Pages

25 Mac 2011

Rahim, Syazril Eskay serah bukti


Abdul Rahim Thamby Chik diserbu wartawan sebaik keluar dari Bukit Aman, Kuala Lumpur selepas disoal siasat semalam. – Utusan/Asmaruddin Jamaluddin


KUALA LUMPUR 24 Mac – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan dan menyerahkan rakaman bukti video seks lelaki didakwa pemimpin parti pembangkang kepada pihak polis hari ini.

Turut diserahkan kepada pihak polis adalah seutas jam tangan jenama ‘Omega’ yang didakwa milik pemimpin tersebut.

Abdul Rahim yang hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang disoal siasat hingga pukul 9.45 malam ini.

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, semua bukti yang ada sudah diserahkan kepada polis.

Katanya, segala keterangan yang diberi kepada polis penting untuk membantu siasatan dan menunjukkan siapa aktor dalam rakaman video seks itu.

“Harap bukti asli yang diberi boleh disiasat secara forensik, sekiranya ada penipuan atau tidak. Kalau perlu, ketulenan itu boleh dibuktikan dengan bantuan FBI (Biro Siasatan Persekutuan).

“Saya berharap, keterangan ini dapat membantu mempercepatkan proses siasatan. Jika kerajaan setuju, suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dibuat dan memuaskan hati semua pihak,” kata Abdul Rahim selepas selesai memberi keterangan.

Sementara itu, sesi keterangan Syazril Eskay tamat pukul 10 malam ini, namun ahli perniagaan itu tidak muncul di pintu A Bukit Aman di mana puluhan wartawan dan jurugambar menunggu, sebaliknya beliau dipercayai dibawa keluar melalui pintu B menggunakan kenderaan polis.

Syazril Eskay ketika dihubungi pemberita memberitahu, beliau telah mendedahkan kepada polis lokasi hotel di mana rakaman aksi seks itu dilakukan.

/hwa: utusan.com.my | 25/3/11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan