Pages

11 Mac 2011

Pembangkang ibarat ‘anak ayam kehilangan ibu’

PUTRAJAYA 10 Mac – Ahli Parlimen pembangkang yang kini kehilangan ketua pada sidang Dewan Rakyat ekoran penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan diibaratkan seperti ‘anak ayam kehilangan ibu’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, situasi itu berlaku berikutan pakatan pembangkang tidak dapat memutuskan siapa yang sepatutnya dilantik sebagai ketua.

‘‘Tidak ada persefahaman di antara Pas dan DAP untuk menentukan siapa pengganti Anwar kerana Pas tidak boleh terima DAP dan DAP juga tidak boleh terima Pas,” katanya di sini hari ini.

Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat menggantung Anwar menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, dua bidang baru iaitu Teknologi Hijau dan Alam Sekitar diperkenalkan di bawah Dasar Pandang ke Timur selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus mengukuhkan hubungan dua halanya dengan Jepun.

Katanya, penerokaan dua bidang baru itu dijangka menarik ahli perniagaan dari Jepun untuk menjalin usahasama dengan Malaysia.

“Penghantaran pelajar ke negara itu dapat memberi nilai tambah kepada dasar tersebut,” katanya.

/hwa: utusan.com.my | um - 11/3/11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan