Pages

21 Februari 2011

Raikan kepelbagaian kaum - PM

UM - 21/2/11

PUTRAJAYA 20 Feb. - Tahap perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu berganjak daripada semangat toleransi kepada tahap lebih tinggi iaitu penerimaan dan meraikan kepelbagaian kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minda dan sikap rakyat terhadap kaum yang berlainan perlu berubah supaya tahap perpaduan negara ini boleh 'berhijrah' ke tahap yang lebih tinggi.

"Toleransi merupakan tahap paling rendah, ini kerana toleransi tidak bermakna anda suka orang itu walaupun masih bertoleransi dengannya.

"Daripada peringkat toleransi, kita seterusnya beralih ke tahap penerimaan kaum lain yang melibatkan perasaan suka dan berkawan dengan orang itu.

"Peringkat tertinggi pula ialah meraikan kepelbagaian kaum yang mana masyarakat akan melihat kepelbagaian kaum sebagai keunikan dan sumber kekuatan Malaysia, pencapaian ini turut menunjukkan kita telah mencapai tahap bangsa Malaysia," katanya.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan seorang rakan dalam talian beliau, John Britto Victor dari Kedah yang mahu tahu cabaran yang dihadapi Najib ketika mempromosikan gagasan 1Malaysia.

Lebih 600 rakan dalam talian Najib telah menghadiri majlis jamuan minum petang yang diadakan di kediaman rasmi beliau di Sri Perdana, di sini hari ini.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan