Bernama - 26/08/2010 3:13pm
Beliau berkata, setiap lapisan masyarakat harus menjayakan program merdeka, termasuk dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kecintaan kepada negara.
"Saya yakin patriotisme tidak boleh digesa, ia harus timbul dari dalam, tetapi kami memberi manifestasinya pagi ini supaya tidak lagi kita rasa teragak-agak terhadap 1Malaysia.
"Asingkan rasa politik, perbezaan budaya, kepercayaan agama kerana untuk 1Malaysia dan merdeka, kita mesti bersatu,” katanya sempena program ”Merakyatkan Kibaran Jalur Gemilang” di sini hari ini.
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang bermula hari ini dan diadakan serentak di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk di Jalan Brickfields.
Antara lain bertujuan memupuk dan menyegarkan semangat patriotik di kalangan warga kota di seluruh Malaysia, sempena kempen Bulan Kemerdekaan yang akan disempurnakan pada 31 Ogos di Stadium Putera Bukit Jalil.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan