Pages

3 Mei 2012

Aksi panas pemimpin pembangkang?

KUALA LUMPUR 30 April - Dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my hari ini mendedahkan mengenai skandal dua pemimpin utama pembangkang daripada dua komponen parti yang berbeza.
Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi dari bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun tiada penjelasan terperinci mengenai di mana rakaman itu dibuat dan pihak yang bertanggungjawab merakam aksi panas tersebut sebelum ia disiarkan blog berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Utusan Malaysia dimaklumkan lebih banyak gambar 'aksi panas' lelaki berkenaan akan disiarkan blog-blog prokerajaan selepas ini.
Sementera itu, blog stopthelies.com pula mendedahkan skandal seorang pemimpin utama parti pembangkang yang dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita sehingga mencetus pertengkaran dengan isterinya.
Malah gosip mengenai skandal itu turut disiar beberapa akhbar berbahasa Cina yang mendakwa kakitangan wanita itu akhirnya diberhentikan kerja.
Sebelum ini, trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim mengejutkan negara apabila mendedahkan video seks lelaki menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Video itu kemudiannya disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar forensik antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pembangkang itu bagaimanapun menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut tetapi gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh selain gagal menjawab dengan jelas misteri kehilangan jam tangan Omega yang dikaitkan dalam video seks berkenaan.
Jam tangan itu diserahkan trio Datuk T kepada pihak polis semasa siasatan mengenai video seks berkenaan dibuat dan Anwar sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan saman ke atas trio berkenaan.
/HWA: utusan.com.my | 3/5/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan