Pages

5 Februari 2013

Berfikir dahulu sebelum keluar fatwa - Mustapa

Mustapa Mohamed bermesra dengan sebahagian penduduk ketika melawat Pondok Haji Ahmad Haji Ali di Kampung Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan, kelmarin. 
*****
PASIR MAS 2 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta berfikir dengan fakta yang lengkap sebelum mengeluarkan sesuatu 'fatwa' atau hukuman yang dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tuduhan atau 'fatwa' yang dikeluarkan tanpa fakta lengkap merupakan satu tindakan zalim ke atas mereka yang dihukum.
"Sebelum membuat sesuatu 'fatwa', tuduhan atau pandangan kita perlu pastikan mempunyai fakta yang lengkap, itu mustahak.
"Kita mahu tanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar itu mempunyai fakta yang lengkap atau tidak," katanya kepada Mingguan Malaysia selapas melawat Pondok Haji Ahmad Haji Ali di Kampung Pengkalan Machang, di sini semalam.
Beliau turut menunaikan solat Asar dan beramah mesra dengan penduduk serta penghuni pondok tersebut.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Nik Aziz menimbulkan kontroversi lagi apabila 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggungjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri ini akan masuk neraka kerana menafikan hak kerajaan negeri.
Mustapa berkata, tiada seorang pun layak bercakap sedemikian walaupun mempunyai pengetahuan agama yang kukuh.
"Kita belajar agama. Tidak ada manusia boleh menghukum manusia lain masuk syurga atau neraka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan