NAJIB Tun Razak bersama para usahawan
yang menerima cek anugerah usahawan mikro dan skim Amanah Ikhtiar
Malaysia pada majlis Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana di Shah
Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
*****
SHAH ALAM 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melancarkan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah (CIF)
bernilai RM500 juta kepada para usahawan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) yang layak di seluruh negara.
Peruntukan RM500 juta itu merupakan tambahan kepada skim pembiayaan
PKS patuh syariah bernilai RM2 bilion yang dilancarkan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bachok, Kelantan pada 24
April lalu.
Perdana Menteri berkata, permohonan peruntukan tambahan ditawarkan
kepada usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan
berinovasi dan berada di peringkat pengkomersialan itu boleh dilakukan
mulai 1 Julai ini.
Menurut beliau, selain CIF, usahawan PKS yang terjejas akibat banjir,
ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh boleh memohon untuk
mendapatkan bantuan kewangan yang diperuntukkan di bawah Dana Kecemasan
PKS bernilai RM10 juta.
''Peruntukan dan dana ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap
usahawan PKS di negara ini," kata beliau semasa berucap merasmikan
Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana atau Jom Niaga Edisi
Selangor dan Pelancaran CIF di sini hari ini.
/HWA: utusan.com.my | 11/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan