Pages

13 Mei 2012

Sikap berdiam diri Wan Azizah dipersoal

KUALA LUMPUR 11 Mei - Sikap berdiam diri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berikutan keengganan mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar Taharin bagi menjawab segala pertuduhan yang dikaitkan dengan mereka terus dipersoalkan.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, Wan Azizah perlu mengadakan segera sidang akhbar bersama Shamsidar bagi menyangkal setiap dakwaan yang telah dilemparkan.
Malah menurut beliau, sehingga hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar juga masih belum membuat penafian terbuka terhadap dakwaan dinyatakan Datuk S. Nallakaruppan.
"Dakwaan bahawa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar tidak dinafikan lagi. Shamsidar perlu jelaskan kepada Wan Azizah dan Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) mengenai cerita makan 'aiskrim' bersama Anwar.
"Kita juga mahu Wan Azizah dan Azmin menjawab persoalan beberapa pihak bahawa parti itu menyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini, Nallakaruppan mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar selain merupakan seorang biseksual.
Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar Wan Azizah dan Shamsidar menjawab pertuduhan tersebut.
/HWA: utusan.com.my | 12/5/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan