Pages

3 September 2012

MPPP campak Jalur Gemilang, bendera BN

PULAU PINANG 1 Sept. - Persiapan majlis pelancaran penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 1Malaysia Brothers (1MB) yang dijadualkan berlangsung malam ini terjejas apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertindak menurunkan termasuk mencampak ratusan bendera Malaysia dan bendera Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung 1MB, Zainudin Jaafar berkata, beliau dimaklumkan oleh ahlinya mengenai tindakan MPPP itu dan terus bergegas ke situ bagi mendapatkan penjelasan namun kecewa kerana dimaklumkan tindakan itu merupakan 'satu arahan'.
"Kami mula memasang kira-kira 1,000 Jalur Gemilang dan bendera BN pada 31 Ogos lalu untuk menyambut ketibaan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin yang akan melancarkan kelab kami dan kecewa kerana program ini cuba disabotaj pihak tertentu.
"Ini bukanlah program haram kerana telah dimaklum kepada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini, namun saya kesal kerana MPPP bertindak tanpa berunding atau memberi amaran terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi 1MB, Khoo Boon Eam.
Menurut Zainudin, mungkin terdapat pihak-pihak tertentu yang berasa terancam dengan sokongan padu pihaknya kepada BN dan mengarahkan MPPP pergi ke tempat berkenaan seawal pukul 2 pagi.
Sementara itu, Boon Eam berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan MPPP mempersendakan Jalur Gemilang apabila bertindak mencampakkan ratusan bendera kebangsaan itu ke atas tanah.
"Majlis ini akan tetap diteruskan dan semangat kami tidak akan luntur untuk terus bersama BN bagi menjadi penyuntik semangat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Menurutnya, seramai 283 ahli NGO itu terdiri daripada pelbagai bangsa dan penduduk Pulau Pinang terutama di pulau, kampung dan taman perumahan.
/hwa: utusan.com.my | 2/9/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan