AHMAD Maslan menyaksikan pertukaran
dokumen perjanjian persefahaman antara Pengerusi Permodalan Yayasan
Basmi Kemiskinan (YBK) Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Sakom (kiri) dan
Pengerusi Paragon Matrix Sdn Bhd, Micheal Tan Yeow Khoon bagi kerjasama
membangunkan tanah di Serendah, Selangor dalam majlis berlangsung di
Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ
*****
Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Memang ada bilik gerakan yang masih lagi ditutup sebab kita belum berkempen lagi. Kalau ada yang tutup, kita boleh buka di tempat lain dan kita ada banyak masa untuk buat perubahan.
"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai penutupan bilik gerakan UMNO di Johor yang kononnya memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.
Beliau menegaskan, tindakan tata tertib dan disiplin akan diambil jika didapati ada anggota Umno menjadi dalang sabotaj dan pemboikot kempen.
"Mereka boleh cari badan bukan kerajaan (NGO) lain. Kami serius dalam parti. Kami tiada masa melayan kerenah segelintir individu yang tidak baik dan sakit ini. Kami masih ada ramai lagi ahli yang setia pada parti," katanya.
Ahmad yang juga Ketua Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) berkata, Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Feb.
Terdahulu Ahmad yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara Permodalan YBK Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd di sini hari ini. - BERNAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan