Pages

16 November 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Utusan - 16/11/09
BUKAN tujuan Awang menafikan kemasukan warga Afrika ke negara ini. Ia bagus buat ekonomi, terutamanya yang datang untuk menuntut di universiti swasta dan awam atau menjadi pegawai dagang di syarikat-syarikat tempatan.
Namun kadar jenayah yang dilapor dilakukan oleh warga benua itu juga semakin meningkat. Ia turut mencetuskan masalah sosial yang ketara, terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan mereka.
Akhbar Awang telah saban kali menyiarkan berita-berita dan laporan khas mengenai kegiatan negatif mereka, namun kebanjiran warga itu ke negara ini nampaknya semakin bertambah.
Sekali lagi bukan niat Awang mahu menafikan hak mereka untuk datang ke negara ini, tapi pihak berkuasa harus melakukan saringan ketat ke atas kemasukan mereka ke negara ini.
Dilaporkan pada tahun lalu daripada sejumlah 110,805 warga Afrika yang masuk ke Malaysia, hampir 6,000 dikatakan tidak keluar semula dari negara ini.
Ke mana perginya mereka kita tidak pasti? Isu-isu jenayah yang sering kita dengar membabitkan warga asing ini adalah penipuan, samun serta mengumpan wanita tempatan menghantar dadah ke luar negara.
Awang berharap paparan sekali lagi laporan khas akhbar ini (Lihat muka 4), akan membuka mata pihak berkuasa.
Awang – Mata dan telinga rakyat.
/...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan