Pages

12 Februari 2013

BN perlu berkuasa supaya rakyat hidup gembira

MELAKA 8 Feb. - Rakyat perlu memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 jika ingin terus menikmati kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sepanjang pemerintahan di negeri ini diterajui oleh UMNO dan BN iaitu sejak merdeka, rakyat menikmati kehidupan yang cukup sempurna.
Sehubungan iu, menurutnya, adalah penting rakyat wajar memberi mandat kepada BN untuk terus berkuasa dan mentadbir negeri ini dengan lebih baik lagi.
Sebagai contoh, katanya, kehidupan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput sejak diperintah oleh BN telah berubah dengan banyak projek pembangunan seperti perumahan, kemudahan asas, sekolah, klinik dan sebagainya dinikmati masyarakat di sini.
"Penduduk boleh melihat pencapaian yang dibangunkan oleh kerajaan BN di DUN Paya Rumput daripada sebuah kawasan yang terpencil kini sudah berkembang dengan banyak infrastruktur awam dibina.
"Di sini pula banyak projek perumahan awam dan sederhana dibina hingga wujud banyak taman-taman perumahan bagaikan cendawan tumbuh.
"Kehidupan pula cukup ceria dan gembira jika semua ini ingin terus dinikmati penduduk di DUN Paya Rumput adalah amat penting UMNO dan BN dipilih semula pada pilihan raya tidak lama lagi," katanya.
Beliau berucap merasmikan Bilik Gerakan BN DUN Paya Rumput bagi Parlimen Tangga Batu di Pulau Gadong dekat sini malam tadi. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan