KEPALA BATAS 3 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO mahu Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tampil membuktikan bahawa gambar
lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar
dan beberapa laman blog bukan dirinya.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,
Ahli Parlimen Gombak itu perlu membuktikan gambar tersebut bukan beliau
dan jangan mahu menuduh UMNO yang sebarkan gambar berkenaan.
“Ini bukan agenda kita kerana Pemuda UMNO lebih menumpukan kepada
usaha untuk mendekati golongan muda dan membantu rakyat. Kita tidak ada
masa untuk sebar gambar dia (Azmin)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan
Bersama Pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Kepala
Batas, di Penang Golf Resort, di sini hari.
Majlis itu dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Reezal Merican berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan
Azmin yang mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan bertujuan
untuk mengaibkan beliau dan keluarga.
Reezal Merican yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas tidak menolak
kemungkinan penyebaran gambar panas itu dibuat oleh ‘orang rapat Azmin’
yang tidak suka dengannya kerana menjadi orang kuat Anwar.
“Tidak mustahil rakan-rakannya yang sebarkan gambar itu kerana ramai
di kalangan mereka tidak suka dengan beliau (Azmin) dan dia jadi jangan
hanya menuduh UMNO," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 4/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan