GEORGETOWN: Enam puluhan 60 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari
Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana
hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk membela nasib rakyat
Pulau Pinang.
Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.
"Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri
sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau
Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan
bergolak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.
Katanya keputusan beliau dan rakan-rakannya keluar daripada PKR dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Sementara itu, Syed Ameruddin berkata tindakan Mohd Eruwan dan rakan-rakannya memilih UMNO membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (bn) kini semakin kuat.
Katanya rakyat mulai sedar bahawa permainan politik kerajaan pakatan pembangkang hanya membuang masa dan kerajaan negeri itu tidak mampu melakukan sebarang perubahan untuk membela nasib rakyat. - BERNAMA
Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.
Katanya keputusan beliau dan rakan-rakannya keluar daripada PKR dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Sementara itu, Syed Ameruddin berkata tindakan Mohd Eruwan dan rakan-rakannya memilih UMNO membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (bn) kini semakin kuat.
Katanya rakyat mulai sedar bahawa permainan politik kerajaan pakatan pembangkang hanya membuang masa dan kerajaan negeri itu tidak mampu melakukan sebarang perubahan untuk membela nasib rakyat. - BERNAMA
/hwa: bharian.com.my | 1/4/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan