Oleh Mohammad Ishak
bhnews@bharian.com.my
Kerajaan negeri dijangka ubah pusat pendidikan kepada agensi lain
JERTIH: Impian penduduk daerah Besut untuk memiliki Kompleks Imtiaz yang kini dalam pembinaan di kawasan pusat pelancongan Bukit Keluang, dekat sini, mungkin tinggal harapan apabila kerajaan negeri dijangka mengubah status pusat pendidikan itu kepada sebuah agensi lain.
Kompleks berharga RM40 juta di kawasan seluas 56 hektar berhampiran Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) itu mengikut perancangannya akan dijadikan pusat pendidikan berteraskan konsep Ulul-Albab, bagi melahirkan profesional Islam dalam pelbagai bidang termasuk agama, sains dan kemasyarakatan.
Tinjauan Edisi Timur mendapati, kerja pembinaan kompleks berkenaan sudah hampir 80 peratus siap dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya tahun depan.
Bagaimanapun, rasa kecewa kini menghantui penduduk Besut terutama warga pendidik khususnya apabila kerajaan negeri dikhabarkan akan menukar status sekolah itu kepada sebuah jabatan yang tiada kaitan dengan bidang pendidikan.
Kompleks yang mempunyai reka bentuk unik dan bercirikan seni bina Islam pada asalnya dirancang untuk dijadikan model pendidikan Islam termoden di negeri ini.
Berikutan tindakan kerajaan negeri tidak mahu kompleks itu dijadikan pusat pendidikan, pelbagai pihak termasuk pemimpin politik di Besut meminta Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meneliti semula cadangan untuk mengubah status pusat pendidikan berkenaan kepada jabatan lain.
Malah, isu pertukaran Kompleks Imtiaz kepada agensi lain turut dibawa sebagai agenda perbincangan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Besut baru-baru ini, dengan usul mendesak kerajaan negeri mengkaji semula cadangan turut diluluskan tanpa bahas.
Sebagai suara terbesar akar umbi, cadangan daripada UMNO bahagian Besut itu diharap dapat diterima kerajaan negeri supaya hasrat rakyat untuk melihat daerah Besut menjadi daerah pendidikan ulung mencapai matlamatnya.
Aktivis belia, Ariffin Jusoh, 42, berkata dia amat kecewa sekiranya Kompleks Imtiaz yang hampir siap itu diserahkan kepada jabatan atau agensi kerajaan lain, kerana matlamat asal pembinaannya adalah untuk dijadikan pusat pendidikan terulung di daerah ini.
Beliau berkata, Sekolah Imtiaz yang diwujudkan di negeri ini sejak beberapa tahun lalu di bawah pentadbiran Idris, terbukti berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam segenap aspek, malah muncul sebagai sekolah terbaik seluruh negara.
“Tidak adil jika kerajaan membiarkan hasrat mewujudkan Kompleks Imtiaz ini separuh jalan sedangkan ia usaha murni yang diilhamkan pemimpin terdahulu. Lagipun, dengan prestasi mantap sekolah Imtiaz, kompleks ini boleh menjadi mercu tanda kepada kesinambungan kejayaan dalam pendidikan yang akan dijana pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, kakitangan kerajaan, Amrin Jaafar, 42, berkata penduduk sangat berharap pucuk pimpinan negeri dapat mempertimbangkan pandangan daripada warga Besut, termasuk menerima usul yang dikemukakan UMNO bahagian itu supaya tidak timbul masalah kepercayaan rakyat kepada parti dan kerajaan.
“Warga Besut tentunya sudah tidak sabar lagi untuk melihat Besut menjadi hab pendidikan moden dan terulung melalui penubuhan Kompleks Imtiaz ini. Malah, penubuhannya sangat relevan dengan kejayaan Terengganu sebagai negeri cemerlang dalam pendidikan di negara ini. Jadi, mengapa hasrat murni ini perlu dihentikan? Ia memang tindakan yang sangat tidak wajar” katanya.
/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan