AWANG sama sekali tidak hairan atau terkejut apabila Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar
merumuskan perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu hanya untuk
merosakkan sistem pilihan raya kita; bukannya menuntut satu sistem
pilihan raya adil dan bersih.
Bagi beliau, tiada keikhlasan dalam hal itu memandangkan Jawatankuasa
Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya
baru membentangkan laporannya di Dewan Rakyat iaitu pada 2 April lalu.
Dan, sehari lepas itu, Datuk S. Ambiga pada sidang akhbar mengumumkan
penganjuran perhimpunan Bersih 3.0.
Bagi SPR, tindakan Ambiga itu sudah pasti tidak wajar - ketika usaha penambahbaikan proses pilihan raya sedang dilakukan.
Maka, tidak keterlaluan apabila seruan kepada penyokong-penyokongnya
supaya turun ke Dataran Merdeka dikaitkan dengan motif lain khususnya
politik.
Ia tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan politik lebih-lebih
lagi perhimpunan itu bukan sahaja turut disokong oleh parti-parti
pembangkang malahan para pemimpin pembangkang turut muncul pada hari
tersebut.
Tindak-tanduk ganas sesetengah peserta perhimpunan, yang bagi Awang
lebih sesuai dipanggil perusuh, menjelaskan lagi bahawa perhimpunan
Bersih 3.0 sebenarnya diperalatkan untuk tujuan lain. Perlakukan yang
membelakangkan undang-undang menceritakan segala-galanya.
Awang - Semua tahu.
/HWA: utusan.com.my | 11/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan