Ahmad A. Talib (kanan) menerima
replika cek daripada Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi mengisi Tabung Wira
Lahad Datu di Kuala Lumpur, semalam.
*****
Pengarah Eksekutif Estinwira Sdn. Bhd., (francisor utama Killiney Kopitiam Malaysia dan Asia Barat), Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, pihaknya akan menyumbang sebanyak 10 peratus hasil jualan restoran itu setiap hari kepada Tabung Wira Lahad Datu.
Menurut beliau, selain menyuntik kesedaran orang ramai terhadap isu insiden pencerobohan di Sabah, usaha itu juga merupakan sokongan syarikat berkenaan terhadap perajurit negara yang sedang mempertahankan tanah air.
"Sokongan orang ramai ini juga dapat membuktikan kepada anggota keselamatan bahawa rakyat mengambil berat pengorbanan mereka yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
"Saya juga menyeru orang ramai menaikkan bendera negara di rumah bagi menunjukkan semangat patriotisme di saat-saat wira negara sedang menggadaikan nyawa di medan perang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan untuk Tabung Wira Lahad Datu dan majlis sambutan Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien yang melakukan tunggangan motosikal solo sejauh 11,000 kilometer menerusi Cabaran Khatulistiwa di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Killiney Kopitiam turut menyumbang sebanyak RM20,000 hasil kutipan sejak 4 Mac lalu hingga hari ini kepada Pengarah Eksekutif, Operasi Editorial dan Berita, Media Prima Bhd., Datuk Ahmad A. Talib bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan