Pages

18 Jun 2012

Miliki harta RM3 bilion: Anwar dicabar saman Abdul Murad

KUALA LUMPUR 15 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menyaman dan memulakan tindakan mahkamah terhadap bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari berkata, sekiranya Anwar tidak menyembunyikan apa-apa rahsia di sebalik akuan berkanun Abdul Murad mengenai pemilikan 20 akaun itu, beliau sewajarnya telah memulakan tindakan mahkamah kerana ia mencemarkan nama baiknya.
"Saya mendesak Datuk Seri Anwar menjawab dakwaan akuan berkanun Datuk Abdul Murad yang mengaitkan beliau mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion. Dakwaan berkenaan terlalu serius kerana melibatkan akuan berkanun serta jumlah yang amat besar.
"Saya percaya jika beliau tidak mahu menyembunyikan apa-apa di sebalik akuan berkanun itu, beliau sepatutnya telah memulakan tindakan mahkamah terhadap Datuk Abdul Murad kerana mencemarkan nama baiknya.
"Adakah beliau tidak mengambil tindakan mahkamah kerana ada sesuatu yang mahu dilindungi di sebalik persepsi kekayaan dan hubungan sulitnya dengan Shamsidar (Taharin) seperti dakwaan Datuk S. Nallakaruppan,'' katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nada sama turut disuarakan oleh seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hamidzun Khairuddin yang mencabar Anwar menyaman Abdul Murad berikutan pendedahan yang dibuatnya kira-kira 13 tahun lalu itu.
Hamidzun yakin Abdul Murad mempunyai alasan dan bukti kukuh terhadap dakwaan serta pendedahan yang dibuatnya sehingga sanggup membuat akuan berkanun.
/hwa: utusan.com.my | 16/6/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan