Pages

24 April 2013

Calon PKR jual pil kuda

Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, semalam.
MARANG 22 April - Tindakan Pas menurunkan calon bertanding di tiga kawasan yang turut ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk menyelamatkan parti itu dan pakatan pembangkang daripada anasir 'syaitan'.
*****
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.
Semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat di sini malam tadi, beliau menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.
Dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini pula, Abdul Hadi memberitahu, calon Pas tetap bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Kota Putera dan Bukit Besi di Terengganu manakala Sungai Acheh serta Panti dan kerusi Parlimen Labuan diserahkan kepada PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan