Pages

9 Ogos 2010

Jangan malu mengaku ahli UMNO

UM - 9/8/10

KOTA KINABALU 8 Ogos - Ahli Kelab UMNO luar negara tidak perlu malu mengaku sebagai ahli parti tersebut kepada masyarakat tempatan di negara mereka belajar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman berkata, sebagai parti utama dalam kerajaan, UMNO telah berjaya membela nasib rakyat dan memajukan negara dengan cemerlang.

"Kita perlu berani, yakin pada diri sendiri dan jangan segan mengaku kita ahli UMNO," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Musa yang dalam rangka lawatan kerja ke Mesir berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama ahli Kelab UMNO Luar Negara Mesir di Kaherah semalam.

Beliau menambah, pengakuan itu akan menambah keyakinan, menjelaskan fakta sebenar dan menangkis segala dakyah yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan kerajaan pimpinan UMNO.

Menurutnya, ahli Kelab UMNO perlu bersatu padu, bekerjasama rapat dan saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira negeri asal.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan