Pages

24 Februari 2013

Nik Aziz semakin jahil konsep sedekah?

KENYATAAN Murshidul Am Pas menampakkan politiknya telah mengatasi segala-galanya. Beliau menyatakan Rasulullah SAW menyuruh Muslim memberikan ilmu dan dia memberikan ilmu melalui cara politiknya bercampur agama di mana sahaja dia pergi.
Tetapi dia lupa dan jahil bahawa Rasulullah SAW memerintahkan Muslim memberikan makanan dan keperluan kepada fakir dan miskin. Dalam al-Quran terdapat banyak suruhan supaya Muslim memberikan makanan kepada fakir dan miskin.
Dengan memberikan wang kepada rakyat miskin di Malaysia, maka Perdana Menteri dapat dikatakan mengikut suruhan Hadis dan Quran supaya memberikan bantuan kepada fakir dan miskin.
Apa yang Nik Aziz dapat berikan ialah ceramah politik bercampur agama yang Nabi Muhammad SAW tidak lakukan semasa hidupnya. Tetapi perkara ini dilakukan oleh Nik Aziz setiap Jumaat dengan memberikan ceramah politik bercampur agama di Bangunan Pas Kota Bharu, Kelantan.
Zaman Nabi Muhammad SAW hidup, baginda mengajarkan para Sahabat Quran dan Hadis, bukan politik menghentam lawan setiap masa.
Nik Aziz dilaporkan berpendapat penerima bantuan wang yang diagihkan kepada rakyat Malaysia yang miskin diumpanakan ayam dan lembu. Ayam dan lembu adalah binatang ternakan.
Dengan menggunakan perumpamaan itu, semua orang Pas yang mengambil wang pemberian Kerajaan Pusat adalah ayam dan lembu seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz. Tambahan lagi semua wakil rakyat Pas adalah ayam dan lembu kerana mereka juga menerima elaun setiap bulan sebagai wakil rakyat di DUN dan di Parlimen kerana mereka menyertai sistem demokrasi berparlimen yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia.
Nin Aziz seolah-olah mahu menyatakan beliau tidak mahukan wang dalam hidupnya tetapi sudah lebih 20 tahun menerima wang sebagai Menteri Besar dan menerima elaun sebagai wakil rakyat lebih lama daripada itu.
Sedarlah, Nik Aziz bukan seorang maksum dalam segala apa yang dikatakannya. Islam menyuruh umat Islam memberikan sedekah bukan sahaja memberikan ilmu.
Apa yang Pas Kelantan dapat berikan kepada rakyat negeri itu? Air sungai berselut dan berlumpur kepada kawasan Orang Asli dan air paip berkarat kepada orang Kelantan yang menggunakan paip air.
Pendapatnya terhadap pemberian wang menunjukkan Nik Abdul Aziz sudah jahil mengenai ajaran Islam tentang zakat dan sedekah yang diwajibkan dan disunatkan untuk diberikan kepada fakir miskin dan asnaf yang lain.
Nampaknya jelas bahawa Pas tidak memberikan wang kepada orang Kelantan yang miskin kerana Pas tidak mahu menjadi penternak lembu dan ayam yang memberikan jerami kepada lembu dan hampas kelapa kepada ayam.
Apa yang Pas Kelantan berikan kepada orang miskin di Kelantan hanyalah ceramah politik bercampur agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan