana pihak.
Jika cara berpolitik seperti ini diteruskan, parti politik ini mungkin yang ‘tidak selamat’ pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana rakyat sentiasa memerhati.

Jalan lain Pas ke Putrajaya

SEMAKIN dekat dengan pilihan raya, kelihatan keretakan pembangkang semakin parah. Apa yang dianggap sebagai kerjasama selesa semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dulu kini nampak semakin goyah. Ini bukan sahaja dirasai oleh ahli-ahli parti terutamanya Pas, namun pemerhati politik turut merasakan mood sedemikian.
Banyak penulis dan penganalisis berpandangan bahawa isu penggunaan nama Allah telah memakan diri serta membawa salah tafsir yang sangat serius sehingga berpotensi untuk memecahkan gabungan pembangkang.
Hasrat asal pakatan adalah untuk menjadi juara kepada penduduk Kristian Sabah dan Sarawak tetapi tidak kesampaian apabila tafsiran oleh warga umum Malaysia, terutamanya orang Melayu Semenanjung menjadi lain.
Kemuncaknya ialah apabila terdapat sesetengah rakan UMNO dan Pas semacam tersentak dan baru menyedari bahawa dengan 'pukulan' daripada Ketua Umum PKR yang tetap melawan kehendak Majlis Syura, membuka mata mereka melihat cahaya baru.
Baru mereka sedar rupa-rupanya antara UMNO dan Pas lebih banyak persamaan. Dari segi akidah, jika diselami lebih mendalam rupa-rupanya orang Pas dan UMNO amat sama. Keputusan Majlis Syura Pas itu rupanya menjelaskan lagi hal kesamaan, ibarat jika 'Majlis Syura UMNO' yang bersidang, hasil keputusan yang hampir sama yang akan ditetapkan.
Tidak mungkin keputusan seumpama Majlis Tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang dicapai sekiranya kepimpinan Pas dan UMNO yang bersidang bersama-sama.
Sekiranya hasrat Pas hendak juga ke Putrajaya, nampaknya dengan situasi yang rumit dalam pakatan hari ini, yang mungkin boleh menyebabkan Pas kalah lebih teruk maka adalah lebih baik Pas meneroka satu jalan lain yang lebih jelas dan munasabah berbanding dengan jalan sekarang.
Jalan itu tidak lain tidak bukan ialah melalui kerjasama dengan UMNO. Buktinya telah terang di depan mata, apabila Pas bergabung ke dalam BN pasca 13 Mei 1969, Pas dan UMNO memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum keempat pada Ogos 1974.
Melaluinya Pas akan membantu UMNO dengan kepakaran dan rangkaian antarabangsanya terutama berkaitan hal-ehwal Islam. Ambil sahaja contoh isu Gaza, nampaknya mahu tak mahu UMNO pun sedikit sebanyak bergantung kepada kepakaran bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz NasharudinMat Isa untuk memastikan kelancaran lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sana.
Ini satu contoh kecil yang baik bagaimana berkesannya kerjasama UMNO-Pas. Jangan anggap ini satu kegagalan tanpa melihat potensinya yang amat besar. Sekalipun pernah gagal selepas Pas bergabung dulu (1970-1975) ke dalam BN, ia bukanlah bukti kukuh bahawa kerjasama itu tidak boleh diulangi.

Golongan mahasiswa yakin BN menang PRU-13

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Golongan mahasiswa di negara ini yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) nanti.
Hal ini berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Yayasan Ehwal Siswa (Yes) yang mendapati 63 peratus daripada golongan terbabit yakin BN akan terus diberi mandat oleh rakyat.
Pengerusi Yes, Datuk Mohd. Radzi Abd. Latif berkata, keyakinan tersebut turut disuarakan oleh kalangan mahasiswa yang berasal dari negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati, 59 peratus mahasiswa dari Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengakui Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin pilihan utama mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Seramai 3,000 responden yang terdiri daripada mahasiswa yang mewakili seluruh negeri terlibat dalam kajian tersebut. - UTUSAN

Pemecatan Nasharudin penuh misteri

Nasharudin Mat Isa
*****
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.
Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
“Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan sumber itu berkata, jika alasan tidak hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.
“Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir dalam mesyuarat. Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan?" ujar sumber itu.
Sumber itu berkata lagi, tidak keterlaluan juga tindakan yang sama wajar dikenakan terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang sering tidak hadir ke mesyuarat.
Berhubung kegagalan Pas menyerahkan surat pemecatan kepada Nasharudin sumber itu memberitahu, keadaan itu sememangnya menimbulkan misteri dan persoalan kerana keputusan pemecatan itu telah berlaku pada 13 Januari lalu.
“Di mana keberkesanan pentadbiran Majlis Syura Ulama Pas dan Setiausaha Agung Pas menguruskan perkara ini. Satu lagi persoalan adakah benar keputusan memecat Nasharudin itu telah dibuat pada 13 Januari lalu.
“Atau kemungkinan juga pemecatan itu dibuat selepas pemimpin-pemimpin Pas melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini. Segala-galanya mungkin," katanya lagi.
Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.
“Dua pemimpin ini merupakan Ahli Parlimen Pas. Mereka dikatakan telah mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah. Sekiranya Nasharudin dikatakan bersalah kerana mengiringi Perdana Menteri, dua pemimpin kanan ini juga boleh dikenakan tindakan atas alasan yang sama," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kata sumber itu, Nasharudin bukan sekali dua diberi peluang untuk mengiringi pemimpin utama kerajaan ke luar negara bahkan beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi wakil Malaysia.
“Pernah satu ketika iaitu pada tahun 2011 Nasharudin telah diberi kepercayaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mewakilinya dalam persidangan Speaker negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Damsyik meskipun Nasharudin seorang Ahli Parlimen Pas," katanya lagi.
Sementara itu Nasharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan bahawa beliau belum menerima surat pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas setakat hari ini.
“Saya masih menanti surat itu, sepatutnya saya sudah menerimanya kalau betul keputusan pemecatan dilakukan pada 13 Januari lalu," katanya.

Bukti Pas tidak Islamik - Zul Noordin

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Tindakan Majlis Syura Ulama Pas memecat Nasharudin Mat Isa tanpa memberi peluang bagi beliau membela diri membuktikan betapa tidak Islamiknya parti itu dalam amalan dan tindak-tanduk mereka.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Islam mewajibkan penganutnya memberi peluang kepada mana-mana pihak membela diri, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan kepada tertuduh.
“Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik?
“Ini bukan kali pertama Pas bertindak demikian, dalam kes pemecatan tokoh pimpinan Pas, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muka hadapan Utusan Malaysia semalam melaporkan Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Zulkifli khuatir, tindakan kontroversi berkenaan akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat bukan Islam yang melihat seolah-olah ajaran agama tersebut membenarkan perbuatan Pas itu.

Pemecatan Nasharudin ada muslihat

KUALA LUMPUR 29 Jan - Pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama parti itu disifatkan sebagai muslihat bagi mengalih pandangan umum daripada membincangkan isu kalimah Allah.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, keadaan itu kemungkinan boleh berlaku memandangkan jarak masa antara tarikh keputusan dibuat dengan tarikh pengumuman agak panjang iaitu kira-kira dua minggu.
Beliau berkata, ekoran berlakunya tempoh jarak masa yang agak panjang tersebut menyebabkan pelbagai spekulasi boleh dibuat.
“Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bersama Nasharudin yang merupakan salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri.
“Antaranya untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya di pihak pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas ‘misteri’ pemecatan Nasharudin sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas memandangkan tempoh pengumuman pemecatan itu lewat dua minggu daripada tarikh keputusan yang dibuat pada 13 Januari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata, dalam isu kalimah Allah, pakatan pembangkang melalui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Karpal Singh berusaha mengekalkan keputusan yang telah diputuskan pada 8 Januari lalu.

Hafiz sedia dipanggil buktikan ahli Pas

PULAU PINANG 29 Jan. - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mengetuai sekumpulan ahli Pas mengadakan demonstrasi di hadapan firma guaman Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini bersedia untuk dipanggil oleh kepemimpinan parti itu bagi membuktikan keahlian mereka.
Tegasnya, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan mereka memandangkan semua yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan sememangnya terdiri daripada ahli Pas.
“Itu semua adalah suara akar umbi Pas yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Karpal yang mendesak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.
“Kami sebagai ahli melihat perkara itu sebagai tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama dan sebab itu kami bangun mendesak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya demonstrasi berkenaan dianjurkan oleh mereka yang bukan ahli Pas.
Dalam sebuah laman portal berita, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa kemungkinan demonstrasi itu dilakukan oleh ahli-ahli UMNO yang mengaku sebagai ahli Pas.
Mohamed Hafiz dalam pada itu menambah, demonstrasi berkenaan dianjurkan oleh ahli Pas sendiri tanpa melibatkan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
“Itu suara ahli-ahli Pas, jadi sepatutnya kepimpinan parti perlu lebih peka dan membuka mata untuk mendengar luahan ahli parti dan bukannya menafikan keahlian kami.
“Semasa demonstrasi itu juga, ada seorang yang mengaku dihantar oleh kepimpinan Pas negeri untuk melihat benarkah ia dianjurkan oleh ahli Pas dan wakil berkenaan kenal serta tahu siapa kami, jadi mengapa kepimpinan Pas negeri mahu menafikannya?" soalnya.

Haron Din tunggu giliran dipecat?

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas beberapa lagi pemimpin tertinggi parti itu diyakini bakal menerima nasib serupa kerana sering mempertikaikan keputusan parti.
Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail berkata, beliau percaya tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.
Beliau yang turut dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani berkata, Haron sebelum ini merupakan antara pemimpin Pas yang lantang mengkritik kesediaan parti itu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama-agama lain di negara ini.
“Saya yakin ada lagi. Selepas Ustaz Nasha, saya yakin sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin Pas akan dipecat jika mempertikaikan kerjasama dengan DAP dan isu kalimah Allah," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Diskusi Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia di Stadium Negeri, di sini hari ini.
Menurut Zainon, beliau tidak menolak kemungkinan Haron berada dalam senarai dipecat kerana dianggap mempunyai pendirian selari dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang boleh merugikan pakatan pembangkang.
Beliau berkata, tindakan terbaharu terhadap Nasharudin itu memberi gambaran sesiapa sahaja dalam Pas sama ada pemimpin atau ahli parti tersebut tidak berhak mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti.
“Apabila keputusan dibuat, bagi mereka (pemimpin parti) keputusan itu betul, tepat dan tidak boleh dipertikaikan.
“Kalau sesiapa pertikai, mereka juga berada dalam kedudukan tidak selamat," jelasnya.

Hadi didakwa hina pengorbanan penyokong tegar

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Bekas aktivis Pas, Zainon Ismail mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi buku Amanat Haji Hadi yang dilancarkan semula pada 11 Januari lalu menghina semua ahli Pas termasuk yang terbunuh dalam peristiwa Memali sedangkan Presiden Pas itu pernah mengisytiharkan mereka sebagai mati syahid.
Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, berkata, di dalam buku cetakan kedua Amanat Haji Hadi itu, kandungannya antara lain turut menyebut segelintir ahli Pas sebagai pelampau yang memberi gambaran buruk terhadap 'amanat' itu.
Beliau turut menunjukkan bukti itu yang terdapat dalam muka surat 55 perenggan ketiga di dalam buku Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta selain tajuk Penghuraian Dan Penjelasan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
"Perenggan itu dalam baris kelima menyebut: 'tindakan keterlaluan oleh segelintir pelampau Pas'. Di sini digunakan perkataan pelampau Pas dan perkara menyebabkan mereka disingkirkan daripada Pas atau mereka lari daripada Pas," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah selama dua jam pada program Diskusi Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia di Stadium Negeri, di sini hari ini.
Dalam usaha mempertahankan amanat yang menjadi pegangan penyokong Pas, Zainon berkata, Abdul Hadi dengan mudah seolah-olah mempersalahkan begitu ramai kalangan yang berfahaman sepertinya yang mengkafirkan UMNO selama ini.
Zainon yang juga dikenali sebagai C.N. Al-Afghani berharap supaya Presiden Pas itu menarik balik penggunaan perkataan 'pelampau Pas' kerana ia turut menjejaskan martabat mereka yang turut terbunuh dalam dalam peristiwa Memali berdasarkan keyakinan mereka terhadap amanat itu.
Menurutnya, dengan pendirian Abdul Hadi itu yang tidak menghiraukan segala desakan dan fatwa, pemimpin Pas itu mahu terus membenarkan UMNO dan penyokongnya terus dikafirkan.
Zainon sekali lagi lagi menawarkan diri untuk bersemuka dengan Abdul Hadi untuk bermuzakarah serta berbincang mengenai isu tersebut demi kepentingan akidah dan perpaduan ummah di negara ini.

Nik Aziz tak kisah Nasharudin tinggalkan Pas

KOTA BHARU 29 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak kisah sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keahlian daripada Majlis Syura Ulama, meninggalkan Pas dan menyertai mana-mana parti politik.
Beliau menyifatkan isu Nasharudin seperti seorang lelaki menceraikan isterinya, selepas itu siapa sahaja bebas untuk mengambil wanita terbabit untuk menjadi isteri.
Malah Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tidak berhadapan dengan sebarang cabaran baharu sekiranya Nasharudin mengambil tindakan menyertai mana-mana parti politik terutama UMNO.
“Itu dia (Nasharudin) punya pasal (sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik). Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai, padahal kita semasa menyambut isteri, sembelih lembulah, gong gendanglah, selawat ke Nabi tetapi bercerai boleh.
“Macam satu orang menceraikan isterinya, selepas itu mana-mana lelaki nak buat bini ambil, mintalah. Jadi cabaran apa, tak ada apa.
“Tetapi kalau nak pejuang Islam di Malaysia, tiada parti selain pada Pas, UMNO tolak Islam ambil kebangsaan, tidak guna langsung di akhirat kelak," katanya di sini hari ini.

Sepatutnya dah lama bersara - Ibrahim Ali

KOTA BHARU 29 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 'cermin diri sendiri' terlebih dahulu sebelum melarang orang lain daripada bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Aziz sendiri sepatutnya sudah lama bersara daripada politik jika dilihat pada usianya yang terlalu tua dan tubuh badannya yang uzur tetapi sehingga hari ini dia masih 'menyayangi' jawatan politik yang dipegang.
Menurutnya, Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya seorang yang pengecut jika dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani melepaskan jawatan ketika masih diperlukan.
"Beliau bercakap pasal seorang yang masih muda dan kuat supaya tidak bertanding di Parlimen Bachok sedangkan dia sendiri terlalu uzur, ada masalah kesihatan tetapi tidak pula mahu berundur.
"Jangan cakap 'ahli Pas masih mahu saya', sebaliknya Nik Aziz sepatutnya sedar apa yang perlu dilakukan. Dia sudah tidak relevan malah ramai lagi pemimpin Pas yang muda dan mempunyai kebolehan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa tidak akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Nik Aziz dilaporkan berkata, perkara tersebut ekoran nama Nasharudin tidak diletakkan dalam senarai calon oleh Pas kawasan Bachok.
Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim meminta ahli Pas mendesak Nik Aziz berundur sekiranya mahu mendapat pemimpin baru yang lebih segar dan bertenaga.

30 Januari 2013

"Wealth for Malaysia"

PUTRAJAYA, 29 Jan -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan buku peluang perniagaan inovasi "Wealth for Malaysia" ketika mengumumkan Kad Laporan 2012 bagi Agensi Inovasi Malaysia (AIM) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya di sini, hari ini.Kad laporan tersebut memberi ringkasan tentang inisiatif-inisiatif dan hasil-hasil projek yang telah dijalankan AIM pada tahun lalu dalam tiga bidang utama iaitu Intelek, Perniagaan dan Sosial.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA | umno-online.com - 30/1/13

Menilai jihad kita di Palestin

LAWATAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza adalah suatu peristiwa bersejarah yang amat istimewa bagi negara kita. Apatah tidaknya, ia menimbulkan pelbagai reaksi dan harapan positif daripada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia akan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia sebagai mediator perdamaian antara Fatah dan Hamas.
Hal ini bukan angan-angan kosong kerana sudah terbukti, kepimpinan Perdana Menteri berjaya baru-baru ini menamatkan konflik berdarah di selatan Filipina yang telah berlangsung hampir 40 tahun lamanya. Usaha dan kejayaan Malaysia ini menjadi bualan masyarakat dunia dan amat dihargai oleh kerajaan Filipina.
Oleh itu, kehadiran Perdana Menteri ke Gaza memberi makna yang tersendiri sebagai satu penzahiran sokongan rakyat Malaysia atas perjuangan rakyat Palestin selama ini untuk mengecapi keamanan.
Sebenarnya, kepulangan semula orang Yahudi ke Al Quds adalah petanda bahawa usia dunia semakin berakhir.
Memetik ayat al-Quran surah Al Isra', ayat 4 sehingga 5 yang bermaksud: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku."
Maka, benarlah bahawa janji Allah adalah pasti, bahawa satu hari nanti, akan dimusnahkan orang Yahudi di bumi Palestin buat kali kedua setelah mereka kembali ke Palestin. Dalam pada kembalinya mereka kepada tanah yang dijanjikan tersebut, kerosakan dan kemusnahan telah dilakukan dengan rakus dan tidak berperikemanusiaan.
Rakyat Palestin hidup dalam serba kedaifan dan kemelaratan. Palestin malah memiliki statistik kadar buta huruf antara yang tertinggi di dunia akibat sekatan dan gangguan perang yang tidak berkesudahan.
Yahudi menggila sesuka hati mereka dengan merampas tanah Palestin dan mendirikan tembok-tembok pemisah yang melumpuhkan penempatan Islam. Maka, benarlah seperti di dalam al-Quran bahawa apabila sampai masanya, mereka mula melakukan kerosakan di atas muka bumi dengan angkuh dan sombong.
Melihat penderitaan rakyat Palestin ini menyebabkan ada ulama besar di negara Arab seperti Syaikh Al Albani dan alim ulama Malaysia yang mengatakan tidak ada jihad di Palestin kerana nyawa rakyat Palestin lebih bernilai daripada batu dan tanah yang dirampas. Namun, jika berterusan tinggal di Palestin, ada kemungkinan rakyat Palestin akan dipupuskan oleh Zionis.
Sayangnya, ulama yang berpendapat sedemikian dicemuh oleh sesetengah pihak sebagai bacul dan penakut. Anehnya, golongan ulama yang dicemuh ini, terlebih dahulu tiba di Gaza menghulurkan bantuan sedangkan pengkritik mereka hanya mampu memboikot burger di tanah air, itu pun sekadar di mulut tetapi bukan di perut.
Apakah yang harus dilakukan oleh umat apabila berhadapan dengan isu Palestin? Benar, memorandum dan demonstrasi adalah cara pintas menunjukkan rasa kesatuan. Ada yang berasa cukup sekadar mempunyai semangat jihad ataupun prihatin, untuk membebaskan bumi Palestin.
Malah ada yang mengusahakan boikot sesetengah barang yang kononnya ada kaitan dengan Israel. Tetapi, golongan yang asyik bermemorandum ini sering kali lupa bahawa semangat sahaja tidak cukup.
Kejayaan Salahuddin Al Ayubi menakluki Jerusalem sewajarnya dijadikan iktibar. Beliau bukan sahaja mementingkan sembahyang malam tetapi mementingkan teknologi. Lihat sahaja jentera yang digunakan dalam menawan Al-Quds seperti yang digambarkan dalam filem sejarah Kingdom of Heaven.
Bedilan bertalu-talu oleh manjanik dan sebagainya menunjukkan bahawa Salahuddin tidak hanya mengharapkan keajaiban tetapi juga senjata dan strategi peperangan yang mantap.
Inilah yang cuba dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini dalam menerajui negara kita. Mereka menitik beratkan soal keamanan dan kemajuan pendidikan serta ekonomi di samping kesuburan syiar Islam yang tidak terbatas pengamalannya di negara kita. Ini merupakan pendekatan yang sama oleh Salahuddin dan juga Muhammad Al Fatih.
Muhammad Al Fatih tidak mengharapkan tenteranya boleh melintas Selat Bosphorus secara sakti dengan berjalan di atas air seperti dalam cerita-cerita sufi dan wali tetapi, mencipta rantai besi yang direntas dari hujung selat ke seberangnya untuk membawa kapal hampir ke kubu lawan.
Malahan, pakar ketenteraan Barat di zaman ini, mengiktiraf bahawa Muhammad Al Fatih adalah orang pertama yang menunjukkan betapa berkesannya penggunaan meriam dalam peperangan moden. Begitulah caranya orang dahulu berjuang. Mereka tidak menggunakan cara pintas tetapi diiringi usaha dan strategi membina kekuatan negara.
Jika itu dianggap canggih, maka ingatlah sirah Nabi itu sendiri. Nabi mengajak sahabatnya berjuang dan berperang dengan pedang, bukannya dengan menggunakan tentera jin ataupun rijalul ghaib mahupun mukjizat semata-mata.
Berdemonstrasi dan bermemorandum adalah cara murah dan mudah untuk menarik perhatian dan menjadi pejuang sekelip mata. Tetapi, melakukan kerja sebenar tidak semudah itu.
Kerja sebenar itulah yang dilakukan oleh golongan yang disebut "barua dan didoakan kehancuran" yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Najib Tun Razak.
Justeru, demonstrasi tersebut hanyalah sekadar mencederakan pihak keselamatan yang seagama malah mereka mungkin saudara-mara kita serta menyusahkan peniaga-peniaga dan pekerja-pekerja yang hanya ingin mencari rezeki yang halal.
Apa yang dilakukan tidak memberi kesan hatta terhadap hujung kuku Yahudi dan sekutunya seperti yang diharapkan. Inilah suatu perkara yang gagal dilakukan oleh sesetengah pihak yang berasa dirinya 'alim' tetapi gagal memerintah negeri sendiri.
Jika tidak kerana usaha pemimpin-pemimpin ini (semoga mereka dicucuri rahmat), mungkin nasib kita seperti sebahagian masyarakat Muslim selatan Thai yakni tidak dibuka peluang seluas-luasnya dalam pendidikan seperti orang Melayu Malaysia, setakat belajar pondok dan kemudiannya berharap dapat menjual tom yam di negara jiran, kekal terjajah dan mengagungkan bahasa dan budaya penjajah daripada bahasa ibunda sendiri walaupun berhadapan dengan bangsa sendiri.
Pemimpin-pemimpin kita jauh lebih bermaruah memperjuangkan Palestin daripada sesetengah pemimpin yang demi kerakusan kuasa melaungkan kesetiaan mereka mempertahankan keselamatan Israel dan bukannya nasib rakyat Palestin.

Nasib Nasharudin seterusnya...

KETIKA penulis buat pertama kali terserempak dengan Nasharudin Mat Isa di Hotel Continental Kaherah pada 20 Januari lalu, sudah terdetik di hati penulis bahawa bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak akan selamat lagi dalam parti berkenaan.
Ia memandangkan ini merupakan kali kedua Nasharudin mengikut rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara biar pun atas nama berkaitan dengan Islam.
Kali pertama pada Ramadan lalu apabila Nasharudin dilihat bersama-sama Najib bertemu dengan ulama-ulama terkemuka Mekah. Ketika itu sudah ada desakan supaya Nasharudin dikenakan tindakan.
Bagaimanapun Nasharudin terus bertahan dan peluang puak-puak yang tidak menyenangi beliau (kerana rapat dengan pemimpin UMNO) terbuka apabila beliau berbalah dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud dan negara.
Tindakan Nasharudin dikatakan tidak disenangi oleh puak-puak Anwarinas kerana bimbang ia boleh menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang. Namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana Nasharudin adalah Ahli Majlis Syura dan kedudukan beliau perlu ditentukan oleh majlis tersebut.
Tetapi ternyata ulama-ulama Pas dalam majlis berkenaan bersama-sama Nasharudin, beliau terselamat! Keadaan itu dikatakan terus mewujudkan perasaan membara puak-puak Anwarinas terhadap Nasharudin.
Kalau boleh mereka tidak mahu lagi melihat Nasharudin dalam Pas tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana Ahli Parlimen Bachok itu adalah anggota Ahli Majlis Syura.
Kini segala halangan untuk puak-puak tersebut sudah tidak ada lagi apabila Nasharudin secara rasmi dipecat sebagai ahli Malis Syura atas alasan tidak menghadiri mesyuarat.
Dalam soal ini, penulis diberitahu, memang majlis tersebut mempunyai alasan untuk berbuat demikian tetapi persoalannya kenapakah sekarang? Apakah benar kerana Nasharudin melanggar peraturan Majlis Syura atau Majlis Syura sudah tidak mampu lagi menahan tekanan puak Anwarinas dalam Pas?
Apabila Nasharudin tidak lagi menjadi ahli syura, maka nasib beliau kini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pas Pusat dan Biro Politik Pas. Ertinya, jika Nasharudin melakukan tindakan dilihat bertentangan dengan parti khususnya boleh menjejaskan hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP maka beliau boleh dihadapkan ke jawatan berkenaan atau mungkin akan menerima nasib seperti mana Datuk Dr. Hasan Ali dipecat daripada Pas tanpa dipanggil membela diri.
Mungkin oleh kerana takut tindakan memecat Nasharudin akan menjejaskan peluang Pas dalam pilihan raya umum nanti, maka perkara itu didiamkan seketika, tetapi penulis percaya Nasharudin tidak akan dibiarkan lama berada dalam Pas.
Ia memandangkan biar pun apa juga Nasharudin lakukan hatta demi kepentingan umat Islam dan perjuangan asal Pas sekali pun, ia tidak akan diterima oleh puak-puak Anwarinas dalam parti tersebut.
Keadaan itu berlaku kerana puak-puak Anwarinas tidak mahu ada sesiapa pun yang boleh mengganggu sanjungan mereka kepada PKR dan DAP. Mereka tidak mahu ada orang seperti Nasharudin kerana ia ibarat ‘duri dalam daging’ dan ‘gunting dalam lipatan’.
Kini separuh impian mereka sudah tercapai apabila Nasharudin dipecat daripad Majlis Syura, mereka hanya tinggal separuh sahaja lagi untuk mengatur strategi agar nama Nasharudin Mat Isa bakal menjadi catatan sejarah perjalanan politik Pas.
Begitulah nasib Pas sekarang, parti itu bukan sahaja semakin tidak menentu arah tuju politiknya malahan semakin kehilangan keupayaan untuk mempertahankan pemimpin-pemimpinnya yang berjuang atas nama kebenaran dan kepentingan politik Islam Pas.
Percayalah Nasharudin tidak akan lama dalam Pas jika beliau tidak berhati-hati kerana puak Anwarinas akan memerhatikan beliau siang dan malam. Tersilap langkah, Nasharudin akan berada dalam ‘satu kelab’ bersama Dr. Hasan.
Apa yang kita saksikan sekarang ialah bagaimana Pas dikuasai oleh puak yang semakin gelojoh untuk memburu kuasa bersama PKR dan DAP. Akibat kegelojohan itu, mereka diperkotak-katikkan oleh kedua-dua parti berkenaan sehingga ada ketika Pas dilihat menjadi ‘penakut’ untuk mempertahankan perkara-perkara berkaitan Islam.
Oleh itu kita tidak perlu berasa terkejut dengan nasib Nasharudin, kalaulah dalam isu negara Islam, hukum hudud dan kalimah Allah pun Pas boleh bersikap ‘flip flop’, apatah lagi dalam soal nasib seorang pemimpin.
Kita akui Nasharudin mungkin ‘bersalah’ kerana tidak menghadiri mesyuarat sehingga memungkinkan Pas ada alasan untuk memecat beliau sebagai ahli Majlis Syura tetapi soalnya apakah tindakan itu betul? Tidakkah ia akan memberi isyarat kepada pemimpin dan ahli Pas bahawa pemecatan Nasharudin ada kaitan dengan hubungan baik beliau dengan pemimpin UMNO?
Sejarah mencatatkan, Nasharudin dulu pernah dikaitkan penubuhan kerajaan perpaduan melibatkan UMNO dan Pas, walaupun ketika itu beliau melaksanakan usaha berkenaan atas restu Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura tetapi akhirnya Nasharudin diserang habis-habisan sehingga dianggap tali barut UMNO.
Istilah ‘tali barut’ UMNO juga diterima oleh beliau apabila terpampang gambar Nasharudin berdoa bersama Najib di bumi Gaza. Puak-puak Pas yang sudah dibutakan dengan politik kepartian dan tertutup minda akibat politik kebencian tidak dapat menerima kehadiran Nasharudin bersama Perdana Menteri.
Pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS) mereka hantar mengecam Nasharudin termasuklah menuduh beliau munafik, tali barut, ada udang di sebalik batu dan pelbagai tuduhan yang memualkan.
Penulis difahamkan, berikutan kehadiran Nasharudin bersama Perdana Menteri juga memungkinkan anggota-anggota Majlis Syura mengumumkan pemecatan beliau daripada majlis berkenaan yang dibuat pada 13 Januari lalu.
Ketika berita mengenai pemecatan Nasharudin itu heboh diperkatakan kelmarin dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam, Nasharudin baru sahaja menjejak kaki ke tanah air kira-kira pukul 3 petang kelmarin.
Ternyata sekali lagi, kepulangan beliau daripada misi suci ke Gaza bukannya disambut oleh rasa kesyukuran oleh Pas kerana ada pemimpin mereka memasuki tanah para syuhada itu sebaliknya mereka menyambut kepulangan beliau dengan pengumuman pemecatan beliau daripada ahli Majlis Syura.
Namun tiada apa yang harus dihairankan kerana itulah sikap politik Pas. Mereka semakin taksub memburu kuasa, semakin ghairah bersama pakatan pembangkang dan semakin bernafsu untuk menggantikan UMNO. Justeru akibat ketiga-tiga faktor ini, jangan ada sesiapa pun dilihat boleh memberi ancaman kepada matlamat berkenaan, jika tidak mereka akan disingkirkan. Pada Pas, perasaan pemimpin PKR dan DAP jauh lebih penting berbanding dengan pemimpin sendiri!
Apa pun kita menanti adegan seterusnya berikutan pemecatan Nasharudin daripada ahli Majlis Syura Pas, yang pasti Nasharudin tidak akan duduk diam kerana beliau telah menegaskan kepada penulis di Kaherah baru-baru ini bahawa, ‘‘Kalau saya mahu maju ke depan, saya tidak harus melayan tohmahan dan fitnah kerana apa yang saya lakukan atas niat mencari keredaan Allah SWT dan memenuhi sabda Rasulullah SAW."

Akhirnya Anwar bersuara, ambil pendirian

SEPERTI dijangka Anwar Ibrahim mengambil pendirian bersama dengan DAP dan Lim Guan Eng dalam isu penggunaan kalimah Allah. Pertama, Anwar tidak menghormati proses syura yang merupakan asas penting dalam sesebuah jemaah Islam. Isu yang berbangkit bukan isu biasa. Ia menyentuh mengenai perkara pokok dalam Islam iaitu akidah tauhid.
Kedua, sekian lama Anwar memimpin ABIM dulu, penulis percaya proses syura sifatnya binding atau terikat sebagai suatu keputusan yang sah dan perlu dipatuhi.
Sebagai 'tokoh' perjuangan Islam suatu ketika dulu, apakah Anwar tidak memahami proses ini sehingga berkeras mahukan Haji Hadi Awang menerima keputusan mesyuarat pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu supaya kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Anwar tentu tahu bahawa penggunaan kalimah Allah berhubung dengan Bible dan agama Kristian mempunyai implikasi akidah, ibadah, syariah dan akhlak.
Kalimah Allah tidak sekadar suatu istilah yang boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak kerana ia membawa makna Allah Yang Satu, sedangkan God atau My Lord dalam Bible membawa konsep Trinity iaitu Satu Dalam Tiga dan Tiga Dalam Satu.
Apakah bila Allah dalam Bible versi Melayu membawa maksud Allah Yang Satu dan membawa makna penyembahan Allah Yang Satu terhubung dengan patung dan salib yang diamalkan oleh orang Kristian.
Bukan maksud penulis menghina agama Kristian kerana perbezaan adalah sesuatu yang wujud dalam anutan agama. Al-Quran memberi pedoman, "kamu agama kamu dan kami agama kami." Rasulullah SAW menasihatkan supaya jangan menghina agama lain nescaya penghinaan juga boleh berlaku terhadap agama kamu.
Isu yang berbangkit ialah mengapa pihak Kristian dan Anwar berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam versi Bible bahasa Melayu sedangkan mereka tahu bahawa ia adalah isu sensitif dan boleh membawa kepada kufur dan syirik, kata Dr. Haron Din.
Datuk Harun Taib, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Tantawi berkeras supaya kalimah Allah tidak digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Karpal Singh berkeras supaya persetujuan 8 Januari dalam kalangan pimpinan utama pakatan termasuk Haji Hadi binding dan perlu dipatuhi.
Persetujuan 8 Januari itu bukan keputusan Syura. Haji Hadi khilaf membuat pendirian sebegitu sebelum merujuk kepada Majlis Syura. Lazimnya amalan sebuah jemaah politik Islam akan berpegang kepada keputusan syura sebagai sesuatu yang binding atau terikat dan perlu dipatuhi.
Khalayak menunggu kenyataan tegas Haji Hadi mengenai perkara ini setelah Anwar menyatakan pendiriannya. Kalau Haji Hadi seperti pemimpin Pas yang lain bertegas dengan keputusan Majlis Syura, Haji Hadi tidak ada pilihan lain melainkan kena terima keputusan Majlis Syura.
Kalau Haji Hadi tidak menyatakan dengan tegas dan jelas mengenai pendiriannya sebaliknya masih bertahan dengan kenyataan 8 Januari bersama dengan Anwar dan DAP - bermakna kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden Pas tidak lagi relevan. Ia menjadi tidak relevan kerana sebagai Presiden, keputusan Majlis Syura adalah binding. Mahu tidak mahu Haji Hadi kena patuh dan taat dengan keputusan itu.
Anwar masih bertegas dengan pendiriannya tentang penggunaan kalimah Allah atas pertimbangan politik pilihan raya. Anwar ingin segera menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pas mengambil pertimbangan syarak kerana isu kalimah Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islamiah. Apakah Pas sanggup menggadaikan prinsip syarak dan mengutamakan matlamat politik Anwar?
Kalaulah isu pokok ini Pas tidak mampu bertegas dan masih cair dengan strategi Anwar, apa makna perjuangan Islam yang sekian lama didukung oleh Pas.
Takdirnya pakatan pembangkang menang kali ini (minta dijauhkan Allah) apakah agenda pokok Negara Islam dan syariah Islamiah boleh berjalan di Malaysia?
Atau Anwar ingin menggunakan Pas sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri dan DAP bersama dengan Pas untuk mendapat kerusi lebih supaya dominasi politik terjadi. Akhirnya Pas dapat apa?

Penyertaan Nasharudin ke Gaza patut jadi model kerjasama kerajaan-pembangkang - Tun M

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas sepatutnya melihat penyertaan Nasharudin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pihak pembangkang.
Beliau berkata, bagaimanapun parti itu lebih mementingkan agenda politik mereka apabila bertindak memecat bekas Timbalan Presiden Pas itu daripada Majlis Syura Ulama parti berkenaan.
"Pas perlu melihat penyertaan Nasharudin ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA): Strength In Collaboration di sini hari ini.
Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemecatan Nasharudin yang sentiasa konsisten mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering mengkritik hubungan DAP dengan Pas daripada Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.
Bekas Perdana Menteri berkata, penyertaan Nasharudin dalam lawatan Perdana Menteri itu sebenarnya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia demi membawa mesej keamanan sejagat.
"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas). Kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya.
Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada parti itu, Dr. Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia.

BN dijangka menang PRU-13, Najib calon PM popular: Kaji selidik

KUALA LUMPUR: Kira-kira 63 peratus mahasiswa di seluruh negara menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tahun ini.

Ia berdasarkan kajian dilakukan Yayasan Ehwal Siswa (YES) bulan lalu di tiga universiti utama di Lembah Klang membabitkan 3,000 responden terdiri mahasiswa daripada pelbagai kursus pengajian dan negeri, termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Universiti terbabit ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata kajian yang turut membabitkan responden daripada negeri di bawah pimpinan pembangkang turut menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah calon Perdana Menteri popular untuk terus memimpin Malaysia.

"Secara keseluruhannya, 57 peratus responden yang mewakili UKM dengan 75 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus) mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Manakala, secara purata dengan 59 peratus daripada responden berasal dari negeri pembangkang termasuk Selangor dan Pulau Pinang mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri" katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, media sosial seperti Facebook dan Youtube adalah sumber utama yang paling kerap dilayari dan dipercayai oleh mahasiswa untuk mendapatkan berita politik serta perkembangan semasa.
"Dengan sampel yang besar serta kebolehpercayaan yang tinggi, BN dijangka menang," katanya. 
 
/hwa: bharian.com.my | 30/1/13

Kad Skor Agensi Inovasi Malaysia 2012

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan (dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden Perubatan Mardil Inc, Jim Buck; Ketua Pegawai Eksekutif UNIK, Kamal Jit Singh; Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Mark Rozario; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari; Ketua Pegawai Eksekutif KLSMC, Dr Saw Kay Yong dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Fauzi selepas mengumumkan Kad Skor Agensi Inovasi Malaysia 2012, di Pejabat Perdana Menteri. - Foto Mohd Fadli Hamzah, Jan 29, 2013 3:49 pm

Himpunan Guru Muda 1Malaysia

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan guru muda pada Himpunan Guru Muda 1Malaysia di Sekolah Menengah Sacred Heart, Sibu, Sarawak, hari ini. - Foto Azahan Rosli, Jan 29, 2013 6:49 pm

Solat Jumaat 'berimamkan' radio

PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.
“Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.
‘‘Sampai begitu sekali keterlanjuran saya kerana terlalu taksub kepada perjuangan Pas tanpa berfikir amalan sedemikian adalah bidaah dan tidak sepatutnya dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Guchil dekat sini kelmarin.
Dia mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Paling taksub, dakwa Aziz, pada masa itu ada penyokong tegar Pas yang menunaikan solat dengan meletakkan gambar atau poster pemimpin parti di bawah sejadah.
Aziz mendakwa, sepanjang menyokong Pas lebih 15 tahun lalu, arahan supaya mengkafirkan orang UMNO masih kuat dalam ingatannya hingga sekarang dengan menyaksikan akad nikah semula rakan-rakannya yang mempercayai pernikahan mereka yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah.
“Bagi mengelak perzinaan berterusan, mereka diakad nikah semula oleh ‘pak lebai’ Pas yang tidak bertauliah. Kami juga diajar supaya terus mengkafirkan orang UMNO secara lantang. Kalau tidak berani, cukup sekadar mengkafirkan orang UMNO dengan hati bagi mendapat ganjaran pahala," katanya.
Aziz mendakwa, sehingga sekarang masih ramai penyokong tegar Pas yang lantang mengatakan orang UMNO adalah ahli neraka.
Dia juga mengakui salah seorang ahli Pas yang tidak makan daging sembelihan orang UMNO, memulaukan kenduri-kendara, tahlil dan apa sahaja berkaitan dengan orang yang dilabelkan kafir oleh pemimpin Pas serta dipandang jijik olehnya.
Dakwa Aziz lagi, daging sembelihan orang UMNO dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan menjadi pesanan serta pegangan ahli keluarganya ketika itu.
Bagaimanapun, jelasnya, selepas menyedari kesilapan pegangan itu, dia memaklumkan kepada keluarganya untuk tidak bersama perjuangan Pas memandangkan pada masa sama, arwah ibunya juga penyokong tegar Pas dan pernah menghalaunya dari rumah.
“Ibu saya sendiri menganggap saya sudah kafir (setelah tidak lagi menyokong perjuangan Pas). Itulah penangan Amanat Haji Hadi yang jelas memecah-belahkan perpaduan umat Melayu yang wajib diperbetulkan semula oleh Presiden Pas itu tanpa perlu berdolak-dalik," katanya.

Pemecatan Nasharudin agak aneh - TPM

KUCHING 28 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama parti itu sebagai satu keputusan yang 'agak aneh'.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pemecatan itu mungkin berkaitan dengan langkah Nasharudin yang menyertai Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat Palestin.
Katanya, perbezaan fahaman politik bukannya penghalang untuk mereka bekerjasama dan beliau yakin Nasharudin akan bersikap profesional.
"Jadi agak aneh apabila keputusan itu dibuat, seolah-olah menidakkan usaha dan kerja amal sedangkan Pas memperjuangkan Islam.
"Saya percaya Nasharudin akan terus berusaha dan membuat sesuatu untuk umat Islam serta menjalinkan hubungan baik dengan asas yang kukuh walaupun bersama dengan parti berbeza kerana perjuangan Palestin adalah isu semua orang Islam.
"Tetapi pemecatan itu hak mereka, kita perhatikan sahajalah," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama 3,000 penjawat awam di sini hari ini.
Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu dengan alasan kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan yang tidak selari dengan pendirian dan ketetapan parti.
Bagaimanapun, difahamkan punca beliau dipecat kerana dilihat sebagai 'mesra Kerajaan Pusat' termasuk menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Pada Ogos 2012, Nasharudin turut menemani Perdana Menteri bertemu dengan para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mangsa politik sempit Pas - Tok Pa

JELI 28 Jan. - UMNO Kelantan menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menjadi mangsa kepada sebuah parti yang mengamalkan politik sempit biarpun beliau berusaha untuk menegakkan Islam tanpa mengira sempadan politik mahupun negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, alasan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas untuk memecat Nasharudin kerana kerap tidak menghadiri mesyuarat tidak masuk akal sama sekali.
Beliau berkata, pihaknya percaya ada alasan lain yang mendorong majlis tersebut membuat keputusan yang mengejutkan itu.
"Nasharudin adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang dihormati di negara ini tetapi disebabkan Pas mengamalkan fahaman politik sempit, beliau telah dipecat.
"Beliau dipulaukan oleh partinya apabila cuba untuk merapatkan hubungan di antara UMNO dan Pas kira-kira dua tahun lalu bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan isu berkaitan dengan Islam dan beliau juga tampil ke hadapan untuk menyatukan Pas dan UMNO ketika Islam diancam serta umat Melayu berpecah belah.
"Namun amat malang, Nasharudin dimaki hamun dan dituduh sebagai pengkhianat oleh pemimpin tertinggi Pas. Apabila beliau menunaikan haji dan melawat Gaza bersama Perdana Menteri, Majlis Syura Ulama memecatnya tetapi orang yang bersekongkol dengan Lim Guan Eng yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu diberi tempat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, di sini hari ini.

Tindakan Nik Aziz satu sindiran kepada Dewan Ulama Pas

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kehadiran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sambutan hari jadinya yang ke-82 di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat sebagai satu sindiran tajam kepada Dewan Ulama Pas berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu sememangnya tamparan hebat kepada Dewan Ulama Pas kerana sebelum ini Karpal merupakan individu yang lantang meminta dikaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.
"Sikap Nik Abdul Aziz ini seolah-olah menolak pendirian ulama namun itu tidak mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan individu terawal yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah namun kemudiannya tewas hujah dan terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
"Tindakan Nik Abdul Aziz berjumpa dengan individu yang menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu wajar dipersoalkan, sehubungan itu Pas didesak menilai semula kedudukan Menteri Besar Kelantan itu sebagai Mursyidul Am parti berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia yang memetik laporan portal berita pro-pembangkang Malaysiakini memberitahu, Nik Abdul Aziz tiba di kediaman Karpal di Jalan Scotland, Pulau Pinang kira-kira pukul 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit beramah-mesra bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.
Malaysiakini juga melaporkan Mursyidul Am Pas itu memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya ke-82 sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tambah Ismail Mina, tindakan Nik Abdul Aziz itu juga seperti jawapan awal terhadap desakan daripada ahli Pas sebelum ini yang mahukan Parti itu menilai semula hubungan dengan DAP.
"Nik Abdul Aziz jelas tidak ambil kisah dengan desakan dan pandangan ahli Pas terutama berkaitan dengan tahaluf Pas dengan DAP," katanya.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman pula berpendapat, dengan kehadiran Nik Abdul Aziz di kediaman Karpal, seolah-olah menunjukkan beliau masih mengiktiraf dan menerima pendirian DAP berkenaan isu kalimah Allah.
"Mungkin Nik Abdul Aziz sebelum ini terpaksa bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas namun secara realitinya beliau dilihat masih menerima pendirian DAP," katanya.

Dr. Mahathir selar pihak mempolitikkan inisiatif kerajaan

Tun Dr Mahathir Mohamad 
*****
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar sikap pihak tertentu yang sentiasa mempolitikkan pelbagai inisiatif yang diketengahkan kerajaan termasuk usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Mengambil contoh pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mendapat kritikan hebat khususnya parti pembangkang, jelas beliau, tindakan sedemikian cukup menghairankan kerana usaha menyelamat nyawa menerusi inisiatif berkenaan telah dijadikan isu untuk modal politik.
''Politik demokrasi di negara ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu. Bilakah akan kembali kesiuman kita? Apakah segala-galanya perlu dipolitikkan atau ditentang kerana kita berhak menentang?
''Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah antara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan, tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga kehilangan ahli keluarga di jalan raya, baru kita akan terima AES?,'' soal beliau.
Beliau menyatakan demikian dalam entri terbaru bertajuk 'Penguatkuasaan Secara Automatik (Automated Enforcement System)' dalam blognya, http://chedet.cc hari ini.
Dr. Mahathir berkata, dalam mana-mana negara termasuk Malaysia, undang-undang khususnya di jalan raya diadakan bagi menentukan had laju sesebuah kenderaan dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan.
''Tiada yang membantah penentuan had laju itu. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang keterlaluan. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan dan polis ditugas untuk mengesan kelajuan yang melebihi had.
''Apabila jumlah kenderaan bertambah, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain mengesan pencabulan had laju. Lagi pun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat. Pelbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan juga meningkat,'' ujarnya.
Untuk itu, katanya, alat elektronik yang mampu mengukur kelajuan serta mengenal pasti kenderaan terlibat dicipta dan dilihat lebih berkesan dalam membantu pihak berkuasa.
Tegas beliau, kegunaan alat elektronik itu juga tidak ditentang oleh mana-mana pihak di negara lain.
''Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik, negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.
''Oleh yang demikian, usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalan raya dan menurun angka kematian mesti ditentang,'' katanya.