Pages

12 Februari 2013

Seorang wakil Jawatankuasa Disiplin UMNO di setiap bahagian

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Jawatankuasa Disiplin UMNO akan melantik seorang wakil dari setiap bahagian di seluruh negara bagi memantau sebarang tindakan atau aktiviti yang boleh merosak atau bersifat sabotaj terhadap parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia juga bagi menjamin sebarang perbuatan itu akan dapat ditangani dengan segera sekiranya berlaku.
"Setiap bahagian akan ada wakil dalam jawatankuasa. Wakil-wakil itu sedang dikenal pasti,'katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan jentera UMNO pada pilihan raya ini.
"Kita sudah terima laporan audit hingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan mengikut laporan itu kita berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan (jentera) yang memuaskan," katanya. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan