Pages

6 April 2013

Perdana Menteri sudah lakukan segalanya untuk rakyat

KUALA TERENGGANU 3 April - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengajak rakyat berfikir secara rasional komitmen Perdana Menteri yang telah melakukan banyak perkara dan terbaik untuk kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Justeru, rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai peneraju negara yang telah bekerja keras dalam memikul amanah dan tanggungjawab itu sejak empat tahun lalu.
Katanya, sudah tiba masanya rakyat menterjemahkan rasa terima kasih kepada pemimpin itu ketika hari mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak.
"Najib adalah seorang pemimpin yang bekerja keras, memiliki wawasan, berkebolehan dan seorang yang berkemampuan dalam memimpin negara.
"Wajar bagi setiap rakyat terus memberi mandat kepada Perdana Menteri untuk memerintah negara kerana apa yang negara capai ketika ini satu pencapaian yang amat membanggakan.
"Pelbagai bantuan dan transformasi telah dilaksanakan. Saya tidak tahu apa lagi yang rakyat mahukan ketika ini kerana semuanya telah dilaksanakan oleh kerajaan yang diperintah Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada perkara yang tidak dapat dilakukan BN, namun ia tentu sekali ada sebab tersendiri.
"Memang ada yang kita tidak mampu buat dan kita akui kerana kita tidak mahu berjanji dengan mengatakan kita boleh buat tetapi akhirnya kita tidak buat seperti apa yang dilakukan pembangkang," jelasnya.
Beliau berharap, rakyat dapat menilai dari semua aspek dan jangan menolak tuah dengan 'menolak' BN pada PRU-13 ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130404/dn_15/Perdana-Menteri-sudah-lakukan-segalanya-untuk-rakyat#ixzz2Perepn8D
© Utusan Melayu (M) Bhd | hwa - 6/4/13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan