Pages

8 Januari 2013

Si ayam yang berkokok berderai-derai

SAYA melihat isu konon salah kira undi oleh DAP sehingga meletakkan seorang calon Melayu celup Zairil Khir Johari ke nombor 20 sekali gus menduduki kerusi CEC adalah satu “lawak tahun baharu "! This is the “Joke of the Century"!
Pertama, bagaimana mungkin “computer glitch" membuatkan perkiraan jadi salah! Kalau itu alasannya, ini membongkar persoalan lebih besar; apa jaminan keputusan undian calon lain juga tidak mengalami “computer glitch"?
Bagaimana dengan undi yang diperolehi oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh dan lain-laian?
Kalau undian Zairil dan lain-lain dijangkiti virus “computer glitch", tidakkah keseluruhan perkiraan undian CEC wajib dipertikai dan dipersoalkan?
Untuk membuat perkiraan semula adalah mustahil kerana kertas undi dikatakan telah dimusnahkan!
Jadi mereka tiada pilihan lain. Ini soal integriti, kewibawaan dan transparensi parti yang sentiasa melaungkan Cekap, Amanah dan Telus (CAT)! Jangan jadi parti cakap tak serupa bikin, mengamalkan DEMOKERUSI TERPILIH!
Saya cabar DAP untuk mengadakan semula pengundian pemilihan.
Dan memandangkan DAP tidak tahu cara menguruskan pilihan raya parti dengan baik, saya cabar mereka supaya memanggil pemantau dan pemerhati asing dari Amerika, Australia, Perancis termasuk badan seperti Konrad Adeneuer, Open Society, NED dan lain-lain untuk datang memantau proses pemilihan dan pengundian DAP.
Kalau tidak, saya cadangkan kepada DAP supaya “keep your mouth shut", dok diam sahajalah daripada cuba nak mengajar SPR berkenaan perjalanan pilihan raya. Jangan cuba nak jadi “ketam mengajar anaknya berjalan betul"!
Bak kata pepatah Melayu, jangan jadi seperti ayam berkokok berderai-derai, tapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi!
Pada saya, DAP yang perlu dibersihkan dahulu. Ambiga dan kawan-kawannya patut mengadakan demonstrasi besar-besaran “BERSIHKAN DAP"!
Penyakit ‘demokerusi terpilih’ ini pernah terbukti dalam pemilihan PKR lepas!
Berapa punya banyak aduan dibuat oleh calon dan ahli mereka sendiri. Daripada soal “pengundi hantu", sehingga kepada soal gangguan dan kacau ganggu proses pemilihan, sehingga soal samseng dan lain-lain.
Macam mana ada tempat calon tertentu boleh mendapat jumlah undi lebih jauh daripada jumlah keseluruhan delegasi di bahagian tertentu!
Malah berakhir dengan ada calon yang kena tendang, ada calon yang cabut lari, ada calon yang merajuk sampai keluar parti!
Eloklah Ambiga dan kawan-kawannya mengadakan himpunan “BERSIHKAN PEMBANGKANG" dahulu. Janganlah terlalu banyak menuding jari kepada orang lain, ekor sendiri bergelumang tahi!
Bak kata pepatah Melayu, “satu jari kamu tuding kepada orang, empat jari akan menuding kembali kepada kamu"!
Satu lagi isu yang timbul dari “Lawak Abad" ini ialah mengapa semasa membuat kenyataan konon berlaku “kantoi-undi" sehingga memenangkan Zairil Melayu celup ini, mereka menyatakan “dengan ini terbukti bahawa DAP bukan parti rasis, orang Melayu juga diterima oleh DAP"!
Apa maksud kenyataan ini? Jelas DAP terlalu ghairah mahu menunjukkan mereka adalah parti pelbagai kaum, termasuk mewakili orang Melayu! Adakah DAP ingat mereka boleh memperbodohkan orang Melayu? Adakah kejayaan DAP memperkaldaikan segelintir Melayu haprak dalam Pas dan PKR membuatkan mereka ingat umat Melayu-Islam boleh diperbodohkan!
Tunku Aziz yang mereka kompangkan sebagai pemimpin unggul Melayu pun dah kena terajang!
Saya yakin DAP tahu sokongan umat Melayu-Islam kepada pembangkang khususnya Pas dan PKR makin merosot.
Masalah akhlak dan moral yang dihadapi Anwar, krisis akidah yang dihadapi oleh Pas telah menyebabkan umat Melayu-Islam sedar Melayu yang ada dalam pembangkang hanyalah sekadar keldai tunggangan untuk DAP! Umat Melayu-Islam sudah sedar, dan mereka sudah “kaleh" kepada UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak!
Sebab itu DAP cuba sedaya upaya menunjukkan konon pemimpin Melayu diterima DAP. Sehingga mereka sanggup membuat “konspirasi demokerusi" untuk memenangkan calon bernama Melayu. Itupun calon Melayu celup, bukan Melayu sebenar!
Saya nak ingatkan DAP, kamu mungkin boleh memperbodohkan segelintir orang melayu yang haprak ini, tetapi kamu tidak boleh memperbodohkan umat Melayu-Islam!
Umat Melayu-Islam sudah tahu dan sedar agenda cauvinis, rasis dan ekstremis DAP.
Dan umat Melayu-Islam akan mengajar DAP dengan menolak parti cauvinis, rasis dan ekstremis ini bersama rakan-rakan sekongkolnya dalam PRU-13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan