Wilayah Kurdistan sebahagian besar terdiri dari kawasan pergunungan.
*****
BANGSA keturunan Indo-Eropah yang menduduki wilayah Kurdistan (tanah
orang Kurdi) disebut suku Kurdi. Wilayah yang sebahagian besar terdiri
dari kawasan pergunungan itu kini meliputi bahagian utara Iraq, bahagian
timur Turki, bahagian barat daya Iran dan sebahagian kecil Syria.
Ada juga orang Kurdi yang mendiami wilayah Kaukasus. Jumlah mereka
dianggarkan sekitar 15 juta orang. Bahasa Kurdi hampir sama dengan
bahasa Parsi, walaupun asal-usul bangsa mereka tidak diketahui secara
pasti.
Sebahagian besar orang Kurdi sudah memeluk agama Islam sejak abad
ke-7. Meskipun telah lama berusaha mendapatkan kemerdekaan, hingga kini
bangsa Kurdi masih belum mempunyai negara sendiri.
Kurdistan Raya
Kurdi ialah sebuah bangsa tanpa negara. Orang Kurdi telah berusaha
berkali-kali untuk mencapai kemerdekaan dan membentuk negara sendiri,
namun hingga kini usaha itu belum berjaya.
Akhirnya, sejumlah orang Kurdi mula meninggalkan cita-cita mereka dan
menubuhkan sebuah Kurdistan Raya kerana mereka terus mengalami
kegagalan.
Mereka mula bersikap realistik dan menerima tawaran pemberian
autonomi dari negara tempat tinggal mereka dan mula menyesuaikan diri
serta berintegrasi dengan negara baru mereka itu.
Cara hidup
Sejak zaman prasejarah, orang Kurdi menjalankan kegiatan pemburuan di
wilayah pergunungan yang dikuasai mereka. Kini, masih ada beberapa suku
Kurdi yang mempertahankan cara hidup berpindah-randah, sementara yang
lain sudah mula duduk tetap.
Mereka yang menetap di kawasan tertentu hidup bertani, manakala yang
lainnya mencari bahan makanan di pergunungan pada musim panas dan
kembali ke kampung mereka di lembah pada musim dingin.
Agama
Sebahagian besar orang Kurdi memeluk agama Islam Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Sebahagian mereka adalah pengikut Tarekat Qadiriyah dan
Naqsyabandiah, yang mula berpengaruh kuat di wilayah Kurdistan sejak
abad ke-19. Sementara itu, orang Kurdi yang tinggal di sebelah selatan
Iran dan tenggara Iraq menganut Islam Syiah. Yang selebihnya, iaitu
sebahagian kecil orang Kurdi merupakan penganut agama Kristian, Ortodoks
dan Yahudi.
Syeikh Ibrahim
Banyak tokoh terkenal bangsa Kurdi yang berperanan besar dalam Islam.
Salahuddin Yusuf al-Ayyubi, panglima Islam terkenal dalam Perang Salib,
ialah orang Kurdi, Jaa'far bin Hasan bin Abdul Karim (1690-1766),
penulis kitab 'Iqd al-Jawahir (Rantai Permata) atau Barzanji.
Selain itu, banyak ulama yang berasal dari Kurdi menjadi ulama di
Tanah Suci Mekah, seperti Syeikh Ibrahim (1615-1690) yang pernah menjadi
guru kepada beberapa ulama dari Asia Tenggara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan