ABDUL Manaf Abdul Hamid menunjukkan
dokumen perjanjian usaha sama antara MAS Incorporated (PNG) Ltd. dengan
kerajaan negeri Kedah melaui Kedah Corporation Berhad dalam projek
pembalakan di negara Papua New Guinea pada sidang media di Alor Setar
hari ini. - UTUSAN/KAMAL BASIR
*****
Pengerusi Eksekutif MAS Incorporated (PNG) Ltd. (MAS), Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri tidak bertanggungjawab apabila menjadikan beliau sebagai kambing hitam di atas masalah yang timbul.
"Dalam beberapa laporan media, Azizan mencemarkan nama baik saya apabila menuduh saya menderitai penyakit ketumbuhan dalam otak, ini semua tidak betul dan fitnah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 2008 Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan MAS menandatangani perjanjian usahasama untuk memajukan dua kawasan seluas 114,429 hektar manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti itu.
Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan PMBKed mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.
Abdul Manaf berkata, kegagalan projek tersebut bukan disebabkan penyelewengan atau salah tadbir urus MAS tetapi berpunca daripada PMBKed melalui Kedah Corporatian Berhad (KCB) tidak mahu meneruskan pelaburan kerana tiada kemampuan kewangan. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130121/dn_20/Balak-di-Papua-Menteri-Besar-Kedah-diselar#ixzz2IfZfkCDR
© Utusan Melayu (M) Bhd | hwa - 22/1/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan