Pages

6 April 2013

Pakatan pembangkang bohongi rakyat

KEPALA BATAS 3 April - Rakyat di negeri ini diminta tidak terpengaruh dengan dakyah kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang kerana mendakwa mereka memperuntukkan wang yang banyak untuk melaksanakan projek keagamaan di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Rosman Saidin berkata, dakwaan itu jelas untuk mengelirukan rakyat kerana masjid, surau dan sekolah agama sedia ada telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Mana ada yang kerajaan pakatan pembangkang bina di negeri ini dan semua projek keagamaan yang ada itu adalah hasil kerajaan BN terdahulu.
"Ini jelas satu pembohongan apabila mereka memasang papan tanda untuk memberitahu rakyat apa yang mereka buat sedangkan rakyat faham apa yang dilakukan oleh kerajaan BN," tanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi secara aman bersama sekumpulan 50 penduduk di Kampung Paya Keladi dekat sini hari ini.
Roslan berkata, pihaknya akan memasang sepanduk di kawasan Parlimen itu untuk memberitahu kebenaran apa yang dibuat oleh kerajaan BN agar rakyat dapat melihatnya.
"Kita akan memberitahu rakyat dan pengundi perlu menolak kerajaan negeri sekarang dan memberikan mandat kepada kerajaan BN untuk mentadbir negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan