"Saya mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon dana
daripada seorang Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia
pada 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi PKR terlebih dahulu,"
katanya.
Beliau mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Open Society
Institute yang diasaskan Soros telah menyalurkan dana lebih RM558,000
kepada Suaram seperti dipetik daripada laman UMNO-Online hari ini.
Lokman yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO menambah, dalam satu
mesyuarat pilihan raya PKR, beliau mendapat tahu parti itu telah
menggunakan RM3 juta pertama daripada Soros untuk menempah bahan kempen
pilihan raya seperti kemeja-T, topi dan bendera dari China.
Menurut rakan-rakannya di dalam PKR katanya, parti itu sehingga kini masih berterusan menerima dana daripada Soros.
"Sehubungan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan
undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai
parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas tujuan
menghuru-harakan negara ini.
"Sekiranya dana asing dibiarkan masuk mencaturkan politik negara,
sudah pasti sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara mereka
terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta
Yahudi," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 12/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan