Pages

10 November 2010

Giliran Setiausaha PKR Sabah

UM - 10/11/10

KOTA KINABALU 9 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila Setiausaha PKR Sabah, Mursalim Tanjul bakal meninggalkan parti itu.

Keputusan mengejut Ketua Cabang PKR Kudat itu dikatakan berpunca daripada pelbagai kemelut yang sedang melanda parti pembangkang tersebut.

Menurut Mursalim, tindakan itu dibuat selepas bosan dengan politik dalaman yang keterlaluan dalam parti itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengaitkan keputusan itu dengan pertelingkahan antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya sudah penat dengan semua politiking. Saya hanya ingin keluar.

"Saya mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan. Apa sahaja yang berlaku, kita masih kawan," katanya di sini hari ini.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan