Pages

20 Mac 2013

Pas tanding 76 kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU 16 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 76 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya, langkah itu bagi memperlihatkan Pas sebagai tulang belakang kepada pakatan pembangkang apabila dua lagi parti bertanding dengan jumlah kerusi lebih kecil.
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kemampuan parti berkenaan yang merupakan parti teras orang Melayu Islam untuk menggantikan UMNO.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU-13 di perkarangan Pasar Cabang Tiga dekat sini kelmarin.
Pada PRU-12, Pas bertanding 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang 28 kerusi dan PKR 31 kerusi.
"Kita (Pas) akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen dan mungkin ada lagi kerusi lain jika rakan-rakan kita (PKR dan DAP) beri lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan