30 April 2013

Doa

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membacakan doa selepas mengimamkan solat Isyak berjemaah di Masjid FELDA Sri Jaya, Muar. FOTO Osman Adnan

Nik Aziz diminta isytihar harta

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim 
Nik Aziz diminta isytihar harta 
Ibrahim menunjukkan bukti dokumen 27 lot tanah yang didakwa dimiliki Nik Aziz di Kota Bharu, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
***** 
Ibrahim dakwa Tok Guru ada tanah RM10 juta
Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan isterinya diminta mengisytiharkan harta berikutan didakwa memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Bharu yang nilainya membabitkan lebih RM10 juta.
Nik Aziz didakwa memiliki 14 lot tanah di Bandar Baru Tunjung, manakala isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 13 lot di sekitar Kota Baru termasuk dua daripadanya dipajak kepada PETRONAS selama 40 tahun untuk membina stesen minyak PETRONAS di Pulau Melaka.

Pendedahan itu dibuat calon Bebas dari Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa mendapat maklumat mengenai pemilikan tanah Nik Aziz itu sebulan lalu, selepas menerima satu sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Nik Aziz dan isterinya.

Tunjuk bukti
Ibrahim turut menunjukkan bukti pemilikan harta Nik Aziz dan Tuan Sabariah hasil carian rasmi yang dibuat di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Ibrahim berkata, beliau memperoleh bukti itu apabila satu sampul surat yang berisi dokumen berkenaan yang diletakkan di dalam peti surat di rumahnya di Taman Mimi, Pasir Pekan, di sini, sebulan lalu.
Katanya, beliau amat terkejut selepas membaca kandungan surat berkenaan dan menganggap hanya surat layang, namun selepas berbincang dengan peguam dan rakan-rakan, Ibrahim nekad menyiasat kandungan senarai berkenaan dan hasilnya sangat mengejutkan. 
 
http://o.bharian.com.my/bharian/articles/NikAzizdimintaisytiharharta/Article/ | hwa - 30/4/13

Parti hanya peralat agama tarik undi

Kuala Lumpur: PAS didakwa langsung tidak mempunyai identiti Islam dan hanya memperalatkan agama sebagai label parti untuk terus mempengaruhi penyokong serta meraih undi.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Zainal Abidin Awang, berkata PAS bukan lagi memperjuangkan agama Islam, sebaliknya parti politik yang bersekongkol dengan DAP dan PKR sehingga `menjual’ kalimah suci Allah serta terpalit isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), demi mengejar kuasa.
Justeru, beliau berkata, golongan ulama dan pendakwah melalui Minda Pondok bangkit menentang PAS yang disifatkan sudah jauh menyeleweng daripada landasan agama Islam.

Tekad selamat akidah
“Minda Pondok bertekad menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini serta menyatukan mereka daripada perpecahan. PAS tergolong parti munafik kerana Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tiga tanda munafik ialah apabila bercakap - berdusta, apabila berjanji- memungkirinya, dan apabila diberi amanah - khianat,” katanya ketika dihubungi BH.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Zawawi Awang, berkata PAS semakin terdesak memperalatkan emosi keagamaan untuk menakut-nakutkan pengundi supaya menyokong parti itu pada PRU-13, terutama selepas pendakwah dan ulama pondok bangkit menentang penyelewengannya. 
 
http://o.bharian.com.my/bharian/articles/Partihanyaperalatagamatarikundi/Article/index_html | hwa - 30/4/13

PM minta rakyat beri mandat

Kuala Lumpur: Menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini, Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan rakyat supaya menunaikan tanggungjawab untuk memilih pentadbir negara bagi tempoh lima tahun.

Pesanan penting mengenai hak mengundi itu disampaikan Perdana Menteri khusus untuk rakyat berbilang bangsa dan agama menerusi blognya, 1Malaysia.
 
Sokongan diperlukan
Beliau berkata, sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan semua pihak berganding bahu dan bersatu padu untuk memastikan masa depan Malaysia terus terjamin.

“Berilah BN mandat anda supaya kami dapat terus berkhidmat untuk anda,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau akan meneruskan kempen ke seluruh negara sehingga hari mengundi.

Katanya, sejak kempen PRU-13 bermula pada 20 April lalu, beliau turun padang ke Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor, selain Pahang bagi menerangkan kepada rakyat mengenai aku janji BN menerusi manifesto parti yang dirangka.
“Calon BN di kawasan anda juga sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai aku janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini,” katanya.

Hadiri ceramah
Presiden UMNO itu juga berharap rakyat dapat memberikan sokongan kepada calon BN dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan masing-masing.

Selain itu, katanya, perjalanannya sepanjang tempoh berkempen serta perkembangan terkini calon BN boleh diikuti menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter. 
 
http://o.bharian.com.my/bharian/articles/PMmintarakyatberimandat/Article | hwa - 30/4/13

Tiga EXCO PKR Kedah letak jawatan

Tiga EXCO  PKR Kedah letak jawatan
Pemimpin kecewa tak dicalon semula
Alor Setar: Tiga EXCO kerajaan Kedah dari PKR semalam, meletak semua jawatan dalam parti pada peringkat pusat dan negeri kerana kecewa dengan pimpinan pusat parti itu.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk S Manikumar; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lim Soo Nee dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pengangkutan, Tan Chow Kang.
"Kami diperlakukan seperti tiada nilai oleh PKR pusat” S Manikumar, Penyandang DUN Bukit Selambau"
Tidak dicalon PRU-13
Ketiga-tiga mereka tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Manikumar yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Naib Pengerusi 3 PKR Kedah dan Timbalan Ketua Cabang PKR Merbok.

Chow Kang, penyandang kerusi DUN Sidam, meletak jawatan sebagai Naib Ketua PKR Kedah, Naib Ketua Cabang PKR Sungai Petani dan Pengerusi Pasukan Keadilan (Gabungan Tionghua).
Soo Nee, penyandang kerusi DUN Kulim, meletak jawatan sebagai Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Manikumar berkata, mereka berasa dikhianati kerana tidak langsung diberi penjelasan mengenai keputusan pucuk pimpinan parti yang tidak mencalonkan mereka untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Katanya, mereka bertiga akur dengan keputusan PKR pusat, namun ia sepatutnya dibuat secara berhormat dengan memaklumkan secara rasmi melalui surat atau cara lain yang sesuai.

Tidak dihargai
“Kami diperlakukan seperti tiada nilai oleh PKR pusat, apa yang kami buat tidak bermakna.

“Kami tegaskan di sini, bahawa kami tidak khianat pada perjuangan parti kerana masih kekal dalam parti tetapi parti yang khianat kepada kami,” katanya di Wisma Darulaman di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa, bersetuju tindakan PKR pusat tidak manis dan mengecewakan tiga EXCO terbabit, namun ia tidak sepatutnya digunakan untuk mengambil tindakan yang boleh menjejaskan persiapan parti.

http://o.bharian.com.my/bharian/articles/TigaEXCOPKRKedahletakjawatan/Article | hwa - 30/4/13

Majlis Perjumpaan Rakyat bersama Perdana Menteri di Pekan Kupang, Baling

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut meriah oleh penduduk setempat ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Rakyat bersama Perdana Menteri di Pekan Kupang, Baling, hari ini. - Foto Hasriyashah Sabudin, Apr 30, 2013 1:06 pm

Pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-13

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menunjukkan jarinya yang sudah dicalit dengan dakwat kekal selepas pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA, Apr 30, 2013 12:00 pm

Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Taman Awana

 
DATUK Seri Najib Razak disambut penduduk setempat pada ketibaannya di Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Taman Awana, Pokok Sena, Alor Setar, hari ini. - Foto Khairull Azry Bidin
Apr 30, 2013 10:46 am

Sarapan pagi bersama pengundi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri program sarapan pagi di Medan Selera Kepala Batas, Kubang Pasu hari ini. Turut bersama, calon Barisan Nasional Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom (tiga dari kiri). - Foto Aizuddin Saad, Apr 30, 2013 10:33 am

Kit Siang dan Malaysian Malaysia

LIM Kit Siang menggunakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk bertanding di Gelang Patah sebagai percubaan mengukuhkan pengaruh DAP dan menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Johor.
Wujud tiga andaian di sebalik strategi DAP ini. Pertama, menguji kejituan semangat Melayu Johor selaku pencetus gerakan anti-Malayan Union pada tahun 1946.
Kedua, mengukur sokongan pengundi Cina serta merintis pengukuhan DAP di bumi kelahiran UMNO dan kubu utama Barisan Nasional (BN) sejak merdeka
Ketiga, mengeratkan jalinan psikologi dan jarak fizikal Malaysian Malaysia DAP dengan PAP di Singapura, selaku pelopornya.
Kit Siang, anak jati Johor ialah pegawai publisiti PAP sebelum Singapura menyertai Malaysia. Setelah Singapura disingkirkan, beliau antara kader yang mendukung PAP menerusi penubuhan DAP pada Mac 1966.
Ini sebabnya, walau DAP mempunyai jati diri undang-undang berbeza dengan PAP, "DAP adalah pewaris politik PAP di Malaysia dan juara kepada Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh Lee Kuan Yew" (Comber 1983).
Ini juga puncanya "pemisahan Singapura dari Malaysia pada 8 Ogos 1965, sama sekali tidak menamatkan kempen Malaysian-Malaysia kerana DAP yang lahir sebagai 'anak PAP' hasil daripada pemisahan itu terus memperjuangkan matlamat PAP itu." (Dewan Masyarakat Februari 1975).
PAP dan Malaysian Malaysia sebati dengan Kit Siang. Lee Kuan Yew cuba "menyingkirkan MCA selaku wakil keturunan Cina dalam Perikatan" (Means 1976); Kit Siang berusaha menjadikan DAP pengganti MCA dalam BN.
Menjelang PRU-13, seluruh rakyat Malaysia wajar mengenali Malaysian Malaysia. Putuskan, ia mampu mewujudkan bangsa Malaysia bersatu padu atau menyebabkan rakyat dipecah-belahkan sentimen pelampau kaum.
Malaysian Malaysia, konsep jati diri nasional Malaysia yang majmuk, menurut definisi PAP serta empat parti politik di bawah Malaysian Solidarity Convention (MSC); dibentuk pada 8 Mei 1965 (Comber 1983; Ghazali 1990).
Intisarinya: "seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, budaya dan agama, berhak memperoleh layanan yang sama, berhak menuntut hak yang sama, berhak menikmati apa jua keistimewaan yang sudah diberikan kepada orang-orang Melayu" (Means 1976; Ghazali 1990).
Ia pernah dilabelkan sebagai perjuangan menghapuskan hak-hak istimewa Melayu (Utusan Melayu 8 Ogos 1965); juga sebagai penentangan terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu; hak-hak keistimewaan Melayu; Agama Islam; dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi (Utusan Melayu 16 Julai 1965).
Ringkasnya, Malaysian-Malaysia adalah konsep di mana "negara dan negeri tidak diidentitikan dengan keutamaan dan faedah-faedah satu komuniti atau bangsa sahaja" (Dewan Masyarakat Februari 1975).
PAP menyifatkannya sebagai bertujuan "mendakwahkan perpaduan kaum dan memperjuangkan hak-hak asasi semua bangsa, di mana faktor penyatuannya adalah lebih daripada soal bahasa atau ancaman luar, tetapi apabila tidak ada satu bangsa yang beraspirasi untuk menjadi bangsa tuan, dan apabila semua warganegara adalah setaraf tanpa mengira keturunan" (Lee 1998).
Apa pun hujahnya, ia bertujuan membolehkan rakyat bukan Melayu dan bukan bumiputera mendapat keistimewaan serupa dengan Melayu dan bumiputera. Ini bercanggah dengan "kontrak sosial" di sebalik pembentukan Perlembagaan Persekutuan (Rujuk Shad Faruqi 2012).
Kajian saya sejak 1983 hingga ke hari ini, merumuskan, konsep ini mencanggahi seluruh peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mendefinisikan jati diri nasional Malaysia majmuk di era merdeka.
Paling khusus sekali Fasal 3, Islam sebagai agama rasmi; Fasal 153, Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan; dan Fasal 153 yang mentakrifkan keistimewaan Melayu dan bumiputera.
Tunku Abdul Rahman Putra menyifatkannya sebagai bangkangan terhebat yang objektif utamanya adalah mengenai hak-hak Melayu (Lau 2001).
Tan Sri Syed Jaffar Albar menegaskan, "orang Melayu tidak rela mengubah corak Malaysia seperti diidamkan oleh Lee Kuan Yew, kecuali orang Melayu telah menjadi mayat" (Utusan Melayu 2 Julai 1975).
Tan Siew Sin, mengingatkan rakyat, khasnya orang-orang Cina, "supaya sentiasa berhati-hati terhadap tindak-tanduk segolongan orang-orang Cina di negara ini yang berpura-pura menjadi 'juara' orang Cina dengan menyuarakan tentangan hak-hak istimewa orang Melayu" (Utusan Malaysia 8 Julai 1965).
"Orang-orang ini, berpura-pura memperjuangkan nasib Malaysia, tetapi berusaha menghancurkan Malaysia bagi kepentingan mereka sendiri. Kita tidak mahu jaguh-jaguh seperti ini yang bertujuan menimbulkan kacau-bilau dan pecah-belah" (ibid).
Khaw Kai Boh menyifatkan Malaysian Malaysia DAP sebagai perjuangan "anti-Melayu yang dengan sendirinya merosakkan kepentingan seluruh orang Cina" (Berita Harian 16 April 1969).
Lee San Choon berkata, "DAP cuba mewujudkan perpecahan dan suasana tidak harmoni antara kaum di negara ini menerusi perisytiharan menentang dasar kerakyatan, kebudayaan dan Bahasa Malaysia" (Berita Harian 15 November 1982).
Demikian Malaysian Malaysia, PAP, DAP dan Kit Siang. Konsep ini pernah membawa padah. Ia menyebabkan Singapura disingkirkan daripada Malaysia pada tahun 1965.
Rakyat Johor - Melayu, Cina dan India - bertanggungjawab menghalang DAP menjadikan Johor sebagai kubunya. Rakyat Malaysia di seleuruh negara juga perlu menolak DAP menerusi PRU-13.

PRU-13: Mengapa Pas masih terhegeh-hegeh - Tunku Aziz

KUALA LUMPUR 29 April - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Pas terhegeh-hegeh untuk merapatkan diri dengan DAP sedangkan parti sekutunya itu jelas 'memaksa' mereka meninggalkan perjuangan Islam ala Pas.
Katanya, kenyataan pemimpin Pas yang mendakwa DAP sudah mula menerima perjuangan mereka menunjukkan parti itu masih terhegeh-hegeh mahu meraih kerjasama DAP yang dibuktikan menerusi penolakan beberapa pemimpin DAP di Johor dan Kedah terhadap perjuangan Pas.
Senario itu juga membuktikan sikap hipokrit para pemimpin atasan kedua-dua parti pembangkang tersebut.
Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez dan Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan yang meminta para pengundi bukan Islam supaya menolak Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan ketidaksepakatan kedua-dua parti itu.
"Nasihat Norman dan Neelamekan supaya para pengundi Islam menolak Pas bermakna pengundi juga harus menolak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mereka semua di bawah satu bumbung, dan mengapa Pas masih terhegeh-hegeh (bekerjasama dengan DAP)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai gesaan Norman kelmarin dan Neelamekan hari ini yang menggesa pengundi bukan Islam supaya tidak memilih Pas kerana parti itu menegaskan akan melaksanakan hudud Pas jika pakatan pembangkang memerintah kelak.
Bekas Ketua DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat pula menyifatkan tindakan para pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa DAP telah mula menerima perjuangan Islam Pas sebagai kenyataan syok sendiri.
Katanya, dakwaan Nik Abdul Aziz itu ternyata salah dan merupakan satu pembohongan kerana pemimpin DAP telah berkali-kali menegaskan mereka tidak akan sesekali menerima pelaksanaan hudud mahupun penubuhan negara Islam seperti diperjuangkan Pas. - UTUSAN ONLINE

Nik Aziz bertegas DAP terima perjuangan Pas

JELI 28 April - Walaupun sudah jelas barisan kepimpinan DAP menolak dasar perjuangan Islam Pas, Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas apabila menganggap rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang boleh menerima Islam yang diperjuangkan Pas.
Seperti 'bertepuk sebelah tangan', Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan DAP mahu mengunakan lambang Pas pada pilihan raya membuktikan parti tersebut boleh menerima dasar Islam dan tidak takut pada agama suci itu.
"Ini tandanya Cina sudah tidak takut pada Islam, yang takut pada Islam ialah Melayu UMNO, Melayu UMNO yang sebenarnya takut pada Islam, Cina sudah tidak takut.
"Suatu masa nanti pasti akan ada antara cawangan Pas diketuai oleh orang Cina. Cina sekarang belajar tinggi dan kenal Islam. Suatu masa nanti, Cina DAP akan masuk Islam, akan mengetuai Pas,'' katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran pembinaan kilang kelapa sawit dan pembinaan jalan di Kampung Jerimbun di sini hari ini.
Menurutnya, Islam untuk semua, bukan untuk orang Arab atau orang Melayu sahaja.
"Bagaimana kalau kita hendak suruh orang Cina terima Islam kalau asyik bergaduh dengan dia, kita beritahu Islam bagaimana, dia hendak dengar ataupun tidak, terpulang.
"Kadangkala tengah-tengah malam Cina DAP Perak telefon saya tanya ayat al-Quran bagaimana. Melayu UMNO tidak pernah tanya, hendak tanya bagaimana kalau dia tolak Islam, al-Quran," katanya.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini memberitahu, kesediaan parti itu menerima penggunaan lambang Pas tidak bermakna mereka menerima setiap dasar perjuangan Islam Pas.
Pas pula melalui timbalannya, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 sekalipun mendapat tentangan DAP.
Pendirian tersebut turut disokong Nik Abdul Aziz dengan menyatakan Pas tetap yakin boleh melaksanakan hukum berkenaan sekiranya menawan Putrajaya, kerana hudud adalah untuk orang Islam, manakala bukan Islam ada cara lain.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz terus menyalahkan UMNO dan pihak media yang beliau dakwa sengaja mengeluarkan video lucah dan menuduh kalangan pemimpin pembangkang kononnya telah berzina dan meliwat.

DAP ugut tangkap Dr. Mahathir

KLUANG 28 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
"Bila kami (pakatan pembangkang) memerintah nanti, kami akan tangkap Mahathir dan hadapkannya ke mahkamah kerana menuduh Kit Siang sebagai rasis (perkauman).
"DAP parti berbilang kaum, mereka kata kami parti orang Cina, saya nak jelaskan saya bukan orang Cina dan boleh jadi Pengerusi DAP," katanya dalam ceramahnya di sini, malam tadi.
Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber.
Selain itu, Karpal turut menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Pada 2008, kami menang lima negeri tetapi Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) bertindak tidak mengikut undang-undang. Saya ditangkap dan didakwa tetapi saya tidak takut, saya akan lawan dan boleh menang," katanya.
Sementara itu, Karpal berkata, walaupun terhutang budi kepada Pas yang membenarkan parti itu menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DAP tidak akan sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan.
Karpal dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun tidak bermakna DAP menerima konsep negara Islam iaitu hudud.
"Kami (DAP) hargai kerelaan Pas dan PKR meminjamkan simbol mereka kepada DAP ketika isu pemilihan CEC (Jawatankuasa Kerja Pusat) dulu, tetapi tidak bermakna kami menerima dasar Islam kerana Pas dan PKR hanya meminjamkan lambang mereka.
"Kami menerima apa saja yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi Malaysia pun kami terima," katanya.
Ceramah itu turut disertai calon DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Tan Hong Pin dan calon DAP Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Abdul Hadi 'buta' sejarah - Jeyakumar

KUALA LUMPUR 28 April - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buta sejarah kerana gagal membezakan antara fahaman komunis dan sosialis.
Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. M. Jeyakumar (gambar) berkata, kenyataan Abdul Hadi yang seolah-olah menggambarkan sosialis menggunakan kekerasan serta cuba menyesatkan rakyat jauh menyimpang daripada ajaran sebenar fahaman itu.
“Memang ada sedikit persamaan dalam matlamat antara komunis dan sosialis, tetapi itu dari segi pengagihan kekayaan sama rata dan untuk membantu golongan miskin.
“Tetapi sosialis tidak menggunakan kekerasan, tidak mempromosikan mana-mana agama dan tidak menghalang kebebasan beragama. Jadi, untuk mengatakan kita antiagama itu langsung tidak betul," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, Terengganu 22 April lalu, bahawa parti itu cuma bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tetapi tidak dengan parti lain yang menjulang gambar Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.

Rafizi berdiam diri dipersoal

KUALA LUMPUR 28 April - Tindakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang terus berdiam diri berhubung dakwaan beliau seorang gay yang tersebar baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, sehingga hari ini, Rafizi tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan tuduhan tersebut serius dan mampu menggugat kedudukan beliau sebagai ahli politik.
"Adakah ini percaturan politik yang dibuat-buat untuk menarik perhatian umum? Adakah beliau tidak kisah diperlakukan sebegitu?
"Rakyat berhak mengetahui apa yang sedang berlaku, jadi saya menggesa beliau bertindak segera tanpa perlu menuduh yang bukan-bukan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Rafizi digesa membuat laporan polis berhubung risalah yang mendakwa beliau seorang gay seperti yang tersebar di sekitar kawasan Parlimen Pandan dekat sini selain menerusi blog.
Sehubungan itu, ahli jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Pandan, Ng Lum Yong mendesak Rafizi membuat laporan polis segera selain mengingatkannya tidak mengaitkan BN Bahagian Pandan dengan penyebaran risalah tersebut atau berdepan tindakan undang-undang.
Mengulas lanjut, Azwandin berkata, sekiranya Rafizi tidak bertindak membawa kes itu kepada pihak berkuasa, JMM tidak teragak-agak melaporkan kes tersebut kepada polis.

TLDM akan saman penyebar fitnah

Abdul Aziz Jaafar (dua dari kiri) beramah mesra dengan veteran tentera pada Majlis Pemakaian Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran Tentera Malaysia di Pangkalan TLDM, Lumut, semalam. 
*****
LUMUT 29 April - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyaman individu atau parti politik yang terus berdegil menabur fitnah dalam kempen pilihan raya kononnya kapal selam yang dibeli kerajaan tidak boleh berfungsi.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar juga mencabar pihak yang masih terus mempertikaikan perkara tersebut supaya berani membuat tuduhan berkenaan secara bertulis.
Tanpa mahu menamakan individu mahupun parti yang terlibat, Abdul Aziz berkata, pihaknya telah mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dan sedang mengumpul bukti bagi tindakan selanjutnya.
''Kedua-dua kapal selam kita, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak kini beroperasi dengan baik, malah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sudah belayar dengan kita dan beliau sendiri mengakui keupayaan kapal selam tersebut dan berbangga dengan keupayaannya.
''Cukuplah, kita sudah terlalu berlembut dengan mereka. Ya, saya akan saman dan saya harap Peguam Negara bersiap sedia untuk mendakwa mereka bagi pihak kerajaan," katanya.
Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis perhimpunan warga TLDM di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengheret pihak yang secara berterusan membuat fitnah ke mahkamah kerana telah memberi peluang secukupnya kepada mereka untuk menghentikan perbuatan itu.
''Saya dengar banyak cerita, hanya sekarang saya nak dapatkan bukti sahaja. Kenapalah nak memburukkan dan bangkitkan perasaan marah kepada kerajaan dan hina TLDM seolah-olah kita tak boleh mengoperasi kapal selam itu.
''Sedangkan saya sudah tiga kali belayar dengan kedua-dua kapal selam tersebut dan semuanya berjalan lancar. Kita juga sudah menyelam pada kedalaman maksimum dan melakukan tembakan yang menepati sasaran sejauh 55 kilometer dari bawah air. Jadi, mengapa masih kata ia tidak boleh berfungsi?," soalnya.
Mengenai dakwaan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lumut, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid dihalang berkempen di pangkalan itu, Abdul Aziz berkata, memang menjadi dasar TLDM tidak membenarkan ceramah atau kempen politik dalam kawasan berkenaan.
Jelas beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dibenar masuk kerana beliau tidak bercakap mengenai politik sebaliknya dijemput bercakap tentang perpaduan manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula atas kapasitinya sebagai Menteri Pertahanan.

PRU-13: Anwar tampil temberang baharu

PULAU PINANG 30 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil dengan 'teori' terbaharu iaitu kononnya akan berlaku gejala pembelian undi secara besar-besaran menjelang 5 Mei ini.

Anwar yang menyedari partinya semakin ditolak rakyat dan mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, beliau mendapat maklumat berbilion ringgit akan digunakan untuk membeli undi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kolej Han Chiang di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

29 April 2013

Majlis Bersama Ah Jib Gor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Majlis Bersama Ah Jib Gor di Kompleks Sentosa Johor Bahru, hari ini. - Foto Yazit Razali, Apr 29, 2013 3:51 pm

Majlis Minum Pagi Bersama Rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menikmati sarapan pagi bersama orang ramai pada Majlis Minum Pagi Bersama Rakyat di Restoran As-Salam, Pekan Nenas, Pontian. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim, Apr 29, 2013 11:08 am

Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Agama

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hadir pada Himpunan Rakyat 1 Malaysia dan Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Agama bersebelahan Masjid Permatang Duyong di Taman Sri Duyong. - Foto Sairien Nafis, Apr 29, 2013 11:20 am

Majlis Program Jaringan Kolabroasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan warga FELDA ketika hadir di Majlis Program Jaringan Kolabroasi Strategik dan Pembangunan Persekitaran Lestari di FELDA Maokil, Muar, hari ini. - Foto Osman Adnan, Apr 29, 2013 3:31 pm

Analisis PRU-13: Pas diresapi Syiah?

AGAK kurang sedap didengar apabila Pendang dikaitkan dengan kemunculan fahaman Syiah dengan adanya pemimpin kumpulan itu didakwa oleh pihak berkuasa beberapa tahun dahulu.
Berdasarkan sumber, suatu ketika dahulu dikatakan terdapat sekumpulan hampir 1,000 pengikut fahaman yang terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jamaah menjalankan aktiviti secara sembunyi-sembunyi. .
Penduduk bersyukur kerana fahaman tersebut sedikit sebanyak berjaya ditangani pihak berkuasa. Namun baru-baru ini perasaan gusar timbul semula apabila dikatakan terdapat pemimpin Pas yang dikaitkan dengan fahaman tersebut 'muncul' sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bukan sedikit yang mendakwa bahawa parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu kini diresapi dengan fahaman Syiah. Benarkah begitu?
Kita tidak menuduh mana-mana individu berfahaman tersebut apatah lagi jika tuan punya badan sendiri tidak pernah mengaku demikian. Namun disebabkan isu itu diperkatakan umum maka adalah wajar pihak yang dikaitkan tampil memberi penjelasan. Lebih-lebih lagi Pendang sering dikaitkan sebagai kubu kuat Pas.
Dari segi sudut sejarah, pendakwah bebas, Kamal Saidin yang berasal dari Pendang berkata, Pas sendiri mempunyai unsur-unsur syiah kerana mempunyai beberapa persamaan ketara sejak parti itu ditubuhkan.
Pertama, Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.
"Pas sendiri ditubuhkan selepas pengasasnya kecewa tidak diberikan jawatan oleh Tunku Abdul Rahman," katanya.
Persamaan kedua antara Pas dan Syiah, kata Kamal ialah menabur fitnah memburukkan pemimpin seperti dilakukan Abdullah Saba terhadap khalifah. Modus operandi memburukkan pemimpin itu dilakukan zaman ini oleh Pas terhadap pemimpin negara.
Beliau memberitahu, persamaan ketiga adalah Pas pernah mengkafirkan ahli UMNO sebagaimana dilakukan oleh Syiah Saba’iyyah yang menganggap golongan tidak bersama mereka adalah kafir bahkan turut mengkafirkan para sahabat.
Sebenarnya, Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali
Syiah berpura-pura menyokong Saidina Ali dan berlebih-lebihan secara terlampau mengagung-agungkan ahlul bait tetapi pada masa yang sama menolak para sahabat lain serta menyimpang dalam pelbagai sudut sama ada akidah, fikah, ibadat, akhlak dan sebagainya.
"Apa bezanya dengan Pas yang terlalu mengagung-agungkan tok guru mereka hingga pendapat lain atau pandangan ulama yang dilabel sebagai ulama UMNO ditolak, ahli UMNO dituduh taghut, dihina dan difitnah bukan-bukan.
"Pas juga melakukan banyak perkara bercanggah dengan ajaran Islam seperti dalam isu akidah iaitu Kalimah Allah dibenar dalam Bible versi Melayu, tuhan mencarut, sanggup berkawan dengan syaitan berbanding saudara sesama Islam dalam UMNO dan pelbagai fatwa-fatwa salah," jelasnya.
Kamal memberi kesimpulan bahawa para pengundi perlu memikirkan dengan mendalam sebelum tiba hari mengundi 5 Mei ini bagi mengelakkan tersalah memilih pemimpin untuk menjadi wakil rakyat mereka. - UTUSAN ONLINE
(Penulis adalah Ketua Biro Utusan di Kedah)

 http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=PilihanRaya2013&furl&Rencana/20130428/rp_10/Analisis-PRU-13-Pas-diresapi-Syiah

Analisis PRU-13: Tolak pakatan pembangkang yang cuba gadai negara

DI MANA bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Begitulah peribahasa Melayu yang menggambarkan betapa pentingnya kita menghormati kedaulatan, dasar dan peraturan di mana-mana sahaja kita berada.
Malah, ini negara kita, Malaysia. Hanya kita dan pemimpin kita yang berhak menentukan corak dan warna masa depannya, bukannya orang lain.
Demi maruah bangsa dan negara, kita yang memiliki masyarakat majmuk perlu mempunyai identiti tersendiri dan menolak campur tangan luar ke negara ini.
Negara ini bukan bayangan Amerika Syarikat, ini juga bukan Singapura, bahkan bukan Israel.
Jangan sesekali cuba mencampuri urusan negara kami!
Tindakan pakatan pembangkang yang cuba mendapatkan bantuan dan dana asing bagi menjayakan matlamat mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara, amat dikesali.
Hal itu bukan perkara baharu. Malah, sebelum ini banyak agensi dan pertubuhan tempatan yang telah mendapat tajaan dan bantuan dana asing seperti portal Malaysiakini, pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan beberapa pertubuhan lain.
Sebenarnya, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apa yang akan terjadi sekiranya pembangkang berjaya menguasai Malaysia dan menjadi boneka kepada pengaruh luar?
Sudah tentu Malaysia akan menjadi negara caca-merba. Sudah tentu banyak agenda nasional tidak dapat dicapai, sebaliknya akan menjadi agenda untuk memenuhkan kantung kocek individu-individu berkepentingan.
Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai.
Cuba kita melihat contoh dua negara jiran, Thailand dan Indonesia yang berhadapan kemelut ekonomi dan politik gara-gara campur tangan asing, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Indonesia kini berhadapan kemarahan rakyatnya kerana kerajaan pemerintahnya cuba menaikkan harga minyak setelah mengambil kira subsidi bahan bakar dihapuskan seperti mana saranan IMF.
Manakala Thailand sehingga kini bergelut dengan krisis politik yang tidak berkesudahan sejak 2006 dan sudah semestinya menarik minat campur tangan asing.
Thailand dan Indonesia merupakan dua negara yang akrab dengan IMF.
Keakraban itu terbukti apabila IMF telah memilih Thailand sebagai pejabat bantuan teknikal serantaunya.
Sementara Indonesia yang kini berhadapan masalah kelemahan sistem infrastruktur dan masih lagi gagal menangani masalah kemiskinan rakyatnya pada Julai tahun lalu, merancang meminjamkan modal dalam bentuk bon kepada IMF bernilai AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
Pinjaman itu konon-kononnya untuk digunakan sebagai dana bantuan kewangan ke negara-negara Eropah, Afrika dan Asia Tenggara.
Kini, 188 negara anggota IMF diambang krisis ekonomi yang serius dan memberi kesan teruk kepada negara berpendapatan rendah.
Langkah diambil bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang enggan dan mempertahankan negara daripada menerima bantuan IMF pada zaman kegawatan ekonomi dunia sekitar 1997 hingga 1998 amat dipuji.
Hasilnya sehingga kini, Malaysia masih lagi menjadi menjadi negara yang berdaulat dan dipandang tinggi menurut acuannya tersendiri.
Jadi, kepada para pengundi, berhati-hati dan perlu bijak memilih parti-parti yang mungkin akan menggadai maruah bangsa dan negara dengan campur tangan asing. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Nik Aziz pembohong besar - Tun Mahathir

PASIR MAS 28 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pembohong besar.
Beliau berkata, Nik Abdul Aziz berbohong kepada seluruh umat Islam apabila menyatakan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
"(Nik Aziz) pembohong besar, awak tak percaya? Dia bohong Pas adalah Islam, Islam adalah Pas, sebab itu saya tanya kitab mana dia baca, dalam al-Quran tidak ada, ini menipu seluruh umat Islam.
"Kalau Pas itu Islam, Islam itu Pas bermakna orang Islam lain yang tak masuk Pas di seluruh dunia 1.6 bilion ini semua kafir, bukan saja UMNO kafir tetapi dia mengkafirkan seluruh umat Islam, dia berbohong.

"Bila ulama campur aduk agama dan politik macam kita letak barang busuk dengan barang baik, takkan barang busuk itu jadi baik, barang busuk menyebabkan barang baik jadi busuk, bila campur kena buat tafsiran halalkan perbuatan ini satu pembohongan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Tun Mahathir Mohamad di rumah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa di sini hari ini.

Yang turut hadir, calon Bebas Parlimen Pas Mas, Datuk Ibrahim Ali dan tiga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen tersebut, Datuk Hanafi Mamat (Tendong); Tuan Anuwa Tuan Mat (Pengkalan Pasir) dan Aimi Jusoh (Chetok).
Dr. Mahathir berkata, rakyat Kelantan sedar dengan keadaan yang berlaku sekarang dan BN mempunyai peluang untuk mengambil alih negeri ini. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Kickdefella cabar Husam berdebat, lakukan ujian poligraf

PUTRAJAYA 28 April - Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dicabar berdebat dan membuat ujian poligraf bagi membuktikan apa yang didedahkan dalam buku Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme adalah tidak benar.

Penulis laman blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau mencabar Husam berbuat demikian pada Khamis depan di Putrajaya bagi memberi ruang kepada calon 'import' itu membuktikan dirinya bukan pembohong.
Beliau yang pernah bekerja dengan Naib Presiden Pas itu berkata, setakat menafikan isi kandungan terkandung dalam buku tersebut adalah tidak mencukupi sebaliknya perlukan pembuktian.
"Saya hari ini juga mencabar Husam selain daripada membuat poligraf dan dialog, buat juga satu laporan polis terhadap isi kandungan buku itu supaya polis boleh siasat betul atau tidak.
"Berdasarkan kepada pengalaman saya selama dua tahun tujuh bulan dengan beliau dan maklumat yang saya dapat akses sepanjang tempoh itu, maklumat yang ada dalam buku ini yang saya tahu semua adalah betul," katanya dalam satu sidang akhbar di Kelab Tasik Putrajaya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Nik Aziz diminta supaya bersara, terima hakikat sudah tua - Dr. M

TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him, Bunut Susu Tendong, Pasir Mas hari ini. - UTUSAN/ROSNI MASRI
*****
PASIR MAS 28 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta supaya bersara dan menerima hakikat bahawa beliau sudah tua serta tidak mampu lagi mentadbir.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sewajarnya memberi peluang kepada golongan muda untuk menggantikannya.
Beliau berkata, keadaan Nik Abdul Aziz yang selalu uzur dan sering dimasukkan ke hospital membuktikannya tidak mampu lagi untuk menjalankan tugas selaku ketua kerajaan negeri.
"Saya bersara pada usia 76 tahun untuk memberi peluang kepada golongan muda. Kita sudah tua bersaralah, Jangan sampai dah kena usung masih tak mahu berhenti dan hendak jadi Menteri Besar sampai bila-bila.
"Peganglah kepada kebenaran yang awak tidak mampu mentadbir lagi. Berilah peluang kepada orang lain, Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir dengan lebih baik untuk rakyat negeri ini," katanya berucap pada Majlis Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tolak penghalang kemajuan

Najib Tun Razak mengangkat tangan bersama calon BN Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar (kiri), calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (dua dari kiri) dan calon BN DUN Ijok, KR Parthiban (kanan) dalam majlis sarapan pagi bersama Perdana Menteri dan perasmian bangunan tambahan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bestari Jaya di Kuala Selangor, semalam. - utusan/Saharuddin Abdullah 
*****
KUALA SELANGOR 28 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Selangor menolak pakatan pembangkang yang selama ini menjadi penghalang kepada banyak projek pembangunan di negeri itu.
Mengambil contoh projek pemulihan rumah pangsa yang dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Bandar Alam Perdana di sini, Najib berkata, projek itu tertunda selama satu setengah tahun kerana kerenah birokrasi kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
"Sebanyak 2,500 keluarga yang terlibat dalam projek ini kecewa dan hampa kerana terpaksa tunggu lebih lama disebabkan kerajaan negeri Selangor tidak mahu beri 'development order' untuk pembentungan dan sebagainya.
"Ini menyusahkan, sudahlah tidak keluarkan peruntukan, kalau tidak keluarkan tak mengapa, jangan jadi penghalang, jangan menyusahkan orang," katanya.
Beliau berucap dalam majlis penyerahan kunci kepada sebanyak 2,500 pemilik Rumah Pangsa Bandar Alam Perdana di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
Menurut Najib, kerajaan BN mengeluarkan peruntukan sebanyak RM160 juta menerusi SPNB bagi memulihkan projek perumahan itu yang terbengkalai sejak 2002.
Katanya, meskipun menghadapi pelbagai kerenah birokrasi, projek berkenaan akhirnya berjaya memperoleh Sijil Layak Menduduki pada Disember tahun lalu.
Menurut beliau, penyelesaian masalah itu merupakan komitmen yang diberikan BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 2007.
"Walaupun BN tidak memimpin kerajaan negeri, bila ada masalah dan ada cara menyelesaikannya, kita akan bantu," katanya.
Jelas Najib, rakyat perlu memilih kerajaan BN yang menepati janji dan bukannya pakatan pembangkang yang berbohong di Selangor mengenai janji elaun ibu tunggal, elaun tadika dan bekalan air percuma sepenuhnya.

Patriotisme miliki pengertian luas

SEORANG bekas tentera sebak ketika mendengar sajak patriotik yang dideklamasikan oleh Pak Nuri pada Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC), Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAFIYANA SALIM
*****
KUALA LUMPUR 28 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semangat patriotisme memiliki pengertian luas dan perkara itu tidak terbatas kepada perjuangan mempertahan kedaulatan negara semata-mata.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, semangat berkenaan turut merangkumi perjuangan mempertahan perpaduan negara, pembangunan ekonomi dan sosial selain memastikan tanah air bebas daripada ancaman akidah dan agama khususnya bagi orang Islam.
Jelasnya, dari segi mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara, perkara itu adalah prasyarat untuk negara terus berjaya pada masa depan.
“Jangan ada puak-puak luar cuba menceroboh negara. Untuk itu, kita akan bangkit dan bangun menentang mereka supaya kedaulatan negara dapat terus dipertahankan. Kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu misalnya, membuka mata rakyat untuk menilai betapa pentingnya kita mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.
“Kita perlu sokong tindakan pimpinan kerajaan untuk mengukuhkan pertahanan negara dan kalau terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk kita kukuhkan aset pertahanan negara, saya sokong," katanya.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 6,000 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sempena Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.
Menurut Muhyiddin, dalam soal keamanan rakyat perlu melihat bagaimana pergolakan di Asia Barat meruntuhkan tamadun negara itu yang terbina sejak ribuan tahun kerana tiada perpaduan dan kesatuan.
Jelas beliau, begitu juga pertahanan daripada ancaman akidah dan agama yang mana rakyat perlu menilai sikap pembangkang kerana secara terbuka memperjuang hak asasi manusia termasuk pluralisme, liberalisme serta amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Peliknya, dalam gabungan mereka (pembangkang) ada Pas dan bagaimana banyak perkara yang dinyatakan pemimpin mereka berhubung agama amat bertentangan. Amanat Haji Hadi yang menyebabkan perpecahan Melayu Islam sehingga kini tidak ditarik balik.
“Oleh itu, jangan biarkan orang lain mengancam akidah kita. Kita harus tolak mereka ini," katanya.
Dalam soal perpaduan dalam negara pula, tambah Muhyiddin, perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi adalah untuk mengekalkan kerjasama serta perpaduan kaum.
“Begitu juga soal pembangunan ekonomi dan sosial. Hari ini kita (kerajaan BN) membina pembangunan untuk semua kaum dengan memastikan tiada sesiapa pun yang akan terpinggir.
“Sebab itu dalam tempoh empat tahun ini sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, kita membawa transformasi besar dalam negara dan langkah-langkah sebegini penting untuk diteruskan," katanya.

PRU-13: Pas guna nombor akaun bank parti kutip tabung Lahad Datu

KHAIDIR JAMAL
GAMBAR-GAMBAR perbandingan nombor akaun yang tertera apabila wang sumbangan kepada wira-wira Lahad Datu dimasukkan ke mesin CDM untuk tabung kendalian Pas (kiri) dan tabung kendalian Media Prima (kanan). Nombor akaun dinyatakan sebagai akaun tabung kendalian Pas (poster kiri, atas) sebenarnya merupakan akaun milik parti itu (bawah, kiri).
*****
NILAI 29 April - Rakyat seharusnya menilai sendiri sikap Pas yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sanggup memperdayakan orang ramai terutama ahli-ahlinya untuk menderma kepada tabung yang kononnya untuk tabung perajurit Lahad Datu tetapi sebenarnya menggunakan nombor akaun bank parti tersebut.
Presiden Pertubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia, Negeri Sembilan, Khaidir Jamal memberitahu, ia diketahui oleh orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung dengan nama khusus Tabung Perajurit Tragedi Lahat Datu nombor akaun Maybank 564025400414 itu.
Bagaimanapun, katanya, apabila wang sumbangan dimasukkan ke mesin pendeposit wang (CDM) Maybank dan menekan nombor akaun tersebut, ternyata ia bukan nombor akaun tabung berkenaan sebaliknya tertera nama Parti Islam Semalaysia.
Menurutnya, perbuatan Pas itu sebenarnya menipu rakyat kerana tabung itu dilancarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat dan dipromosikan dalam portal rasmi parti itu, Harakah Daily sejak Mac lalu tanpa menyatakan bahawa ia adalah tabung yang menggunakan nombor akaun parti tersebut.
"Tabung lain untuk wira-wira Lahad Datu termasuk yang dikendalikan oleh Media Prima Berhad, menggunakan nama tabung itu sendiri pada akaun bank yang diberi kepada orang ramai dan wang yang dikutip diserahkan kepada Amanah Raya Berhad untuk diagih-agihkan kepada keluarga waris wira-wira terbabit.
"Sebaliknya, tabung yang dilancarkan oleh Pas menggunakan nombor akaun yang sama dengan akaun nama parti itu. Jadi siapa yang tahu wang mana untuk wira-wira Lahad Datu, wang mana yang milik parti itu dan kita pun tak tahu siapa yang urus serta agih-agihkan wang itu.
"Pas sebenarnya cuma mahu ambil kesempatan daripada kejadian di Lahad Datu untuk mendapatkan duit daripada orang ramai sedangkan wang kutipan dicampurkan ke dalam wang parti, ini suatu penipuan dan rakyat telah diperdaya," katanya.
Beliau berucap sebagai penceramah undangan pada program anjuran UMNO Cawangan Nilai di Rumah Rakyat Nilai di sini malam tadi.
ANTARA orang ramai yang hadir mendengar ceramah Khaidir Jamal dan calon BN Parlimen Seremban, Dr. Yeow Chai Thiam serta calon BN DUN Nilai, Gan Chee Biow di Rumah Rakyat Nilai di Nilai, Seremban malam tadi. - UTUSAN
*****
Turut hadir dan berceramah ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Seremban, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, Gan Chee Biow.
Khaidir turut menunjukkan menerusi layar kepada para hadirin gambar perbezaan memasukkan wang ke CDM Maybank untuk nombor akaun Tabung Wira Lahad Datu Media Prima yang tertera nama penuh tabung itu berbanding tabung dikenalikan Pas itu yang memaparkan nama parti itu sebagai pemilik akaun tersebut.
"Tuan-tuan boleh cuba sendiri di mesin-mesin CDM, anda boleh buat keputusan sama ada memasukkan sumbangan kepada wira-wira Lahad Datu ke akaun yang tertera nama Pas atau ke dalam akaun Tabung Wira Lahad Datu yang sebenar-benarnya.
"Mereka kata perjuangkan Islam dan tuduh dan membuat tohmahan BN tipu itu dan ini, tetapi bab duit sumbangan kepada waris-waris anggota pasukan keselamatan yang telah meninggal dunia, mereka masukkan ke akaun mereka... bukankah ini menipu rakyat namanya," katanya.

27 April 2013

Kempen Barisan Nasional di Sarawak

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), malam tadi bagi meneruskan program kempen Barisan Nasional di Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). - Foto Azahan Rosli, Apr 27, 2013 12:16 am

Majlis pemimpin bersama rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut orang ramai ketika hadir ke majlis pemimpin bersama rakyat di Saratok Kuching, pagi ini. - Foto Mohd Azren, Apr 27, 2013 10:47 am

Melawat Rumah Awing di Lubok Antu

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut penduduk setempat ketika melawat Rumah Awing di Lubok Antu, Sarawak, hari ini. - Foto C C Yong, Apr 27, 2013 11:49 am

UBAH - 'Undi Bawa Anda Hanyut'

PENULIS tidak pernah percaya dengan DAP. Ini adalah kenyataan yang betul, bukan main-main. Hanya orang yang buta hati akan terus menyokong puak yang mahu memecahbelahkan kesatuan orang Melayu dan rakyat di negara ini.
Mereka ada penyokong tegar, majoritinya ialah kaum Cina. Dalam banyak ceramah politik di kawasan Seremban ini dan berhampiran dengannya, yang hadir itu juga ialah orang Cina. Mesejnya hanya satu iaitu ‘ubah’. Soal kepimpinan tidak betul dalam DAP, tidak pernah dipersoalkan oleh penyokong tegar DAP ini.
Jika disebut DAP tidak betul, penyokong tegar ini akan mempertahankannya. Itu telah berlaku di sebuah ladang dekat Gemencheh, sehingga nyaris berlaku pergaduhan antara yang menyokong dan ingin keluar daripada DAP.
Mereka melihat setiap calon DAP yang berada di atas pentas itu adalah penyelamat seperti watak hero dalam filem Jepun - Ultraman. Pemimpin itulah yang akan menyelamatkan bumi ini.
Maka banyaklah yang disampaikan dalam ceramah-ceramah politik di negeri ini, semuanya ada berbaur perkauman. Tolak pemimpin Melayu samalah juga tolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; tolak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan samalah juga tolak UMNO dan dihujungnya mereka akan kata tolak MCA dan Barisan Nasional (BN).
Kononnya DAP adalah parti untuk semua dan penyelamat rakyat Malaysia. Tetapi, tidak ada satu pun yang dicakap oleh DAP boleh dipercayai. Mendengarnya dalam bahasa Cina dan diterjemahkan oleh beberapa rakan juga, amat menyakitkan hati.
Nyata, DAP meniupkan kebencian melampau. Mereka kata, tolak rasuah tetapi mereka tidak kata tolak pemimpin rasuah dalam DAP. Mereka tidak kata tolak pemimpin kronisme dalam DAP tetapi mereka kata, media kerajaan memfitnah mereka dan sengaja membesarkan isu Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan masalah dalaman parti itu.
Malang sekali kepada rakyat Malaysia yang masih kemaruk ‘mencintai’ DAP ini. Malah bukan penulis yang kata, tetapi ramai yang keluar DAP, khususnya pemimpin akar umbi daripada kaum India menyatakan bahawa DAP sebenarnya amat tulen untuk orang Cina walaupun mereka menafikan.
Perjuangan mereka ada mesej tersembunyi dan kita semua wajar tahu. Hal ini sudah banyak kali dicakap tetapi ada yang masih di persimpangan jalan dan teragak-agak untuk membelok ke kiri atau ke kanan tetapi mahu jalan ke hadapan.
Jangan terkejut jika terus mara ke hadapan bersama DAP, maka anda sebenarnya sedang berhadapan kenyataan ini, ‘Undi Bawa Anda Hanyut’ atau ringkasnya ‘UBAH’.
Bagi penulis, perkara itu sudah lama difahami, tetapi tidak difahami oleh sekutu mereka terutamanya Pas, yang diharap menjadi ‘imam’ kepada perlakuan baik dalam pakatan pembangkang itu.
Tentulah DAP akan menafikan perkara ini. Itu soal merekalah. Tetapi dalam kempen sepanjang PRU-13 ini, mereka sedang meluap-luapkan semangat cauvinis untuk ‘ubah’ pentadbiran kerajaan dengan membuat tuduhan yang amat melampau, khususnya berkaitan rasuah, penindasan, pendidikan, rompak duit rakyat dan banyak lagi terhadap pemimpin BN.
Sebab itu dalam satu ulasan yang dibuat Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari dalam akhbar ini, baru-baru ini mahu orang Melayu, khususnya yang masih berada dalam DAP agar tidak terus menjadi boneka.
Kata Jaafar, DAP mengatakan UMNO dan BN rasis sedangkan mereka lebih rasis dan hipokrit.
‘‘UMNO dan BN tidak rasis yang mana mereka telah berjaya membangunkan negara dengan kerjasama antara semua kaum," katanya baru-baru ini.
Dalam hal ini, orang Melayu sudah ada kewajipan menolak DAP, selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Ini kerana, bukan hanya disebabkan sikap mereka menghina Melayu yang telah berlaku sejak 1969 lagi, tetapi turut menghina Islam dalam isu kalimah Allah SWT.
Ada sebab lain untuk kita menolak DAP pada PRU-13 ini dan lihatlah bagaimana mereka pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN kerana tidak berpuas hati wakilnya tidak dilantik menjadi Menteri Besar.
Kenapa perlu kita tolak DAP di Negeri Sembilan ini, kerana Pengerusinya, Karpal Singh pernah mengugut untuk menyaman Sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan kerajaan pembangkang membubarkan DUN Perak ketika itu selepas tiga ahli DUN pembangkang mengisytihar diri sebagai Bebas yang menyokong BN.
Penulis juga tidak percaya dengan tindak tanduk DAP dan lihatlah bagaimana seorang pemimpin mereka telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam.
Bagaimana, kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak ke atas orang Melayu di negeri itu merobohkan gerai dengan alasan untuk pembangunan. Jangan lupa apa yang berlaku di Johor, di mana seorang ADUN DAP dihalau dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan DUN Johor 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian iaitu memakai songkok.
Penulis tidak akan melupakan bagaimana biadapnya DAP mendesak kerajaan untuk membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke negara ini, kononnya Chin Peng sudah tua dan tidak mampu mengancam keselamatan negara.
Dalam soal ini DAP tidak pernah ingat apa yang berlaku ke atas rakyat Malaysia yang menerima kepayahan hidup di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM.
Maka ingatlah dalam PRU-13 ini, DAP sekali lagi melayani perasaan kaum Cina untuk membenci kerajaan BN serta orang Melayu (UMNO) dengan modal yang selalu disebut kepada masyarakat Cina, ‘‘kerajaan tidak melayan dengan baik kaum Cina, tidak adil dan memberikan keistimewaan kepada kaum bumiputera. Pendidikan diabaikan, kesejahteraan tidak diambil peduli oleh kerajaan BN."
Kaum India kini sudah sedar bahawa mereka telah dipermainkan oleh DAP sejak sekian lama dan mereka sedang keluar beramai-ramai dari parti ini dan menyokong BN.
PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia
di Seremban.

Hudud, pil kuda, Pas dan cara kempen Anwar

ISU hudud terus menjadi sajian utama Pas setiap kali kempen pilihan raya umum, dan untuk sekian kalinya isu tersebut turut dimainkan oleh para pemimpin Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini bagi meraih sokongan undi umat Islam.
Bak kata blog Malay Delima (malaydelima.blogspot.com), bagaimana Pas dapat merealisasikan harapannya jika mereka cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen dan hanya 12 kerusi sahaja dikategorikan “putih", sekali gus menyukarkan parti itu untuk mengubah Perlembagaan negara, seterusnya merintis pelaksanaan hudud.
Pada masa yang sama, DAP walaupun sudi untuk menggunakan lambang bulan sebagai menggantikan roket jika parti itu diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan tetapi tidak bermakna mereka menerima dasar Pas tersebut.
“Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas), ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat Pas untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 dikuasai oleh pakatan pembangkang.
“Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana Pas akan menerajang keluar DAP daripada pakatan pembangkang seandainya perjuangan melaksanakan hudud Pas terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik," katanya.
Katanya, jika andaian ini ada kebenarannya, pakatan pembangkang tidak akan kekal lama sebaliknya semakin haru-biru dan bercelaru yang akhirnya membawa kebinasaan kepada negara jika mereka diberi peluang memerintah.
Blog Bumiyang (bumiyang.blogspot.com) pula dengan tegas menganggap isu hudud yang dimainkan oleh Pas merupakan pembohongan terbesar para pemimpin parti itu yang konon bertaraf ulama yang tidak boleh diderhakai.
Ini kerana, katanya, soal pelaksanaan hudud tidak pernah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR dan DAP manakala Pas sendiri tidak mampu untuk membentuk kerajaan sendiri tanpa sokongan kedua-dua parti berkenaan.
“Jadi inikah yang dikatakan Pas menipu untuk pilihan raya ini dibolehkan demi untuk memenangi undi? Tak tahulah...
“Tapi bagi penulis apa guna berjanji jika kita tahu ia tidak boleh dilaksanakan. Tidakkah itu menipu namanya?" tegasnya.
Hambali Abd. Latiff (hambali1.blogspot.com) pula menganggap kenyataan terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang wujudnya calon-calon pengedar pil kuda serta penyokong Karl Marx sebagai kenyataan ‘mencari pasal’ dengan rakan sekutunya terutama PKR.
“Apa akan jadi kalau calon ‘edar pil kuda’ itu menang. Apakah Pas akan menyisihkan mereka kerana tidak layak untuk menjadi ‘rakan seperjuangan’? Dan sekiranya menerima mereka, apakah Pas tidak merasa berdosa?"
Katanya, jika dakwaan Abdul Hadi itu benar maka calon Pas bagi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang itu sewajarnya dipanggil pihak polis bagi memberikan penjelasan mengenainya.
Blog Semut Hitam (semuthitam80.blogspot.com) pula berkata, kenyataan Abdul Hadi itu jelas menunjukkan bahawa Pas tidak berpuas hati dengan calon-calon rakan sekutunya khususnya daripada PKR kerana meletakkan calon-calon terlibat jenayah dan menyokong perjuangan komunis.
Bagaimanapun, blog ini menganggap kenyataan Abdul Hadi itu semata-mata mahu menutup kelemahan Pas dan PKR yang gagal mencari jalan penyelesaian berhubung isu pertindihan kerusi di beberapa kawasan.
“Hakikatnya, Hadi sekadar nak menutup pekung di dada sahaja. Dia dah tak mampu nak jelaskan kepada rakyat mahupun ahli sendiri mengenai perkara sebenar.
“Jadi, wajarlah rakyat yang berada di seluruh negara merujuk semula kepada apa yang diperkatakan oleh Hadi ini. Kita semua kena ingat. Calon PKR semuanya tak guna belaka!" katanya.
Sementara itu blog Jokiden (kitopunyo.blogspot.com) pula berkata, sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti memainkan sentimen kebencian terhadap pemimpin kerajaan ketika kempen PRU-13 sedang berjalan kerana kaedah tersebut sudah tidak lagi mampu meyakini rakyat.
Ini kerana katanya, BN tidak lagi berdiam diri dengan serangan tohmahan dan fitnah yang dimainkan beliau sejak dipecat daripada kerajaan dahulu kerana beliau sendiri mempunyai rekod moral yang bukanlah bersih, dan jika didedahkan mampu menggoncang kedudukannya sendiri.
“Kusut masai, berserabut dan kelihatan tidak bermaya, Anwar ternyata sudah tidak mampu lagi menanggung segala beban yang beliau sendiri timbulkan. Rakan-rakan juga nampaknya sudah tidak dapat membantu lagi.
“Anwar mesti faham dalam politik hari ini, jika dia baling batu, orang akan baling semula. Jika dia fitnah, orang akan fitnah balik. Jika dia mencaci dan maki hamun, orang juga akan mencaci dan maki hamun dia. Jika dia menghina semua orang, orang akan hina dia balik," katanya.
Katanya, semua budaya tidak sihat dalam politik negara ini dimulakan oleh pihak pembangkang baik PKR, DAP apatah lagi Pas sehinggakan suasana politik menjadi haru-biru.
“Malangnya Anwar selalu terlupa ayat yang dia suka sebut iaitu rakyat bukan lagi bodoh. Rakyat sudah cerdik. Jadi dengan adanya pendedahan media massa dan media sosial, rakyat semakin dapat menilai.
“Betul UMNO/BN ada kelemahannya namun keburukan yang dibawa oleh pakatan adalah lebih besar daripada keburukan yang kononnya ada dalam kalangan BN," katanya.

PRU-13: Zuraida tiada sokongan di Parlimen Ampang

ZURAIDA Kamarudin bercakap di hadapan enam orang yang hadir pada majlis pertemuan beliau dengan para pengundi di Pusat Daerah Mengungi PKR, di Ampang Hilir, malam tadi. - UTUSAN
*****
KUALA LUMPUR 26 April - Para pengundi di Parlimen Ampang sudah memberikan isyarat jelas kepada Zuraida Kamarudin bahawa dia tidak lagi diterima untuk mempertahankan kerusi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.
Buktinya, majlis pertemuan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi PKR di Ampang Hilir malam tadi bukan saja gagal mendapat sambutan malahan lebih menyedihkan hanya enam orang sahaja yang menghadirinya, termasuk petugas jentera parti.
Zuraida juga jelas tidak mempunyai pengikut setia di kawasan tersebut walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama lima tahun sejak memenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Beliau yang akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib. Rozaidah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 tetapi tidak dicalonkan semula pada 2008.
Walaupun menyedari ucapannya tidak mahu didengari para pengundi Ampang, Zuraida tetap menabur pelbagai janji kosong jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13, termasuk pelbagai insentif dalam bentuk kewangan kepada rakyat.
Antaranya, pemberian saham kepada setiap rakyat di Selangor melalui penstrukturan semula syarikat bekalan air di negeri itu serta menyediakan caruman wanita Malaysia seperti mana manifesto pakatan pembangkang.
Namun, seperti diakui sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukan sebuah janji, maka segala tawaran yang ditaburkan Zuraida tidak lebih sebagai gula-gula untuk memancing undi. - UTUSAN ONLINE

PRU-13: Mendahulukan rakyat falsafah pelaksanaan dasar kerajaan - PM

PERDANA Menteri berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Parlimen Bagan Serai di Dataran UMNO Bahagian Bagan Serai, Perak hari ini. - BERNAMA
*****
BAGAN SERAI 26 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjadikan 'mendahulukan rakyat' sebagai slogan semata-mata, malah sebagai falsafah dan pegangan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Perdana Menteri berkata, dalam tempoh empat tahun ini, kerajaan BN telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menyatakan demikian semasa berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Parlimen Bagan Serai di Dataran UMNO di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Analisis PRU-13: Pas diresapi Syiah?

AGAK kurang sedap didengar apabila Pendang dikaitkan dengan kemunculan fahaman Syiah dengan adanya pemimpin kumpulan itu didakwa oleh pihak berkuasa beberapa tahun dahulu.
Berdasarkan sumber, suatu ketika dahulu dikatakan terdapat sekumpulan hampir 1,000 pengikut fahaman yang terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jamaah menjalankan aktiviti secara sembunyi-sembunyi. .
Penduduk bersyukur kerana fahaman tersebut sedikit sebanyak berjaya ditangani pihak berkuasa. Namun baru-baru ini perasaan gusar timbul semula apabila dikatakan terdapat pemimpin Pas yang dikaitkan dengan fahaman tersebut 'muncul' sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bukan sedikit yang mendakwa bahawa parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu kini diresapi dengan fahaman Syiah. Benarkah begitu?
Kita tidak menuduh mana-mana individu berfahaman tersebut apatah lagi jika tuan punya badan sendiri tidak pernah mengaku demikian. Namun disebabkan isu itu diperkatakan umum maka adalah wajar pihak yang dikaitkan tampil memberi penjelasan. Lebih-lebih lagi Pendang sering dikaitkan sebagai kubu kuat Pas.
Dari segi sudut sejarah, pendakwah bebas, Kamal Saidin yang berasal dari Pendang berkata, Pas sendiri mempunyai unsur-unsur syiah kerana mempunyai beberapa persamaan ketara sejak parti itu ditubuhkan.
Pertama, Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.
"Pas sendiri ditubuhkan selepas pengasasnya kecewa tidak diberikan jawatan oleh Tunku Abdul Rahman," katanya.
Persamaan kedua antara Pas dan Syiah, kata Kamal ialah menabur fitnah memburukkan pemimpin seperti dilakukan Abdullah Saba terhadap khalifah. Modus operandi memburukkan pemimpin itu dilakukan zaman ini oleh Pas terhadap pemimpin negara.
Beliau memberitahu, persamaan ketiga adalah Pas pernah mengkafirkan ahli UMNO sebagaimana dilakukan oleh Syiah Saba’iyyah yang menganggap golongan tidak bersama mereka adalah kafir bahkan turut mengkafirkan para sahabat.
Sebenarnya, Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali
Syiah berpura-pura menyokong Saidina Ali dan berlebih-lebihan secara terlampau mengagung-agungkan ahlul bait tetapi pada masa yang sama menolak para sahabat lain serta menyimpang dalam pelbagai sudut sama ada akidah, fikah, ibadat, akhlak dan sebagainya.
"Apa bezanya dengan Pas yang terlalu mengagung-agungkan tok guru mereka hingga pendapat lain atau pandangan ulama yang dilabel sebagai ulama UMNO ditolak, ahli UMNO dituduh taghut, dihina dan difitnah bukan-bukan.
"Pas juga melakukan banyak perkara bercanggah dengan ajaran Islam seperti dalam isu akidah iaitu Kalimah Allah dibenar dalam Bible versi Melayu, tuhan mencarut, sanggup berkawan dengan syaitan berbanding saudara sesama Islam dalam UMNO dan pelbagai fatwa-fatwa salah," jelasnya.
Kamal memberi kesimpulan bahawa para pengundi perlu memikirkan dengan mendalam sebelum tiba hari mengundi 5 Mei ini bagi mengelakkan tersalah memilih pemimpin untuk menjadi wakil rakyat mereka. - UTUSAN ONLINE
(Penulis adalah Ketua Biro Utusan di Kedah)

Analisis PRU-13: Lipur-lara Anwar hanya jadi bahan ketawa

"SAYA berucap di Segamat, tak kurang 20,000 orang, di Seremban dan tempat lain sambutan macam tu juga,'' dabik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah beliau di Felda Lepar Hilir 1, Parlimen Paya Besar petang semalam.
Namun anehnya, yang berdiri di hadapan beliau petang semalam hanyalah kira-kira 150 orang sahaja, itu pun sebahagiannya merupakan penyokong pakatan pembangkang dari luar tanah rancangan tersebut.
Sedangkan di Lepar Hilir 1 sahaja mempunyai 2,183 pengundi dan itu belum dicampur dengan tanah rancangan berdekatan, Lepar Hilir 2 (1,435) dan Lepar Hilir 3, 1,616 pengundi.
Sebab itu, Anwar dalam ucapannya seakan-akan sudah 'angkat topi' apabila mengakui kawasan tanah rancangan Felda di Pahang termasuk kawasan Parlimen Paya Besar masih sukar ditembusi pakatan pembangkang.
Cuma mungkin bagi menyedapkan hati beberapa calon PKR yang hadir sama mendengar ceramahnya, Anwar berkata: 'Pahang baru nak mula'.
Hakikatnya, beberapa kedai kopi berhampiran lokasi program beliau masih dipenuhi sebahagian warga peneroka yang tidak teruja pun dengan kehadiran julung-julung kali Anwar ke situ walaupun seringkali Penasihat PKR itu berangan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei ini.
Barangkali daripada mendengar ceramah Anwar, lebih baik mereka berbual soal hasil ladang sawit, memenuhi agenda minum petang sementara menantikan waktu maghrib daripada menjadi sebahagian kisah si luncai dan labu-labunya.
Ceramah Anwar pada sebelah malamnya di Chini 1 pula, kehadiran jauh lebih kecil berbanding di Segamat walaupun promosi dilakukan di serata ceruk.
Biar pun berceramah tanpa teks, namun sebahagian besar isinya diulang jaja dari setempat ke setempat dengan antaranya memperlekehkan dasar transformasi negara termasuk untuk luar bandar.
Kononnya kata Anwar, bunyi hebat tetapi semua untuk UMNO.
Ironinya, mereka yang mendengar ucapan Anwar itu terdiri daripada masyarakat Melayu yang berjaya diangkat taraf kehidupan daripada golongan miskin kepada masyarakat kelas pertengahan hasil agenda kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi Felda.
Masakan tidak, purata pendapatan bersih peneroka pada tahun lalu mampu mencecah RM5,000 sebulan hasil kebun sawit mereka seluas empat hektar itu.
Itu belum mengambil kira bantuan lain Felda yang merangkumi pelbagai aspek termasuk untuk generasi kedua daripada duit raya, perumahan, pinjaman perumahan tanpa faedah dan sebagainya. Belum lagi dicampur pemberian durian runtuh berikutan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) pertengahan tahun lalu.
Sebab itu, dalam ceramahnya Anwar tidak menohmah Felda kerana jelas pembangkang tidak mempunyai isu besar untuk memburukkan agensi yang mempunyai jasa cukup besar kepada orang Melayu.
Beliau hanya membakar sentimen penyokongnya dengan lebih banyak menyentuh soal penyelewengan oleh kerajaan BN dan mengaitkan 'anak menteri itu dapat ini dan itu tetapi orang Felda dapat apa'.
Sedangkan dalam keasyikan Anwar di atas pentas membuat pelbagai aksi melucukan mengalahkan program komedi di televisyen yang kadang kala sukar untuk membuat penonton ketawa, masih ramai yang mampu mendengar hujahnya dengan penuh kritis dan analitikal kerana dakwaan demi dakwaan itu dibuat tanpa bukti kukuh.
Sebab itu, ada pengunjung kedai kopi di bandar Chini selepas mendengar ceramah Anwar semalam boleh mempersoalkan bagaimana pula dengan polemik menantu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif anak syarikat kerajaan negeri.
Itu hakikat bukan sekadar dakwaan. Kedengaran juga ada yang menyampuk, "apa kurangnya PKR, yang ada kuasa dalam parti, Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden semua anak beranak, macam mana pula kalau ada kuasa dalam kerajaan?"
Akhirnya, telunjuk lurus kelengkeng berkait! Mengata dulang paku serpih! - UTUSAN ONLINE
(Penulis adalah Ketua Biro Utusan di Pahang)

Dolak-dalik keghairahan Pas, ketegasan DAP

Hasan Ali
*****
KUALA LUMPUR 25 April - Keghairahan terbaharu Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menunjukkan parti itu hilang punca atau flip-flop, sedangkan umum mengetahui DAP tegas menolak agenda itu.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, keadaan itu membuktikan Pas sebuah parti lemah yang tidak mampu menyaingi sikap dominan DAP apabila secara berterusan membangkang hasrat Pas tersebut.
Menurut beliau, kelemahan Pas yang semakin ketara turut disebabkan oleh pengaruh golongan Anwarinas yang merosakkan parti berkenaan.
Katanya, anggapan yang cuba dicipta pimpinan Pas kononnya DAP sanggup menerima perjuangan hudud itu semata-mata kerana pimpinan DAP sebelum ini membuat gimik bersedia menggunakan simbol Pas untuk bertanding merupakan sesuatu yang dangkal.
“Kenyataan balas Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang enggan berundur seinci pun dari posisi asal mereka (menentang hudud walaupun bersedia menggunakan lambang Pas) membayangkan DAP sememangnya parti cauvinis Cina yang berhasrat menjadikan Malaysia negara sekular sejak awal lagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din kononnya kesediaan DAP memohon menggunakan simbol Pas menandakan parti itu secara tidak langsung bersetuju dengan agenda perjuangan Pas.
Kenyataan Haron itu menimbulkan persoalan kerana DAP sebelum ini berulang kali menentang keras agenda hudud dan negara Islam manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah menegaskan agenda itu tiada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar bersama pakatan pembangkang.
Sehubungan itu menurut Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas, ahli Pas perlu menggesa kepimpinan parti itu menolak PKR dan DAP.
“Bagi pengundi Melayu Islam tidak ada yang lebih tinggi daripada mengagungkan Islam dalam membuat pilihan dan atas dasar itu bukan PKR, bukan DAP dan bukan Pas yang mempunyai kekuatan dan daya juang tinggi untuk melaksanakan cita-cita agung meletakkan Islam kemercunya," katanya.

Ratnam mahu betulkan akidah Melayu UMNO

PUTRAJAYA 25 April - Calon Pas Parlimen Putrajaya, Husam Musa ‘mengizinkan’ seorang penceramah bukan Islam melaungkan kalimah suci Bismillah dan bercakap mengenai hudud Pas dalam satu ceramah di sini malam tadi.
Penceramah yang memperkenalkan diri sebagai Raja Ratnam itu diimport dari Kelantan dan mendakwa dia beragama Hindu.
Dia mendakwa lebih memahami Islam berbanding orang Melayu di dalam UMNO, justeru dia terpanggil untuk berceramah kerana mahu membetulkan akidah orang UMNO.
Lebih dikesalkan apabila penceramah itu menyentuh mengenai kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Caves yang menurutnya mempunyai patung lebih besar daripada Dewa Murugan sambil berkata: ‘‘Silap hari bulan orang Hindu ingat itulah tuhannya yang bernama Najib ."
Pada masa yang sama, penceramah itu dilihat cuba mempermain-mainkan kalimah suci, Bismillah dalam ceramah di Presint 18 Fasa R12 itu sambil mendapat sorakan daripada para hadirin yang rata-ratanya merupakan penyokong Pas..
“Dalam DAP mereka menerima hudud, ini orang bukan Islam dan kafir, tetapi parti UMNO tidak terima hudud, yang Melayu UMNO sembahyang lima waktu apanya?
“Terpanggillah saya berceramah hari ini untuk betulkan akidah orang Melayu dalam UMNO, saya hendak sebut kalau salah tolong betulkan, Auzubillah himinaz syaitan nirajim bismillahirahmanirahim apa maksudnya? Faham ke tak faham?
‘‘Saya kafir tapi saya faham Islam lebih baik daripada Melayu UMNO," katanya. di hadapan hadirin termasuk Husam.
Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam menegaskan tidak akan melaksanakan hudud di negara ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan yang tidak menunjukkan Malaysia negara Islam.
Nada yang sama turut disuarakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.
Raja Ratnam yang menerima sorakan kuat hadirin sejurus menyebut kalimah itu turut membaca terjemahan kalimah Bismillah dengan menyebut: “Ya Allah selamatkanlah aku daripada godaan syaitan dan pandulah aku ke jalan yang benar, begitulah maksudnya,"
Dalam pada itu, dia turut menuduh BN parti rasis dan mengabaikan masyarakat India dan Cina selepas berkuasa.
“Bila mana orang Melayu bagi sokongan penuh dan padu kepada UMNO terus dia lupa kepada India dan Cina, bila orang Melayu beralih sokongan kepada pakatan rakyat baru dia nampak yang ‘gelap’, sebelum ini dia tak nampak yang gelap.
“Dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) pergi Batu Caves yang punya ‘patung’ lebih besar daripada Dewa Murugan, silap hari bulan orang Hindu ingat itu lah tuhannya yang bernama Najib," katanya.