Pages

23 Mac 2011

PM gembira dengan prestasi GTP, perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR 20 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau cukup gembira dengan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP), walaupun pada awal ia dilancarkan wujud sikap skeptikal yang agak tinggi.

Beliau berkata, kerajaan terkejut gembira mendapati sasarannya telah dicapai dan dalam beberapa hal sasaran melebihi jangkaan.

"Ini merupakan bukti cemerlang terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh perkhidmatan awam,” katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam keluaran terbaru majalah Malaysian Business, dikendali oleh Ketua Pengarangnya, Datuk A. Kadir Jasin; Pengarang, Charles Raj; dan Pengarang Berita, Gurmeet Kaur.

Perdana Menteri berkata, keputusan setakat ini sangat menggalakkan dan “kebanyakan dari apa yang kita janjikan telah ditunaikan”.

"Memang tidak diragukan, beberapa matlamat memerlukan jangka masa yang lebih panjang,” katanya.

/hwa: utusan.com.my | bernama - 20/3/11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan