Pages

4 Februari 2013

PM mahu rakyat saling menghormati

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini sentiasa hormat menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain dengan tidak membangkitkan isu-isu sensitif sama ada dalam bentuk perbuatan, tindakan dan perkataan.
Menurutnya, langkah itu penting supaya Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai etnik dan agama terus kekal aman dan harmoni.
Sehubungan itu beliau menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu-isu sensitif dan boleh menyakiti hati pihak lain semata-mata untuk meraih kepentingan politik jangka pendek terutama menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan