Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pendedahan itu membuktikan bahawa individu terbabit berani mengambil risiko terhadap apa yang dilakukan demi untuk menegakkan kebenaran kerana membabitkan pemimpin yang mempunyai nama besar.
“Mereka itu patut dapat anugerah, bukan senang untuk melakukan perkara, risikonya tinggi tetapi demi cintakan negara mereka sanggup lakukan untuk memastikan rakyat tidak terus tertipu dengan gelagat pemimpin berkenaan.
“Orang terbabit mungkin mengatakan ini satu konspirasi pihak tertentu, mereka pasti menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN), kini perkara itu sudah terjawab, individu terbabit sudah pun tampil, apakah ini masih lagi dianggap satu konpirasi,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Tan Sri Rahim Thamby Chik ; Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah Datuk ‘T’ yang terbabit mendedahkan skandal video seks itu kepada media .
Pengakuan yang dibuat oleh individu berkenaan kerana merasakan bahawa perkara itu harus diketahui oleh masyarakat umum terutamanya pihak media bagi mempertahankan kebenaran dan dan menolak kebatilan.
Ibrahim berkata, orang ramai tidak boleh membuat spekulasi bahawa pendedahan itu membabitkan mana-mana pihak sama ada parti politik atau pertubuhan kerana apa yang dilakukan itu atas kemahuan mereka sendiri.
“Kita tidak boleh menuduh mereka mewakil mana-mana pihak, hanya secara kebetulan mereka itu ahli kepada UMNO dan Perkasa dan jangan lupa salah seorang daripadanya juga terbabit dengan PKR.
“Adalah tidak betul jika mereka mewakili pihak terbabit, begitu juga dengan sesuatu yang berlaku membabitkan rakyat Malaysia, adakah kita perlu menuduh apa yang dilakukan itu membabitkan keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau mengesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk membuat siasatan berhubung pendedahan video berkenaan seperti mana yang dialkukan terhadap kes Teoh Beng Huat dan V K Lingham .
Menurutnya, penubuhan suruhanjaya itu dapat meleraikan segala tanda teki berhubung pendedahan video berkenaan yang kini menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai sejak berita itu tersebar.
hwa: umno-online.com | mediaUMNO - 24/3/11
. -MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan