Komander Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan, Brigadier Jeneral Raja Nazrin Shah bertitah, pasukan itu perlu mempertahankan profesionalisme dengan sama sekali tidak membenarkan penyerapan masuk anasir politik kepartian mahupun agenda sempit individu.
"Kredibiliti dan integriti pasukan hendaklah sentiasa dipertahankan, dilandaskan atas prinsip berkecuali lagi berdisiplin, adil lagi saksama, supaya peranan pasukan pertahanan ketika menghadapi sesuatu krisis dan situasi darurat, tidak diragui malah dihormati, disanjung dan diterima tanpa sangsi, tanpa prejudis,” titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa merasmikan Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan bagi tahun 2011 di Kem Wardieburn, Setapak di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad Dr. Aminuddin Adnan, Ketua Jurutera Brig. Jen Datuk Mohd. Nasir Ahmad, Panglima 4 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim dan Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Wira Zulkifli Zainal Abidin.
/hwa: utusan.com.my | bernama - 22/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan