Pages

9 Ogos 2012

CEO EBX Group Eike Batista Kunjungi Najib

PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Eike Batista, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat Brazil, EBX Group, Khamis, melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.
Batista tiba di Pejabat Perdana Menteri pada 9 pagi, diiringi Penasihat Eksekutif Aziz Ben Ammar dan Pengarah Eksekutif EBX Marcello Horchades.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas.
EBX yang ditubuhkan Batista pada 1983, merupakan syarikat induk yang membangun dan mengurus aktiviti perniagaan dalam sektor perlombongan, logistik, minyak dan gas, hartanah, tenaga, sumber boleh diperbaharui dan hiburan. -- BERNAMA.
/hwa: bernama.com.my | 8/8/12 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan