GEORGE TOWN 2 Sept. - Kelab 1Malaysia Brother"s (1MB) menyifatkan
tindakan pakatan pembangkang yang terus menakutkan rakyat dengan
mengatakan Pulau Pinang akan rosak jika Barisan Nasional (BN) mentadbir
negeri itu tidak ubah seperti tali barut penjajah era moden.
Penaung pertubuhan bukan kerajaan itu, Datuk Hamzah Zainuddin berkata
sebaliknya pakatan pembangkang yang perlu berasa takut kerana banyak
janji pilihan raya mereka gagal ditunaikan.
"Kesedaran rakyat Pulau Pinang sudah ada sebenarnya. Mereka sendiri
lihat, masalah penjualan tanah, masalah pembinaan kos rumah rendah dan
peniaga kecil masih belum selesai," katanya kepada pemberita selepas
pelancaran kelab 1MB di Bukit Saujana, Paya Terubong, malam tadi.
/hwa: utusan.com.my | 2/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan