Tan Hock Leong ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan bertanding sebagai calon Bebas di Bukit Mertajam, kelmarin.
*****
Menurutnya, keadaan itu semakin terserlah dalam pemilihan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mereka hanya meletakkan calon kroni dan perkara itu bukan berlaku di sini tetapi juga di Perak, Selangor dan Kedah,'' katanya dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan bertanding sebagai calon Bebas di sini malam tadi.
Menurutnya, beliau antara yang menjadi mangsa apabila calon kroni pemimpin tertentu dipilih bagi menggantikan tempatnya di Machang Bubuk.
"Saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di kawasan ini sedangkan pengundi di sini mengenali saya yang telah bekerja keras sejak lima tahun mewakili Machang Bubuk," katanya
Hock Leong, 58, yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkata, beliau hanya mengetahui keputusan itu setelah dihubungi oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman pada pukul 11 pagi semalam tanpa memberikan sebarang alasan.
"Saya membuat keputusan meninggalkan PKR kerana parti itu tidak adil dalam membuat pemilihan calon untuk kawasan tersebut," ujarnya.
Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam itu yakin rakyat akan memilih calon terbaik, bukannya parti seperti PKR dan percaya ramai lagi ahli PKR akan meninggalkan parti tersebut.
Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Hock Leong menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lee Kah Choon dengan majoriti 4,080 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan