Pages

24 Februari 2013

BN pertahan akidah: PM

Rosli Abdul Jalil, Hassan Omar, Hanneeyzah Bariah Baharin dan Baharom Bakar 
 
 Najib dan Ahmad Said  mendengar penerangan   Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Datuk Jebasingam Issace mengenai projek pembangunan pesisir selepas merasmikan program JJD, di Kuala Terengganu, semalam.  
Najib dan Ahmad Said mendengar penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Datuk Jebasingam Issace mengenai projek pembangunan pesisir selepas merasmikan program JJD, di Kuala Terengganu, semalam.
  *****
Pembangkang hanya pandai laung slogan, janji kosong

Kuala Terengganu: Rakyat perlu terus memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana parti itu melaksanakan amanah Allah berbanding pembangkang yang mengkhianati perintahnya.

Program transformasi bela rakyat

Datuk Seri Najib Razak berkata, BN berusaha memastikan akidah umat Islam dipertahankan, manakala rakyat pelbagai kaum dibela dengan pelbagai program transformasi yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang hanya pandai melaungkan slogan dan janji kosong.

Kata Perdana Menteri, semua program BN bertujuan membantu masyarakat, terutama yang miskin, selaras dengan ayat al-Quran yang bermaksud Allah SWT mengingatkan umat Islam mengenai bahaya pihak mendustakan agama, mengherdik anak yatim dan tidak memberi makanan kepada orang miskin.

Beliau juga memetik hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda: Kalau kita bantu orang miskin, samalah seperti kita berjihad fisabilillah seperti kita berzakat tanpa henti dan berpuasa berterusan.”

Kata beliau antara program membantu orang miskin ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita bukan setakat bagi BR1M 1.0, kita bagi BR1M 2.0. Kita beri bantuan persekolahan kepada murid dan pelajar serta bantuan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi," katanya ketika berucap di depan kira-kira 40,000 hadirin pada program Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat Terengganu di Dataran Shahbandar, di sini, semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan pemimpin BN negeri.

Najib juga yakin rakyat mahu kerajaan yang bukan setakat mendahulukan kepentingan mereka, malah yang menjamin masa depan anak cucu mereka.

“Jika kita hendak Islam, hendak majukan syiar Islam. Kita tidak boleh bercakap saja. Kita mesti rancang dan buat. Kita janji akidah dan kesucian Islam dibela,” katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak rakyat menolak PAS, DAP dan PKR kerana ketiga-tiga parti itu tidak mampu menjamin pembangunan, apatah lagi kemakmuran rakyat.

“Satu undi kepada PKR, adalah satu undi membawa kerosakan akidah kepada negara. Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi membawa pada penindasan umat Islam,” katanya.

BN pertahan ummah

Sebaliknya, Najib berkata, satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan rakyat Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.

“Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap saja, tak boleh sekadar bersyarah saja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN,” katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup melutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

“Kenapa (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam),” katanya.
 
/hwa: bharian.com.my | 24/2/13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan