Katanya, persidangan yang berlangsung November lepas menjadi bukti bagaimana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran anggota-anggota dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari.
"Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir,” katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang daripada Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam yang meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis.
Mohammad Nizar dilaporkan berkata, jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan dewan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.
Zambry berkata, persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa.
/hwa: utusan.com.my | bernama - 18/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan