Pages

5 Januari 2010

Polis ambil keterangan Ean Yong Hian Wah

BERNAMA - 05/01/2010 4:13pm
SHAH ALAM 5 Jan. – Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya, yang didakwa cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa itu baru-baru ini.
Hian Wah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 10 pagi dengan ditemani peguamnya, Lim Lip Eng sebelum memberi keterangan kira-kira sejam.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kenyataannya yang meminta polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa setiausaha politik Ean, Teoh Beng Hock mati dibunuh.
Minggu lepas, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dilapor berkata, pihaknya akan memanggil ADUN Seri Kembangan itu bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau tersebut.
/...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan