HULU SELANGOR 15 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO mengambil langkah mengadakan Program Pementasan Pemuda di seluruh negeri ini bagi mendekatkan parti itu kepada rakyat.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, program sedemikian juga akan dilaksanakan bagi memberi penjelasan kepada rakyat untuk menangkis fitnah dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap UMNO.
"Kita akan bawa para pemidato yang dilantik khusus bagi menyampaikan maklumat dan penerangan yang jelas kepada rakyat.
"Melalui program sedemikian, kita akan beri penjelasan yang menyeluruh terhadap fitnah dan tuduhan liar yang dibuat selama ini terhadap UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Program Pementasan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor di Batang Kali di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Idris Abu Bakar; Timbalannya, Mohd. Isa Abu Bakar; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mahmud Karim; dan Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, T. Mugalan.
Menurut Khairy, dalam usaha untuk merampas kembali negeri Selangor daripada tangan pembangkang rakyat perlu diberi penjelasan sewajarnya berhubung segala fitnah dan tuduhan liar yang dilemparkan terhadap UMNO.
Katanya, menerusi program tersebut, rakyat dapat menerima maklumat secara terus dan jelas daripada pucuk pimpinan parti.
"Pada pilihan raya umum lepas, mungkin ada beberapa perkara yang 'tidak kena' dengan UMNO khususnya Barisan Nasional (BN).
"Justeru, UMNO kini perlu berubah, sahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turun bersama rakyat," jelasnya.
Program pementasan ini akan diadakan di semua 22 bahagian UMNO di negeri ini dan Hulu Selangor adalah yang kedua dianjurkan selepas Shah Alam.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan