NAJIB Tun Razak diapit Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri), bekas
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (kanan) dan hadirin
membaca surah Yassin sempena sambutan Maal Hijrah 1434 di Masjid Negara,
Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
*****
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam
melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan
yang lebih baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan
definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia
telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan
antarabangsa.
Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat
pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang
dinamik dan progresif," kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah beliau
melalui blog www.1Malaysia.com.my, di sini hari ini.
Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal
Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat,
Najib berkata, ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Berhijrah kata Najib, adalah sebahagian daripada melaksanakan misi
ketakwaan dan ia adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang
masa.
Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan
kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat...mesti sentiasa berusaha
melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah," katanya, merujuk
ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan
kejayaan mendapat rahmat Allah SWT
Najib berkata, syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan
menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu
menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit.
Katanya, Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak
kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah
digarapkan dalam segenap perkara dalam pelaksanaan pembangunan spiritual
dan fizikal secara seimbang di negara ini.
Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan
persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan," kata Najib yang
menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti
kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan
ummah secara keseluruhannya.
Najib berkata, konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh
Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara.
Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai
pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya
menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan
Kerajaan Filipina.
Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan
etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal
kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine
tanpa mengira latar belakang dan agama mereka," katanya.
Selain itu Najib berkata, baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr.
Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada
Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong
rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.
Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat
menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan
berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai
bangsa demi menjayakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. - BERNAMA
/hwa: utusan.com.my | 26/11/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan