Pages

4 April 2013

Belang sebenar ahli DAP

KUALA LUMPUR 2 April - Hina dan biadab. Inilah sikap yang boleh digambarkan terhadap pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang sanggup menggadaikan maruah diri demi menunjukkan kebencian kepada Barisan Nasional (BN).
Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sikap Kuan Yau itu sekali gus membuktikan belang sebenar ahli DAP yang tidak bermoral.
Menurutnya, tindakan tersebut turut menunjukkan sifat dan jenis pemimpin ciptaan pakatan pembangkang yang mengajar budaya songsang kepada rakyat.
"Kita juga boleh nilaikan sifat kebiadaban beliau ibarat 'beruk jumpa bunga' iaitu tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
"Kita tidak mahu negara ini tercemar dengan perilaku yang negatif dan kebudak-budakkan seperti pemimpin itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kuan Yau yang memuat naik gambar menunjukkan isyarat lucah ke arah papan iklan gergasi BN yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam laman Facebooknya yang disiarkan sejak 28 Mac lalu.
Tambahnya, politik pembangkang dilihat semakin hari semakin berani mengguris hati rakyat dengan pelbagai perbuatan terkutuk.
"Saya mendesak Kuan Yau memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan berharap tindakan tatatertib diambil kerana perbuatan itu secara terang-terangan menghina, memburuk dan mengaibkan Perdana Menteri,'' ujarnya.
Menurut Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, kecenderungan Kuan Yau yang sering mecetuskan provokasi melampau untuk menaikkan populariti supaya dilihat berani di mata rakyat amat menjelikkan dan boleh mengundang perpecahan kaum.
"Perilaku tidak bijak itu juga boleh mendorong kebencian terhadap sesuatu kaum yang akhirnya mewujudkan kekecohan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan