Pages

27 Ogos 2010

Ada pihak cuba cemar nama baik FELDA: PM

NAJIB menyerahkan replika cek duit raya RM5.37 juta untuk peneroka FELDA Wilayah Raja Alias Jempol kepada wakil peneroka, Osman Parman (dua dari kiri) sambil diperhatikan dari kiri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan; Mohamad dan Mohd Yusof di Masjid Bandar Baru Jempol, semalam.

BH - 27/8/10

Oleh Ziauddin Sharuddin dan Ifwan Tun Tuah bhnews@bharian.com.my

Sokongan peneroka terhadap kerajaan cetus rasa tak senang

BANDAR SERI JEMPOL: Datuk Seri Najib Razak berkata, 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara menjadi tonggak kerajaan berdasarkan sokongan padu mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

Malah, Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, yang menang pada pilihan raya kecil Parlimen itu April lalu, turut mengakui kemenangannya itu disebabkan sokongan peneroka FELDA di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, sokongan padu peneroka terhadap kerajaan menyebabkan ada pihak tertentu ingin mencemarkan nama baik FELDA.

"Apabila melihat peneroka berjaya dan hidup dalam keadaan selesa, tiba-tiba timbul cerita FELDA sudah bankrap. Saya tahu keadaan sebenar yang berlaku dalam FELDA," katanya ketika berucap merasmikan Program Rahmat Ramadan Warga FELDA ke-6, di Masjid Bandar Seri Jempol di sini, petang semalam.

Pada majlis ini, Najib turut menyerahkan wang zakat FELDA sebanyak RM1.8 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan menyampaikan duit raya RM5.37 juta kepada peneroka FELDA Wilayah Raja Alias, di sini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor,

Najib berkata, dakwaan FELDA bankrap tidak berasas kerana agensi itu mempunyai aset bersih RM12.2 bilion, malah keluasan ladang FELDA kira-kira 330,000 hektar mampu membuat keuntungan purata RM1.1 bilion, selain FELDA membayar cukai tahunan RM78 juta dan zakat sebanyak RM25.8 juta.

"Jika wang tunai susut sedikit, aset dan keuntungannya bertambah," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Yusof berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan mengarahkan FELDA membayar RM11 juta ganti rugi berhubung bayaran perahan minyak sawit kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3, semalam, bukan disebabkan konspirasi seperti didakwa sesetengah pihak.

“Ia disebabkan ketidakhadiran peguam dilantik ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Januari 2008,” katanya.

Beliau berkata, FELDA juga mengeluarkan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM603 juta kepada peneroka menerusi Skim Pinjaman Pembesaran Rumah bagi membolehkan peneroka dan keluarga meningkatkan kualiti hidup dan tinggal di rumah lebih selesa, selain mereka didilindungi insurans takaful.

"Ketika mula menjadi peneroka, ada antaranya sangsi terhadap masa depan sebagai peneroka, tetapi berkat kegigihan, kerja keras dan bekerjasama dengan kerajaan, sekurang-kurangnya mereka ada tanah 10 ekar (empat hektar) atas nama sendiri," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Yusof berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan mengarahkan FELDA membayar RM11 juta ganti rugi berhubung bayaran perahan minyak sawit kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3, semalam, bukan disebabkan konspirasi seperti didakwa sesetengah pihak.

“Ia disebabkan ketidakhadiran peguam yang dilantik ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Januari 2008.

"FELDA tidak dapat membela tuntutan seperti sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil dan kini sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes itu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan