Mukhriz Tun Mahathir memakaikan vest
Skim Rondaan Suka Rela kepada Khairol Azizi Ismail dengan di bantu oleh
ADUN Kota Seputeh Abu Hassan Sharif (dua kanan) pada Majlis Perasmian
Skim Rondaan Sukarela Batu 1 Jalan Sanglang-Kodiang, di Jelun di Kedah,
semalam. - UTUSAN/Halim Khalid
*****
Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, berikutan baiah seumpama itu ia menjadi antara kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan Pas untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.
"Pelbagai isu yang timbul seperti kalimah Allah dan DAP lebih menonjol dalam menentukan hala tuju pakatan pembangkang membuatkan semakin ramai ahli Pas tergerak hati untuk bersama perjuangan UMNO.
"Bagaimanapun amalan baiah dan menjadi ahli khairat kematian di bawah parti itu adalah antara perkara yang masih menghantui jiwa mereka untuk meninggalkan Pas.
"Ada juga dalam kalangan pemimpin masyarakat kampung ini menyatakan mereka telah melafazkan baiah iaitu menceraikan talak tiga isteri masing-masing jika berhasrat meninggalkan parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kawasan Rukun Tetangga Batu 1 Jalan Sanglang, di dewan kampung itu di sini hari ini.
Dalam satu majlis di sini semalam, seramai 30 ahli dan penyokong Pas di sekitar Kampung Golok Puting di sini menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada beliau.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, ahli Pas seharusnya disedarkan bahawa baiah untuk sesuatu yang tidak baik sebenarnya tidak dibenarkan.
"Dahulu baiah dilafazkan kepada khalifah yang semestinya pemimpin berjiwa besar dan menonjolkan ciri-ciri kepimpinan terbaik," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan