SEBAHAGIAN 20,000 warga kota tidak
melepaskan peluang bersama-sama mengaul Yee Sang Terpanjang Di Malaysia
sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
hari ini. Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak. - UTUSAN
YEE Sang sepanjang 977 meter iaitu
yang terpanjang di Malaysia, digaul bersama kira-kira 20,000 warga kota
sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
hari ini. - UTUSAN
*****
Beliau ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta beberapa menteri kabinet.
Yee Sang itu yang disediakan 69 tukang masak profesional turut diiktiraf sebagai yang terpanjang dan disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records.
Yee Sang merupakan makanan tradisional masyarakat Cina yang disediakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kesejahteraan dan panjang umur.
Terdahulu, ketibaan Najib dan Rosmah disambut meriah dengan 333 peserta tarian singa dan paluan gendang ketika bergerak ke pentas utama.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menerima tulisan kaligraf Cina tertera perkataan Sheng" atau menang dalam bahasa Malaysia selepas memalu gendang terbesar di atas pentas.
Festival Tahun Baharu Cina itu dianjurkan bersama 488 persatuan kaum Cina dengan kerjasama 282 jawatankuasa tokong dari seluruh negara. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan