Pages

4 Mei 2013

Video sumbang pemimpin terbongkar

KUALA LUMPUR 2 Mei - Cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman pendedahan seorang lelaki mengenai hubungan sulit seorang Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri sebuah negeri pembangkang dikesan mula tersebar di sekitar daerah Tumpat sejak seminggu lalu.
Utusan Malaysia hari ini turut menerima salinan VCD yang bertajuk Bongkar!!! Satu Pendedahan.. YB Jahat Larikan Isteri Kawan Sendiri selama 12 minit 46 saat.
Video tersebut mengandungi rakaman perbualan seorang lelaki yang mendakwa seorang pemimpin kanan Pas menjadi punca keretakan rumahtangganya sehingga berlaku perceraian.
Malah, dia mendakwa mempunyai bukti kukuh berbentuk gambar, perbualan dan catatan diari yang boleh mengaitkan hubungan sulit di antara bekas isterinya dengan pemimpin parti itu.
"Saya ada bukti bahawa pemimpin itu menjalinkan hubungan sulit dengan isteri saya ketika itu dan saya telah cuba mempertahankan hubungan yang dibina selama 16 tahun tetapi gagal disebabkan kehadiran orang ketiga.
"Melalui penampilan pemimpin tersebut beliau dilihat alim tetapi sebenarnya menjadi punca keretakan rumahtangga kami. Beliau ibarat menangguk di air yang keruh ketika kami suami isteri berhadapan masalah yang kecil dan sepatutnya boleh diselesaikan secara aman," kata lelaki tersebut di dalam rakaman perbualan itu.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan pihak atau individu yang menemu bual serta merakam perbualan tersebut.
Tambah lelaki itu, pengesahan juga telah dibuat daripada isteri kepada pemimpin tersebut yang turut mengakui menghidu hubungan sulit yang terjalin di antara kedua-duanya.
Dalam rakaman itu, dia turut menyifatkan, pemimpin tersebut hanya berselindung di sebalik perwatakan alim yang memperjuangkan ideologi politik Islam sedangkan mempunyai masalah moral sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan